Sunday, June 10, 2012

review : fixi novels

assalamualaikum, salam sejahtera buat semua..

pagi ni terasa nak bercerita pasal novel2 fixi yang dah pernah baca...erm, adalah beberapa buah, kesimpulannya novel2 ni sangat menarik untuk dibaca...persoalan yang dibawa kadang2 agak berat tapi disajikan dalam bentuk santai..lagi satu yang bez dan menarik syarat2 untuk penulis menghantar karya mereka ke fixi publication.. kena dapatkan sendiri la, rasanya setiap buku mesti ada kat muka surat depan sekali.. lagi satu kertas yang digunakan tu sama macam kertas novel2 inggeris...seronok pulak baca.. 



#1 Dendam - Aku rasakan novel ni yang paling bez antara semua novel fixi yang aku baca.. Mengenai seorang figura yang diberi nama Khalil Gibran.. Perjalanan kehidupan Khalil Gibran sejak dia mengenali erti dendam sehinggalah dia akhirnya insaf atas segala perbuatannya...kelainannya adalah watak antagonis yang menjadi watak utama...watak2 lain dan peristiwa2 yang berlaku macam dekat jer dengan kita semua..isu polis corrupt, ahli politik dan mcm2 lagi macam sangat "real" berlaku dalam negara kita sendiri...


#2 Bisik - Novel kedua aku rasakan bez.. seperti tajuk novel, itulah tema utamanya bisikan, lebih kurang macam novel Fiksyen 302 karya RAM... Penulis rungkai sedikit demi sedikit mengenai kisah silam watak utama yang ternyata mengalami sakit "jiwa" sejak dari kecik!!.. memang pesakit sebegini ada di kalangan kita.. tanpa kita sedar, atau mungkin juga kita antaranya??... tahukah anda "depression" juga salah satu penyakit jiwa??..



#3 Pecah - Aku rasakan juga ini antara novel terbaik kerana tiada lagi novel seperti ini yang aku pernah baca.. satu-satunya adalah Pecah setakat ini... mengenai perancangan rapi oleh sekumpulan orang yang merancang untuk merompak bank.. dan bagaimana cara2 untuk melepaskan diri.. latar masa juga menjadi satu plot menarik, bagaimana semua ini bermula, membawa pembaca balik semula ke dua generasi sebelumnya.. 


#4 Kasino - Ni novel terakhir aku baru saja habiskan... agak menarik jugak!!.. lebih pada catatan diari seorang Dato.. 14 hari masa diberi oleh MB untuk mendapatkan semula duit 3M.. Menariknya isu yang ditulis mengenai politik semasa peralihan kuasa pemerintah... pembaca dibawa sama mengenai cara hidup ahli politik dan orang2 atasan.. di medan kasino, Dato mencuba nasib untuk memenangi pertaruhan hidup dan masa depan politiknya...


#5 Dosa - Sebenarnya menarik juga isu yang dibawak, tapi disebabkan dalam bahasa indonesia, aku kurang meneliti warkah ni.. mengenai pasentran dan bagaimana budak sekolah agama akhirnya terjerumus ke lembah dosa, sebagai penari bogel di kelab malam terkemuka.. dan bagaimana isu kekeliruan jantina.. aku cuma baca sikit2 jer...jadi tak dapat nak rumuskan..



#6 Kougar - Ini rasanya novel yang paling tak best.. aku tak habis baca pown..separuh jer.. tak paham sebenarnya apa isu yang cuba dibawa..mengenai andartu!..itu jer yang aku tahu.. 


#7 Licik - Ini best jugak!.. memang sangat licik!!..dari skim kaya sehinggakan penipuan antarabangsa!!... aku teruja dengan novel ni..bijak menipu dan memanipulasikan orang.. watak utama seorang perempuan yang sejak kecik telah diasuh menjadi con artist.. dipertemukan dengan seorang yang licik jugak.. bergabung tenaga dan akhirnya berlaku pengkhianatan...siapa yang lebih licik??? 


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...