Tuesday, June 5, 2012

review : jejawi tua

assalamuailaikum, salam untuk semua...


"tak perlulah sesiapa pun mengaku di hadapan orang ramai. Simpan aib masing-masing selagi Allah Taala tidak membukanya. Dan jangan sampai Allah membuka aib kita di khalayak ramai. Daripada menyembah jejawi tua dan memohon bantuan Tok Tom, bukankah lebih baik imarahkan surau dan masjid. Bukankah jauh lebih baik kalau kita memohon pertolongan langsung kepada Allah Taala tanpa sebarang wasilah dan tanpa bertawassul secara bidaah"......



antara kata Tok Ngah Darus pada penduduk kampung Sungai Teja...Jejawi Tua, pokok yang menjadi mercu tanda kampung Sungai Teja..pokok itu sudah tumbuh lama lagi,sewaktu pembukaan kampung khabarnya, ia tidak ditebang malahan tetap kekal di situ.. Kini menjadi satu simbol ketakutan dan kegentaran penduduk kampung untuk melewati kawasan dimana jejewi tua berada.. dikataka juga terdapat puaka di situ...


Apabila perkara utama dalam kehidupan tidak lagi ditikberatkan bahkan disekutukan dengan mudah atas alasan bagi memudahkan urusan, yang menanti adalah masalah yang lebih rumit...


Mak Pah, Tok Melah, Mak Limah antara penduduk kampung yang terpengaruh dengan janji2 Tok Tom yang kemudiannya memakan diri mereka sendiri..bila Pak Long Lateh dan Pak Su Leh hilang , itu adalah permulaan bagi permasalahan yang besar dalam penduduk kampung Sungai Teja.. yang akhirnya diketahui Pak Long Lateh telah selamat menjadi makanan si ular sawa yang beraja di pondok buruk Angah Soyah, dan Pak Su Lateh yang terjatuh menemui ajalnya di dalam perigi..yang menjadi sasaran pertanyaan kehilangan mereka pastinya rakan judi mereka iaitu Man Bewak dan Mat Ajib.. Pak Long Lateh meninggalkan isterinya Miah dan anak mereka yang masih kecil.. Miah kemudiannya kehilangan anak mereka hasil dari perbuatannya sendiri yang lupa diri bila diberi emas..Man Bewak yang menaruh perasaan pada Miah menggunakan peluang yang ada untuk mencuba nasibnya dan umpannya mengena.. Miah masuk perangkapnya...Pak Su Leh pula meninggalkan seorang anak teruna Sudin.. Sudin dan Sahak bekerja dengan Pak Syuib, suami pada Mak Limah di kandang kambing dan ayam.. Sudin terlalu lama menaruh hati pada Rohani, satu-satunya anak dara Mak Pah....


Ada rahsia pada setiap diri mereka..ada aib yang disimpan rapi oleh mereka...seboleh-bolehnya biarlah aib itu akan dibawa ke kubur.. seperti kata Mak Pah dan arwah suaminya... Tok Melah pula terlalu taksubkan akan harta dunia sehinggakan Tok Imam Tua, suaminya menjadi mangsa amukannya.. kerana menginginkan harta pusaka milik Tok Ngah Darus, suami sendiri dibambunya sehinggakan terlantar sakit.. kemudian Tok Tom menjadi "penyelamatnya".... Kisah Angah Soyah pula, anak yang terbiar dan menjadi kutukan pada semua penduduk kampung.. Dia bukannya bodoh, malahan setiap perkara tersembunyi yang berlaku di kampung itu diketahuinya..cuma sengihannya itu dan bau khasnya itu yang menjadikan dia kelihatan bodoh dan tempat kutukan dan cercaan orang lain..



penamatnya sebuah kematian besar-besaran secara tragik penduduk kampung Sungai Teja.. Kesudahah aib bagi Miah dan Man Bewak.. Kematian sia-sia Mat Ajib dan Sudin.. dan kesudahan Jejawi Tua itu sendiri..



Sarat sebenarnya cerita ni dengan pelbagai watak dan perwatakan... tapi banyak jugak pengajaran yang boleh diambil iktibar...



P/S : Apa jadi dengan Ma Pah, Tok Melah dan Tok Imam Tua??... 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...