Sunday, July 15, 2012

motivasi : ramadhan, sudah bersediakah kita??

assalamualaikum...


ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi akan tiba
moga kita semua diberi kesempatan lagi untuk melaluinya..
moga kita diberi kekuatan dan ketabahan untuk mendapatkan ramadhan yang terbaik..
baik dan lebih baik dari ramadhan-ramadhan sebelumnya...


ini bulan kita,
bulan kebangkitan kita,
bulan peningkatan amalan kita,
bulan mulia yang yang dalamnya terdapat malam seribu malam..
bulan muhasabah diri
bulan memperbaiki diri....


bulan ramadhan yang datang insyaAllah...
kita rebut segala peluang yang ada..
kita tanamkan semangat "beribadat seolah-olah esok kita akan mati"..
jangan kita hanya mendapat penat semata-mata..
pahala hilang entah kemana..
kita jaga segala anggota kita..
kita tahan segala nafsu kita..
insyaAllah....


dan tiang solat itu juga jangan kita tinggal...
bukan semata-mata berpuasa tanpa solat...
kerana solat lebih utama dari puasa..


moga ramadhan kali ini lebih "berisi"
dan berterusan hingga ramadhan seterusnya...
bersama-sama kita cuba meraihnya...
insyaAllah...


PUISI : Melayu

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
(Usman Awang)

PUISI : AKAN KU TERUS KETUK PINTU TUHANKU


Saturday, July 14, 2012

H U J A N







Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...




Artist: Sudirman

lagu ni terasa dekat sangat dengan diri aku kala ini.....
sayu aje mendengar kan suara dan bait2 kata alyarham sudirman ni...
lagu yang macam nilah ada jiwa......


hujan, bawa bersama airmataku..........

Tuesday, July 10, 2012

minah karipap

assalamualaikum dan selamat malam..

malam ni tetiba tertengok pulak cerita ni...kelakar betul!!..jadi terasa nak tertulis dan tercomment pulak kat sini... dah tengok dah sebelum ni pun, tapi sebab kelakar, layankan jer lagi sekali...

minah..minah..minah...obses sangat dengan karipap... tak dapat makan karipap sehari boleh angau jadinya.. hahaha...melebih la tu kan..(aku jer yang over tulis sebenarnya..hahaha)... kelakar bila tengok karakter minah ni yang dibawa dengan jayanya oleh Nur Khiriah.....sampaikan Pak Man pon kena marah gara-gara karipap yang Pak Man jual tu x sedap...



Last2 dia sendiri belajar macammane nak buat karipap...lepas 2 percubaan gagal, minah dah berputus asa, tapi selamat ada si syafiq, kawan minah ni yang bagi semangat...akhirnya minah berjaya jugak buat karipap istimewa dia..


pengajarannya; jangan berputus asa... kalau gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.. setiap orang yang berjaya pasti bermula dengan kegagalan..yang penting jugak usaha gigih tanpa mengenal erti penat lelah.. orang istimewa ni sebenarnya memang sangat istimewa.. kadang kebolehan, keazaman dan semangat mereka ni lebih bagus daripada orang2 biasa,,, 



p/s: sebenarnya aku pown x reti nak buat karipap, tahu makan jer!!... tengok citer ni macam teringin pulak nak cuba buat karipap aku sendiri pulak..hahaha..

Monday, July 2, 2012

kisah dan cereka kita

assalamualaikum...

kita semua....
kita semua ada kisah tersendiri..
ada cerekarama kita sendiri..
tiada satu pun yang serupa dan sama 100%
kemungkinan saling bertemu dan saling berkait antara cereka pasti ada..
kerana kita watak yang berhubungkait antara satu sama lain..
itu membentuk satu jalinan cereka yang lebih dramatis
tiada siapa hidup di dunia sendiri-sendiri


yang pastinya kisah kita-kita semua
pasti ada gembira,pasti ada duka....
pasti penuh dengan latar suasana, masa, tempat, emosi dan macam-macam lagi..
kisah kita semua pasti penuh dengan rencahnya..
diadun sehinggakan menjadi sebati dengan yang namanya kehidupan....


dalam kisah-kisah kita itu,
pasti ada yang kita cuba simpan dalam-dalam...
rahsia hati yang mungkin melibatkan maruah kita-kita
rahsia yang mungkin mengaibkan diri kita dan juga orang lain..
rahsia yang macam-macam...
yang kalau boleh sampai mati kita cuba bawak..
bak kata pepatah, biar pecah diperut, jangan pecah di mulut....


kisah, cereka dan rahsia kita..
ada yang perlu disimpan rapi
ada yang perlu dikongsi supaya menjadi pengajaran bersama..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...