Thursday, October 31, 2013

kisah mereka semua..

setiap dari seorang mereka ada kisah masing2..kisah tersendiri. bersatu di tempat ini..inilah dunia mereka sekarang.hospital yang bagaikan penjara.. terpisah dari dunia luar..dari segi luarannya nampak seperti mereka bahagia..hidup di dunia khayalan mereka sendiri..bebas mencipta, berkarya , berfikir tanpa sesiapa melarang..tapi.... dari segi dalamannya mereka ini parah..kritikal..jiwa mereka mungkin sudah tiada atau cuma nyawa2 ikan.. apa makna kehidupan?? apa makna sayang??..
Allah kurniakan akal untuk kita berfikir.. Allah juga anugerahkan kita dengan emosi..pelbagai perasaan.. bila kita berfikir mengikut emosi inilah padahnya.. tak mampu melihat dengan tulus, bertindak mengikut kata hati, terbawa2 dengan perasaan.. akhirnya jiwa tunduk lemah kalah dengan hasutan nafsu, tewas dengan hambatan emosi..

p/s: gara2 tengok cite hindustan smalam ni la merepek kt sini malam ni.. #xbolehtido...

Sunday, October 20, 2013

untitled entah kali ke berapa..

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..hati yang merasa sendiri, melaluinya sendiri tidak akan sama dengan hati yang hanya manpu bersimpati. mata yang melihat tanpa memahami jelas hanya mampu mengirim sendu. kekecewaan tak terluah..mahu disalahkan siapa? jika takdirnya tersurat begitu..

orang sekeliling punya hak menilai.. bebas membuat tafsiran. mulut orang bukan boleh dipaksa tutup.. biar tersalah menilai tapi jangan tersalah menghukum. bukan kita layaknya menjatuh hukum.

setiap orang ada rahsianya. setiap orang ada aibnya..setiap tindakan kita pastinya bersebab.. tidak perlu dicanang merata kerana belum tentu orang lain mahu percaya..apatah lagi menerima..

apa diharap dengan pandangan orang..?? apa diharap dengan penerimaan orang.?? jika pandangan dan penerimaan Allah yang lebih baik dan mulia.. kita semua sama sahaja..mati besok kita dibalut kain putih yang sama..liang lahad juga rumah akhir kita..

Wednesday, October 16, 2013

untitled

kita hanya melihat pada apa yang kita hendak lihat..kita hanya fikir dalam ruang lingkup kita yang terbatas.. kita ingin mendengar mengenai hal yang baik baik sahaja..kita rasa selesa..kita rasa selamat..di dalam zon yang kita cipta sendiri.. persoalannya sampai bila?? dunia yang luas disempitkan dengan dunia pemikiran kita yang tak ingin berkembang..

orang lain jauh sudah meninggalkan kita. orang sudah di bulan, kita masih di bendang..cuba buka minda kita. cuba luaskan pandangan kita. cuba lebarkan telinga kita.. dunia ini begitu luas untuk kita terokai..khazanah, misteri alam, manusia hebat melata hidupnya.. umpama sebutir permata yang terselindung, jauh terbenam di dasar lautan.. jika tidak dicari, pasti tidak ketemu..

dari alam,dari sekeliling,dari kanak kanak, dari pengalaman,dari pengembaraan,dari seseorang..semuanya guru terhebat.. benarlah kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan.. belajar dan mempelajari dari sudut berbeza..dari kaca mata orang lain..tidak akan sama apa yang kita ingin lihat dulu dengan apa yang kita lihat kini.. segalanya.. bagai sesuatu yang baru..cukup berharga..

hakikat diri

ya..aku terpaksa akui..kadang memang ada masanya perasaan yang menjeruk rasa..yang membunuh jiwa itu akan hadir. aku bencikan perasaan itu..dan aku bencikan diriku bila aku punya rasa itu.. sekian lama ia tetap hadir..

ya..aku pasti aku harus gigih berusaha mencari dan mengenal..jawapannya pasti akan kutemui bila hakikat itu aku temukan dan fahamkan..jalannya aku nampak dengan jelas tapi untuk melaluinya aku tak pasti..mampukah aku tanpa sesiapa di sisi..

hakikatnya aku hanya insan yang lemah.. mengharapkan kekuatan dari pencipta kekuatan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...