Sunday, August 7, 2011

review: takdir: cahaya yang tidak terpadam..

kali pertama membaca karya hilal asyraf.. sangat2 x menghampakan..sebenarnya baru je kenal siapa hilal asyraf raya tahun lepas, dari mak sedara aku. aku mula mengikuti blognye time blogspot lagi.. sekarang dah jadi .com.. novel die lebih pada persahabatan, ukhuwah sesama muslim..

awal2 dulu semangat gak menjenguk. sumber motivasi dan penambahan ilmu.. lepas tu lama dah x jenguk2.. sibuk menjengah page orang laen agaknya..jumaat ritu bile masuk popular, ternampak novel takdir ni, terus menarik perhatian, ambik dan terus bayar.. semalamnya, satu hari dok bace novel ni.. x nak lepas walaupun sekejap sebenarnya....




mengenai kembara seorang budak yang diberi nama Angkasa sakti. takdirnya tertulis bahawa dia insan istimewa. insan terpilih dalam menghidupkan kembali cahaya illahi, menyeru pada yang maha2 berkuasa atas segala sesuatu.

ketika dunia diselaputi kegelapan, ketika ramai yang hilang kepercayaan kepadaNya, ketika ramai yang berputus asa sehinggakan manusia yang bergelar makhluk menjadi tuhan.. namun kerajaan tanah haram dan kota hijau chinmayi masih berpeguh teguh akan ajaran agama langit dan utusan terakhir agama langit..

peperangan tidak dapat dielakkan dalam mempertahankan agama suci. namun dalam 10 tahun ini, kerajaan utopia cuba untuk menawan kerajaan tanah haram, tiadalah berjaya..walau jumlah askar semakin berkurang setiap tahun, tapi semangat juang, kepercayaan yang utuh pada sang pencipta tak pernah berkurang.. dengan pemimpin hebat, Ruh Faizan, yang berjiwa rakyat, dengan pahlawan2 hebat seperti Aizan fahmi, khalid al walid, waqqas yang hebat bertempur di medan perang..mughirah syu'bah, seorang genius bertangungjawab dalam mengatur strategi peperangan, kerajaan utopia tidak pernah berjaya memasuki sempadan kerajaan tanah haram yang dulunya dikenali sebagai makkah bumi barakah..

namun selepas kewujudan kerajaan utopia, selepas sang asura dan 5 jeneralnya menguasai dunia 10 tahun lalu, dan kekalahan wali songo di tangan sang asura 12 tahun lalu, sinar islam semakin sirna.. 

takdir telah menemukan mereka semua..sungguh cantik peraturan maha berkuasa..maha mengetahui.. hati yang keras pon boleh tersentuh dengan kuasa Allah, dia yang membolak-balikkan hati manusia.. jeneral Izrayel Janjuki, jeneral paling berkuasa, kedua tertinggi selepas sang asura akur pada takdirnya, agama langit menjadi pegangannya walau selepas 10000 manusia dibunuhnya, bukan itu yang Allah lihat, walau seluas mana dosa dan kejahatan yang menusia lakukan, luas lagi pintu taubat yang Allah bukakan.. benarlah bagi sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya dia akan melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima islam (Al An'am 6:125).. begitu juga yang terjadi dengan jeneral End dan Ezakeal, yang lembut hatinya untuk menerima agama suci selepas bertahun lamanya diseru oleh Kiai Bumi..

kita tidak akan tahu bile hidayah akan menyapa seseorang, tugas kita hanyalah berusaha, menyebarkan dakwah. hidayah itu milik Allah.. 

akhirnya kemenangan atas bumi tanah haram setelah tewasnya jeneral2 dalam petempuran hebat lebih 10 hari. namun kemenangan yang utama apabila sinar islam kembali bersinar di atas muka bumi ini.

p/s: x sabar nak tggu sambungan trilogi ni.. 

Tuesday, August 2, 2011

2 ogos..

assalamuailaikum..

2nd day puasa..bersamaan jugak dengan 2 ogos..penting tarikh hari ni!.. sebab 54 tahun yang lepas,ade seorang manusia yang dilahirkan, yang begitu bermakna dalam hidup aku.. kalau die x lahir, aku pown xde lah kat atas dunia ni..sape lagi insan yang betanggungjawab membawa aku melihat dunia ni, kalau x bukan emak aku sendiri.. hehe...

HASHIMAH BINTI SIMAT.. itulah name emak aku..sebenarnya kan...malu nak mengaku, aku x kenal salasilah keluarga emak aku..yang aku tahu itupown dari arwah atok atan..katanya emak asal singapura, atok ambik mase kecik lagi..emak pown mmg x boleh tanya pasal benda ni, sensitif sangat2..abah pown dah pesan awl2..

beza aku ngan emak ade dalam 30 tahun..emak kawen lambat sebab tu dapat aku pown lambat.. aku rase aku pown bakal mengikut jejak langkah emak...hahaha... banyak sifat emak ade jugak dalam diri aku.. ade baik, ade buruk jugak..nak buat camne kan.dah anak emak...kenelah terima dengan hati yang terbuka.. chewah.. antara yang ketara sangat sikap gabra aka kelam kabut tu.. yang baik sikit sifat rajin x betempat.. haha..puji diri sendiri nampak?..rajin la sangat kannn... 

satu sifat emak, die cukup berkira..nak kata kedekut mungkin jugak la, adik beradik la tu!.. barang2 die macam bantal, baju, sikat x boleh berkongsi..kalau nak beli barang yang die teringin sangat pown cukup susah nak keluar duit.. macam makan2 pown, kalau orang laen xde, baru die nak hulur..penah ade satu kejadian, duit2 emak sorok kat dalam gobok, abis kene makan anai2..bising satu rumah pagi2 dia buat...hahaha.... tapi kalau dengan angah atau acit dalam bab2 duit ni die boleh lembut sikit..besalah mana2 emak dengan anak lelakinye..hehe..

tapi ade satu sifat emak yang bezzz sangat... mungkin mane2 emak pown macam tu jugak kowt.. kalau bab makanan, mane2 anak2 die yang x dapat makan, seboleh-bolehnye die simpan jugak.. kadang2 sampai basi, x boleh makan sbb nak tunggu angah, acit,ijah balik..aku ingat lagi time2 kat uitm dulu, kalau nak balik sana jer, emak mesti bekalkan aku dengan sambal udang.. dah mmg favourite aku tu.. emak tahu makanan fovorite anak2 die..satu lagi emak punyer cakap2 atau cerita2 die buat aku ketawa kadang2 sampai tahap mengalir air mata.. die citer pown die ketawa sekali..emak..emak..

emak..satu-satunya la emak yang aku ade, tiada gantinya di dunia ni... selamat hari lahir yang ke 54 tahun.. kaklong harap emak kekal sihat, panjang umur.. kaklong sayang emak..:p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...