Monday, July 2, 2012

kisah dan cereka kita

assalamualaikum...

kita semua....
kita semua ada kisah tersendiri..
ada cerekarama kita sendiri..
tiada satu pun yang serupa dan sama 100%
kemungkinan saling bertemu dan saling berkait antara cereka pasti ada..
kerana kita watak yang berhubungkait antara satu sama lain..
itu membentuk satu jalinan cereka yang lebih dramatis
tiada siapa hidup di dunia sendiri-sendiri


yang pastinya kisah kita-kita semua
pasti ada gembira,pasti ada duka....
pasti penuh dengan latar suasana, masa, tempat, emosi dan macam-macam lagi..
kisah kita semua pasti penuh dengan rencahnya..
diadun sehinggakan menjadi sebati dengan yang namanya kehidupan....


dalam kisah-kisah kita itu,
pasti ada yang kita cuba simpan dalam-dalam...
rahsia hati yang mungkin melibatkan maruah kita-kita
rahsia yang mungkin mengaibkan diri kita dan juga orang lain..
rahsia yang macam-macam...
yang kalau boleh sampai mati kita cuba bawak..
bak kata pepatah, biar pecah diperut, jangan pecah di mulut....


kisah, cereka dan rahsia kita..
ada yang perlu disimpan rapi
ada yang perlu dikongsi supaya menjadi pengajaran bersama..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...