Sunday, April 29, 2012

motivasi : pesanan pada diri sendiri

assalamualaikum..

#1 Hidup ni jangan terlalu banyak mengeluh. kita buat sesuatu tu biarlah ikhlas kerana Allah, barulah segalanya mudah, hati tenang, dan dapat juga pahala.. bukan apa, mengeluh boleh, tapi berpada-pada, jangan semua benda nak mengeluh, itu salah ini salah, seolah-olah semuanya tak kene..seolah-olah menolak takdir yang Allah tetapkan.. terutamanya pasal kerja dan tanggungjawab kita seharian.. betul!.. kerja memang tak akan pernah habis, sentiasa ada..janganlah kita mentensionkan diri kita dengan benda tu.. take it easy ok! :)



#2 Hidup ni biarlah bersederhana dalam segala hal.. sama2 kita ambil berat, dunia kita ambik, akhirat kita pegang..biarkan seimbang.. janganlah terlalu mencari harta kekayaan dunia ni sangat lalu mengabaikan akhirat.. bukan harta itu yang akan menolong kita tetapi amalan2 kita di dunia yang akan menolong kita.. siapa yang tak nak kaya kan.. tapi kekayaan tu sebenarnya sama dugaannya dengan kemiskinan.. dengan kekayaan kita kalau kita dapat membantu orang yang lebih memerlukan, alhamdulillah mudah-mudahan dapat dikira sebagai saham akhirat kita nanti..dengan syarat ikhlas, bukan semata-mata untuk menunjuk-nunjuk..


#3 Hidup ni kita kene sentiasa bersyukur.. bersyukur dengan segala apa yang kita ada. sebab tak semua oran ada apa yang kita ada. tanda kita bersyukur kita ucapkan alhamdulillah, terima kasih Allah.. melakukan amal makruf, nahi mungkar.. jangan suka membanding-bandingkan orang lain dengan diri kita sendiri, sebab kita akan cenderung memikirkan kelebihan orang lain dan kekurangan diri kita sendiri.. 


#4 Kene sentiasa bermujahadah.. menundukkan dan melawan hawa nafsu adalah godaan yang paling sukar kerana ia sebahagian dalam diri kita sendiri.. nafsu tidak akan pernah puas..ia akan sentiasa meminta lebih dari apa yang kita ada. lebih-lebih lagi perempuan yang nafsunya ada sembilan.. 


#5 Hidup ni kene sentiasa bermuhasabah diri..kita memang sentiasa melakukan dosa, baik sekecil kecil dosa seperti menipu..dosa kita sesama manusia, dan lebih2 lagi dosa kita pada Allah.. hati ni kene sentiasa bersihkan dari sifat2 mazmumah..bukan apa, sebab dah terlalu biasa, jadi sifat2 ni kene hakis sikit2, berusaha untuk sentiasa bersangka baik pada orang lain, membantu orang lain sedaya mungkin..



banyak lagi ni tapi cukuplah dulu untuk hari ni.. banyak sangat kelemahan diri ni..

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...