Wednesday, June 6, 2012

Antara Vampiro dan immortality

salam sejahtera ke atas semua...



vampiro atau vampire atau pontianak adalah spesis yang sama, cuma berbeza panggilan... pontianak lebih dikenali dalam kalangan budaya melayu kita sebagai perempuan mengandung anak sulong yang meninggal dunia yang mati dibunuh, bangun kembali sebagai pontianak..biasanya dia akan menjelma menjadi perempuan yang cantik untuk mengurat mangsanya dan kemudian mengilai besar..tujuannya rasa-rasanya lebih pada untuk menakut-nakutkan jer kowt..entah...korang semua mesti lagi arif pasal pontianak ni kan kan...pontianak paling cantik pown dah difilemkan..pontianak dari zaman P Ramlee sehingga zaman suhaimi baba..x pernah habis rasanya cerita2 sebegini untuk dijadikan modal cereka atau filem.... dalam realiti sebenar korang pernah jumpa x?... aku tak pernah dan tak ingin pown nak jumpa...hiiiii seram jugak bila teringat hilaian dia tu macam dalam filem tu...

vampire hensem!!!


ok...vampire pulak dalam bahasa inggerisnya..digunapakai oleh orang barat..dari zaman Van Helsing sehinggalah cerita  popular siri twilight mengangkat tema vampire sebagai tonggak jalan cerita... Vampire barat digambarkan sebagai penghisap darah..tinggal di dalam keranda, tak boleh kene cahaya matahari, takutkan bawang putih..immortality (kekal hidup selama-lamanya)..mempunyai deria bau yang sangat peka dan deria penglihatan yang sangat tajam pada waktu malam....


2 novel yang aku pernah baca mengenai vampire adalah Awang Vampiro dan The Untold Story.. teruja jugak membaca 2 novel ni...terutama sekali Awang Vampiro sebab ada jugak diselitkan unsur sejarah dan unsur masa depan..tak silap novel RAM jugak ada diselitkan mengenai vampire.. dalam trilogi bagaikan puteri tapi tak pasti yang mana satu... 


tau x macammane asal usul kejadian vampire ni??.. tak pasti la pulak, tapi apa-apapun dia tetap makhluk yang Allah ciptakan.. semua isi alam ini milik Allah jua..tapi kan manusia biasa boleh bertukar jadi vampire!!.. tak tahulah betul ke tidak, tapi itu yang dimomok-momokkan pada kita samaada melalui bahan bacaan ataupun media massa..manusia akan berubah menjadi vampire bila manusia itu hampir2 mati dan diberi minum darah vampire lain...kemudian manusia itu akan mati dan kembali hidup menjadi vampire dan keinginan mereka untuk darah semakin membuak-buak pada masa beberapa jam yang pertama.. macam ada percaya gak, kalau tak, tak akan lah boleh jadi cerita kan??...tapi tak boleh la percaya 100%...tiada makhluk yang kekal abadi..hanya Allah yang maha kekal... 


haa...itulah keistimewaan menjadi vampire, kekal hidup selama lamanya.. kalau tak dibunuh oleh manusia pemburu vampire atau dibunuh oleh vampire lain... jadi mereka boleh hidup merentasi zaman... dan kekal awet muda, tak berubah-ubah mukanya..jadi biasanya mereka tak akan berada di satu-satu tempat tu dalam masa yang lama...tapi yang aku tahu makhluk yang tak mati2 ni cuma ada satu jer.. iblis lakhnatullah atau syaitan dan sekutu-sekutunya..mungkin vampire ni termasuk dalam suku sakat syaitan??.. mungkin kowt..


tadi terbaca satu post dekat myibrah.com.. post yang ni : http://myibrah.com/adakah-benar-jack-sparrow-itu-panglima-awang-hitam... teringat pulak cerita Awang Vampiro.. macam ada banyak persamaan dengan apa yang ditulis dengan novel tu...diikutkan memang betul sejarah sebenarnya susah nak dipercayai kerana sejarah boleh diubah..sejarah yang dicipta mengikut kaca mata kuasa terbesar dunia.. itu yang disuruhpakai, dipaksa terima, diikhtiraf sehinggakan sejarah yang sebenar terus terkubur... 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...