Wednesday, February 25, 2015

memberi dan menerima

assalamualaikum..

tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yg menerima. ataupun tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah.. kita selalu dengar kan ungkapan ini.. mengenai konsep memberi dan menerima..

bertepatan juga dengan konsep zakat dan infak atau seumpamanya. sebenarkan bila kita memberi dengan ikhlas, insyaallah kita akan menerima lebih dan lebih lagi dari apa yang kita beri. memberi tidak mengurangkan harta kita sebaliknya menambahkan harta kita. sekurang kurangnya pahala memberi dengan ikhlas kita sudah pun dapat.. tambah lagi dalam islam, harta sebenar kita adalah harta yang kita keluarkan. untuk tujuan di jalan Allah atau untuk kebajikan masyarakat.. lagipun zakat sebahagian dari rukun islam yang wajib lakukan. kalau nak hurai bab zakat memang panjang..lain entri la ye..

kesimpulannya, bila kita ada rezeki lebih, memberilah.. dalam harta kita terdapat juga hak2 orang lain. berinfaklah.carilah seberapa banyak harta untuk pelaburan kita disana nanti. nasihat untuk diri sendiri juga..

sikap/nilai memberi ini satu sifat terpuji. berlawanan dengan sifat bakhil dan kedekut..moga kita dihindari dari sifat bakhil dan kedekut. tapi... bila memberi jangan harapkan balasan dari orang lain.. kerana tak semua orang ada sifat ingin membalas budi.. kesudahannya kita yang kecewa.. jadi sebaiknya kita cuma harapkan balasan dari Allah..

lagi satu kan..bila dikaitkan dengan memberi, tak semestinya dlm bentuk wang/ hadiah/barang2 yg bersifat material.. ia boleh juga dalam bentuk lain..ataupun lebih pada nilai sentimental seperti perhatian, cinta, kasih sayang, senyuman, pertolongan dll..

kadang kita bukan mengharapkan sangat orang memberi kita hadiah.. tapi lebih kepada nilai ingatan  atau penghargaan seseorang itu pada kita. kita rasa diingati dan dihargai, walaupun kadang hadiah itu harganya cuma rm5..

istilah give and take dalam bahasa inggerisnya. tapi kan..satu benda penting yang kita kena tahu dan fahami. "kita tak akan terima jika kita tidak memberi".. menunjukkan memberi lebih penting dari menerima kan??..dan akhir sekali, "orang memberi kita merasa".. ;)

Sunday, February 15, 2015

#sebelumakubernikah

assalamualaikum..

erm.. byk mutiara kata dari orang2 hebat dapat dikutip semalam.. alhamdulillah.. walaupun ada sesetengahnya lebih muda tapi ilmu yang ada pada mereka lagi luas dari umur kita ni.. betullah..ilmu.. pada sesiapa pun kita dapat belajar, tak kira usia walaupun budak kecik..asalkan fikiran kita terbuka dan positif untuk menerima..

jadi kagum dan bangga dengan anak2 muda seperti mereka yang bercita2 tinggi terutamanya Hilal Asyraf dan team langitilahi.. baru juga kenal nama hafizul faiz. baru pertama kali tengok aiman azlan, sebelum ni cuma kenal nama aje.. mereka2 ni punya fikiran yang jelas, faham apa yg harus dilakukan dalam hidup..dan sudah pun berjaya , dikenali dari muda lagi..

tak kurang jugak penceramah yg lebih berpengalaman seperti ustazah fatimah syarha, ustaz zaharudin dan pak arbi yg semangat dan jugak terpegun dgn hajah  rohani pasal bijak mengurus wang.
ikutkan pengisian memang padat.. tapi agak2 10% ada rasanya yg tersemat dalam fikiran..

jd..dah lepas dengar semua ni.. apa next stepnya??.. yg penting kena ada perancangan.. macam selalu pepatah yg kita dengar.. "kalau kita gagal merancang, bermakna kita merancang untuk gagal".. ok bab2 merancang ni memang kita pandai, tapi bab melaksanakan apa yg dirancang tu selalunya gagal.. atas sebab sikap sendiri..haha...

nnti kalau kita rajin, kita kongsikan apa yg kita dapat dari seminar semalam.. tapi dalam banyak2 tu yang paling terkesan sekali pasal "umur matang".. dan paling penting sekali sebenarnya persoalan sebelum aku bernikah ni adalah sudah bersedia atau tidak.. itu yg paling penting, yg lain2 dtang kemudian..

tapi kesimpulannya banyakkan berdoa dengan ikhlas dan yakin Allah akan makbulkan. dan perbaiki diri sendiri semampu boleh..insyaallah..banyak lagi kena belajar ni..

Friday, February 6, 2015

kecederaan pada lutut

salam..

pagi ni pergi kpj ampang puteri untuk buat MRI.. tak pernah terlintas satu hari akan berpeluang guna machine ni.. selalu tengok dalam tv je.. nak kata takut, takut la jugak sebab first time kan.. selamat boleh tidur malam sebelum tu..

appointment pukul 10.30am.. tapi sampai awal.. tunggu je la kt bilik x ray.. selamat dah buat persediaan awal baca blog2 orang.. bawak spare sekali seluar cerut dengan tudung sarung.. sekali pakai dengan inner.. kalau takde semua tu, seksi kowt pakai baju hospital tu..

ok.. takdelah seteruk mana. dia siap bagi earphone lagi, suruh dengar lagu..walaupun nampak macam selesa tapi sebenarnya taaakkk.. haha.. langsung tak boleh bergerak, kalau tak nanti imej kabur, kene buat lagi sekali, lecehla pulak kan.. dengan bunyi bunyian yg kuat dan bising, tak dapat mengatasi bunyi lagu.. sekejap2 terasa adrealine rush.. tiba2 bernafas kuat, tapi selamat cepat turunnya.. mungkin terlalu gemuruh.. selamat tak fobia kat ruangan sempit dan selamat setengah jam je.. tapi setengah jam tu adoi terasa lama yang amat.. mata celik je, susah pulak nak tidur.. tak usah cakap la otak fikir macam2..

lepas tu kene tunggu keputusan sejam lagi.. dekat 12.30 dapat result, bawak naik jumpa doktor.. keputusannya as expected..

kecederaan meniskus dan juga tulang rawan makin haus..

kesannya kena cucuk dengan sejenis cecair untuk kurangkan keradangan.. time cucuk tu sakit sikit je.. tapi lepas sampai umah ni, baru terasa denyut2, kebas2..

kalau lepas cucuk ni, sakit berulang juga, kene datang balik sana untuk buat atrascope kowt x silap.. masukkan kamera tu....huhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...