Wednesday, April 25, 2012

BERSIH 3.0 vs PTPTN..

Salam hari rabu,

Bismillahirahmanirrahim.. takut pulak nak bercerita pasal politik2 ni.. tapi sebagai rakyat, kita ada hak bersuara, dan sebagai manusia kita ada hak dalam memberi pandangan.. diingatkan ini hanyalah pendapat peribadi aku sahaja mengenai 2 isu ni..


aku tak salahkan mana2 pihak, tapi kalau diikutkan situasi semasa arena politik malaysia ni agak kritikal juga. Gelombang yang dibawa dari anak2 muda IPTA dan IPTS semakin mendapat perhatian pihak kerajaan.. tak dinafikan anak2 muda memang berdarah panas dan cepat melenting bila ada benda2 yang sangat menyentuh emosi dan berkaitan hak2..tak dinafikan juga penglibatan parti2 politik lain yang seakan terus menyuntik idea2 dan pemikiran dalam diri mereka..


dua ni aku rasa isu hangat yang berlaku dalam masa terdekat ni..28 April di Dataran Merdeka akan ada BERSIH 3.0.. aku sebenarnya menyokong apa yang BERSIH cuba lakukan.. bukan nak menyalahkan kerajaan,.. kisah juga siapa yang memerintah..tapi siapa2 yang menjadi kerajaan tak kisahlah PKR, PAS atau BN, janji kebajikan rakyat terjaga.. tiada kerajaan yang perfect.. Terpulang bagaimana orang2 penting kerajaan dalam menangani isu2 negara dan isu rakyat dengan adil dan saksama.. nampak sangat satu demi satu kelemahan kerajaan BN memerintah.. terlalu banyak penyelewengan, rasuah, korup yang berlaku dalam kerajaan, termasuk kes2 yang berprofil tinggi, walaupun makhamah telah membuat keputusannya, pesalah tetap terlepas bebas..


Pemimpin tertinggi, PM kita dan isterinya pun banyak mencetuskan kes2 yang mendapat perhatian seluruh rakyat.. kesnya bersangkut paut dengan duit rakyat, duit negara.. Kes Anuar Ibrahim pulak kes liwat, kes peribadi..itu kalau betul dia buat pown, itu dosa dia dengan Allah.. waallahu'alam la.. bukan aku sokong PKR atau PAS, tapi aku tengok sendiri kerajaan PKR yang memerintah selangor banyak bawa pembaharuan walaupun kadang2 kita tengok kat TV banyak je isu2 yang lain yang timbul.. itu sebab semua media diguna oleh pihak kerajaan.. kadang tak tahu yang mana satu betul, yang mana satu salah pemimpin2 ni.. sebab banyak sangat putar belitnya.. Yang lebih mengetahui hanya Allah..


Isu PTPTN ni aku tak nak ulas sangat sebab aku juga peminjam tapi aku bukanlah jenis yang liat membayar.. bagi aku memang salah kalau hapuskan terus PTPTN, untuk dapatkan free education dengan keadaan ekonomi Malaysia, aku tak rasa kerajaan mampu.. Lagipun PTPTN sangat2 membantu pelajar2 IPTA dan IPTS yang mengalami masalah kewangan untuk menyambung pengajian.. Cuma kalau dihapuskan cukai 1% tu pun dah cukup bagus.. pinjam 20k, bayar pown 20k.. jadikan PTPTN sebagai badan mengurus je.. kerajaan rasanya dah untung banyak dengan income2 tax dan tax2 yang lain yang dibayar oleh rakyat.. kata nak membantu rakyat, bukan nak menambah beban rakyat membayar hutang..

Pasal bersih pulak, matlamat mereka jelas.. membersihkan proses pilihan raya agar telus. Rakyat mungkin dah muak dengan cara kerajaan memerintah.. yang aku pasti 28 april ni memang ramai yang akan berkumpul di Dataran Merdeka. Bagaimana kerajaan akan tangani isu ni, sama2 kita tengok, ambil iktibar dari Bersih 2.0..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...