Saturday, June 30, 2012

persoalan:pemakaian melambangkan keperibadian diri kita??

Assalamualaikum..




Dalam dunia yang serba macam ni, manusia pon bermacam-macam jenis ni, jadi rasa-rasanya bermacam-macam jugaklah jenis cara pemakaian manusia yang macam-macam ni.. betul ke kalau kita sentiasa memakai baju kurung, kita dikira perempuan kampung, perempuan yang tidak mengikut perkembangan arus semasa??..perlu ke kita kene pakai pakaian yang terdedah sana, terdedah sini semata-mata untuk mengikut arus fesyen semasa??...

balik pada persoalan kita tadi..pakaian melambangkan keperibadian diri??.. kalau orang yang pakai jubah, dikira baik, orang yang pakai ketat-ketat dikira kurang baik??

rasanya persoalan ini ye memang betul bagi aku tapi kurang tepat.. mungkin penampilan diri merupakan perkataan yang tepat.. penampilan diri bukan hanya terhad pada pakaian tetapi lebih kepada cara kita menampilkan diri di khalayak ramai...termasuk cara pembawakan diri kita, tutur kata yang keluar dari mulut kita.dsb.. 



ada je manusia yang luarnya kita rasakan dia seorang yang baik, tapi dalamannya mungkin kurang baik.. mungkin dia hanya berpura-pura baik??..jadi keperibadian seseorang itu sebenarnya susah juga untuk dinilai.. perlukan masa dan ruang untuk mengenali sifat dan keperibadian seseorang...


p/s: aku sebenarnya suka pakai baju kurung kerana apa tau..pertamanya sebab senang dan mudah bagi aku.. keduanya, kalau melayu tak pakai baju kurung, nak harapkan cina/india yang pakai?? harapkan makcik2, nenek2??  india aku tabik la jugak, ada sesetengah tu masih pakai baju sari bagai, cina pulak dah jarang2 sangat nampaknya pakai cheongsam..CNY pown cuma pakai t-shirt je..kalau kita anak2 muda ni tak pakai, siapa lagi yang nak meneruskan adat dan tradisi bangsa melayu..bukan setakat pakaian je, sebenarnya banyak yang kita dah tinggalkan dan lupakan..sayang kan.....

kesimpulannya kita mestilah berbangga dengan pakaian tradisional kita..hahaha..bersemangat pulak aku!!..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...