Saturday, May 12, 2012

analisis diri mengenai post2 terdahulu

assalamualaikum..

hehhe..budget je kann tajuk entri... sebenarnya tak tahu nak tulis ape...rasa otak kering jer rasa walaupun sebelum2 ni banyak benda rasa nak tulis... tak pe untuk sementara ni layankan dulu ek...

bukan pasal nak buat tesis ke ape, saje2 je ni, nak mengenal hala tuju, dan cara2 memperbaiki lagi cara dan gaya penulisan..di samping langkah2 yang patut diambil untuk memartabatkan lagi penggunaan bahasa melayu..hahaha.poyos jer... sebenarnya kan dalam pemerhatian aku la kan, dari kaca mata aku, aku merasakan  selama ni post2 yang aku tulis sangat dipengaruhi oleh emosi aku kala itu.. jadi hubungannya sebegini.. emosi sebagai pembolehubah yang dimanipulasikan dan post2 sebagai pembolehubah yang bergerak balas.. jadinya kesimpulannya post2 yang aku tulis sangat bergantung harap pada emosi aku...


sebagai contoh la kan.. kalau aku rasa kala tu aku perlukan sangat motivasi, jadi aku akan menulis mengenai motivasi..di samping meng'up'kan diri balik, dapat jugak bagi motivasi pada pembaca2 lain.. kalau aku jiwa kacau, aku akan tulis belit2 sikit, konon2 sastera la sangat kan.. dia macam x nak orang tau apa aku rasa, tapi tak pandai nak berpuitis-puitis sangat, jadi kadang2 sebenarnya orang paham jugak apa  yang aku rasa masa tu...hahaha... kadang kalau aku rasa macam aku nak bagi sesuatu yang bermanfaat pada orang lain macam fakta2,aku akan tulis pasal info2 yang aku sendiri tak tahu, dan aku akan cari maklumat pasal  yang berkaitan dulu.jadi aku jugak dapat belajar sesuatu benda baru... kadang2 aku jenis suka teringat2 kenangan2 dulu yang mengusik jiwa, aku akan post pasal benda tu, kalau dah dimention banyak kali memang tu antara kenangan yang aku suka nak ingatkan... kadang aku suka tulis pasal family sebab sebenarnya aku ni seorang yang menghargai sangat2 family aku.. kadang ada jugak post2 pasal ulasan novel, movies atau cerita yang aku tengok dan baca sebab aku ni suka mengkritik sebenarnya.. aku suka mengolah dari sudut pandangan aku sendiri... dan kadang2 post2 yang main hentam keromo, ada sedikit unsur2 lawak antarabangsa menunjukkan emosi aku time tu macam ting-tong sikit dan hepi2 sikit... 


lepas 2 tahun lebih menulis dan ada blog aku rasa banyak jugak benda2 yang aku tulis, kadang bila baca tajuk je, aku tak tahu apa yang aku tulis sebenarnya..ada masa2 lapang aku baca balik apa yang aku tulis. .aku rasakan kadang2 apa yang aku tulis sebenarnya itu yang aku harapkan dalam kehidupan ni, dan adakalanya aku rasakan tulisan aku lebih tulus dari siapa aku yang aku cuba gambarkan didalam kehidupan harian aku... aku rasa bahagia menulis..aku rasakan menulis sebagai salah satu terapi yang sangat berkesan bagi aku..aku rasakan dengan menulis aku dapat berkongsi dengan sesiapapun sebab dalam dunia realiti aku bukannya seorang yang 'open'..aku jenis simpan apa yang aku rasakan....


jadi kesimpulannya, emosi memang sangat berkait rapat dengan apa yang aku tulis..dan aku rasakan aku jenis yang sangat mengikut emosi dan perasaan dalam tindakan aku seharian....ok, dahla banyak sangat aku merepek lagi kang...hahaha..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...