Sunday, June 3, 2012

ijah dan uitm puncak alam..

assalamualaikum dan selamat petang..

nak tulis pasal ijah..tapi tak tahu nak start macammane..k, dah start pown ayat pertama..hehehe.. ijah ari ni ari pendaftaran program asasi dia kat uitm puncak alam. pagi2 lagi kitorang dah gerak nak hantar padahal lebih kurang sejam lebih jer perjalanan..tapi bagus la pagi2 dah settle semua.. taklah panas nanti kalau sampai tengahhari baru nak mendaptar kan..aku pown kira excited gak la sebab aku pown ex uitm.. UITM sentiasa di hatiku..chewah!!..tapi kalau uitm puncak alam ni aku tak pernah jejak... 


sampai2 rupanya ramai lagi yang dah sampai lebih awal..memang boleh expect la kan hari pendaftaran..lebih2 lagi yang datang dari jauh,,nun dari belah utara,selatan timur dan barat ku jejaki (macam lagu je kan)..ade yang dengar citer solat subuh pown kat sini.. alhamdulillah semua berjalan lancar..aku puji jugak la sistematik cara diorang2, pelajar2 uitm jugak yang handle pendaftaran ni, nampak tersusun, xdelah kelam kabut sangat.. diorang banyak belajar dari pengalaman2 lepas ni!!... jadi dapat jugaklah aku merasa naik bas uitm sekali lagi..hahaha..walaupun sekejap yang amat.. 


lupa pulak nak citer, tempat tu memang superb!!..bagi aku lah sebab kat atas bukit kan.. kata ijah, pagi2 boleh nampak kabus.. tengok dalam tu still lagi diorang tengah buat construction.. x lama lagi memang penuh la dengan fakulti2 lain.. x silap aku ada beberapa fakulti jer yang ada kat situ buat masa sekarang.. untunglah sape2 dapat jadi pelajar kat sini masa mula2 ni..semuanya masih cantik lagi... kolej kediaman dia pown macam hotel jer!!.. macam style apartment pown ada..satu rumah la kowt, ada 4 bilik..setiap bilik ada 2 orang... ada ruang tamu sikit, n bilik air..aku rasa dah cukup mewah sangat la tu kalau nak bandingkan aku dulu kat kolej mawar, satu bilik dengan 4 katil kan..limit sangat ruangnya.. kalau x belajar sungguh2 dengan kemudahan kondusif yang disediakan pihak uitm, memang membuang masa la!!...


ada satu benda yang menarik kat situ.. diorang panggil "tangga maut".. ada 248 anak tangga kesemuanya.. menghubungkan kolej kediaman dengan fakulti.. sape2 yang nak kuruskan badan memang berbaloi-baloi la gunakan kemudahan ni!!..hahaha...kalau x nak letih2, sayangkan kaki n perut, boleh jugak gunakan perkhidmatan bas.. 


sempat jugak berjumpa dengan kak anis kat situ masa makan2 kat cafe die.. cafe dia pown cantik!!.. besar!! macam best la kalau dapat makan kat situ hari2..hahaha..kak anis kawan masa kat matrik, jiran kitorang yang paling rapat dengan bilik aku.. adik dia pown dapat kolej yang sama dengan ijah..angah pown ada gak jumpe kawan die 2 orang tadi..k la, dah cukup banyak aku bercerita... 


p/s: jap malam nanti adalah budak ijah tu call..pot pet pot pet citer pasal kat sana, dengan kawan satu bilik dia, maria (kowt nama dia) yang mengundang kontroversi antara kitorang anak beranak.. hahaha...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...