Thursday, April 5, 2012

motivasi : mengingati MATI

assalamualaikum..


tak perlukan kata-kata bersedia ataupun sudah
rela atau tidak ia pasti akan berlaku
tak kira masa, tak kira tempat, tak kira keadaan..
tiada dilambatkan walaupun seminit..hatta sesaat pun.
penamat bagi kelazatan dunia..
permulaan pada satu pengakhiran kehidupan abadi..

itulah dia MAUT..
atau dalam makna-makna lain yang membawa pengertian yang sama..


yang perlu difikirkan dan dirisaukan cuma amalan kita..
sekadar cukup, sudah cukup ataupun tak cukup langsung,
mahu jawab apakah kita dihadapanNya nanti??
ke nerakakah atau kesyurgakah kita??
adakah selama ini amalan kita diterima??
atau hanya sia-sia semata??


wajib untuk sentiasa mengingati MATI..
barulalah tersuntik semangat rindukan bersama tuhan
barulah terjentik rasa ingin kembali pada fitrah diri
barulah teraktif jam penggera masa supaya berubah ke arah kebaikan..


MATI rahsia ALLAH..
seperti kiamat kecil pada diri..
seperti kiamat besar yang kita juga tidak tahu masa dan ketikanya..
jadi bersegeralah kita kembali bertaubat,
sentiasa menambah dan memperbaiki amalan seharian kita
supaya kita akan bersedia dan bergembira menunggu saat kematian kita..

semoga kita sentiasa di bawah rahmat dan keredhaan Allah
semoga kita termasuk di kalangan ahli syurga..
InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...