Friday, April 20, 2012

21 April 2012

21 April 2012 aka esok adalah hari yang ditunggu-tunggu lama.. bukan aku sorang saje, malahan semua penduduk bukit botak dan seangkatannya .. hari mengundi untuk rumah kami yang dah lama sangat tertangguhnya.. projek pembangunan semula rumah setinggan kawasan kami ni kalau diikutkan banyak sangat masalahnya..dari masa aku kecik lagi kata nak pindah, nak pindah tapi tak jugak pindah2.. sampaikan abah buat penambahbaikan pada rumah tu.. sempat la merasa  bilik kecik kat dapur, dengan jamban baru sekejap.. hehehe…

Time 2006 rasanya, baru betul2 kene pindah..kelam kabut mencari rumah sewa lain masing2.. pihak pemaju bagi notis seminggu ke x silap..aku pown time tu dah ade kat uitm shah alam.. banyak masalah dengan pihak pemaju tu..dayapuri kowt.. burn camtu jer duit penduduk2 bayar wang pendahuluan dengan duit peguam. Last2 projek setengah jalan.. lepas tu bila PKR ambilalih Selangor, isu ni dinaikkan semula.. ada perbincangan dengan pihak pemaju dengan PKNS.. dipendekkan cerita PKNS ambil alih.. dan 2010 projek berjalan.. dari tahun lepas rasanya ada ura-ura mengundi, tapi dari bulan ke bulan senyap jer.. sampai la sekarang ni dapat official letter dari PKNS..

Esok sekali diorang sediakan bank2 untuk pinjaman.. ye lah, kebanyakkan penduduk terdiri daripada golongan sederhana..100K tu memang la banyak.. tapi apa-apapun Alhamdulillah bukan senang nak dapat harga macam tu, kawasan pulak selayang..dekat dengan KL.. rata-rata rumah harga 200k ke atas.. mintak-mintak Allah mempermudahkan semuanya.. Harap2 dapatlah kami semua merasa rumah baru.. Aminnnn….terima kasih banyak2 lah pada semua2 yang terlibat.. terutamanya MB selangor, Tan Sri Khalid kerana dengar katanya rajin memantau projek ni.. juga PKNS..

p/s: esok jugak adik aku yang belajar kat Sarawak nun balik semenanjung.. dapatlah kami sekeluarga berkumpul semula.. mesti meriah habis la!!.. hehe…

1 comment:

  1. selangor cemerlang di bawah kempimpinan PAKATAN RAKYAT!!!!

    yeahhhh balek sudah..hahaha..pyeksaan kelaparan bakal berakhir..haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...