Thursday, April 12, 2012

motivasi

Bismillahirrahmanirrahim,

sungguh bertuah bagi mereka yang mendapat peluang untuk mendapat hidayah Allah,
bukan semua orang berjaya meraihnya, hanya insan yang terpilih, yang tertentu yang telah dipilih Allah,
alangkah indah dan sangat bertuah bagi mereka2 yang telah melalui proses tarbiah secara perlahan-lahan,
sehinggakan berjaya menjadi insan yang lebih2 baik dari sebelumnya.. alhamdulillah.. semuanya telah tertulis dalam kalam Allah.. sungguh teratur sekali penciptaan Allah..

Rugi bagi mereka2 yang telah sedia dilahirkan dalam islam, tetapi islam hanya setakat pada IC.. tidak pula disarung menjadi pakaian.. Islam hanya pada nama tapi hakikatnya segala yang islam suruh tidak diendah.. islam sepatutnya diambil sebagai 'a way of life'.. agama langit ini diturunkan dari zaman nabi adam adalah sangat2 lengkap, membatasi segala zaman dan masih lagi releven dan digunapakai sehinggakan hari kiamat..

sungguh tenang dan bahagia bila melihat orang2 yang beriman.. ketenanangannya terpancar melalui seraut wajah yang sentiasa tersenyum.. bagaikan tiada masalah langsung!! tutur katannya pula sungguh berhikmah.. kita akan tenang dan bahagia bila mendengar tutur katanya.. segala-galanya baik dan berunsur nasihat.. kadang seperti terasa aura/kuasa yang sunnguh memikat, membuat hati kita tertarik untuk mengenali mereka2 ini..


hati-hati yang sentiasa gundah gulana, jiwa yang sentiasa bergolak dan segala macam penyakit hati pasti tiada dalam jiwa setiap dari mereka.. kebergantungan dan pengharapan hanya disandarkan pada Allah.. dan masyaAllah hubungan sesama mereka sungguh rapat, mereka berpegang kukuh pada tali persaudaraan sesama islam.. " saya sayang kamu kerana Allah".. segalanya kerana Allah..


islam..bagiku nikmat terbesar selepas iman.. yang membezakan antara orang islam dan bukan islam adalah kerana solatnya.. solat itu tuntutan wajib bagi setiap mukmin.. meninggalkannya mendapat dosa besar, hatta melambat-lambatkannya sudah dikira lalai dalam solat.. amalan kita berkait rapat dengan hubungan kita dengan Allah.. solat adalah manifestasi iman.. iman seseorang diukur dari amalannya.. taqwanya.. dan sebaik-baik amalan adalah solat..


marilah kita sama-sama sentiasa meningkatkan amalan kita terutamanya memperbaiki solat kita.. Allah akan mempermudahkan urusan hambanNya yang bersungguh ingin mencari ilmu, dan memperbaiki diri.. InsyaAllah..

1 comment:

  1. hidayah perlu dicari..beruntunglah org yg mencari hidayah..hidayah pasti dtg padanya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...