Thursday, May 23, 2013

mencari sahabat..

assalamualaikum..salam kesejahteraan untuk semua..




Baru sahaja habis membaca relasi: mencari sahabat edisi kemas kini oleh Hilal Asyraf.. Sememangnya semua karya beliau bagiku menarik dan memberi mesej ketuhanan yang sangat jelas. Jadi kagum dan bertambah kagum dengan anak muda ini dalam berjuang menyebarkan islam..

Novel ini sebenarnya karya pertama beliau, ditulis ketika berumur 17 tahun, form 5!.. jadinya latar masa dan tempat berkisar mengenai sekolah..tapi persoalan utama mencari sahabat itu yang menarik kan??.. semuanya mesti pernah terpikir juga lagi2 zaman sekolah2 dulu.. kalau ikut defini sahabat Hilal Asyraf ini sahabat ialah mereka yang membawa kita mendekati Allah s.w.t.. 


Sahabat yang baik adalah sahabat yang akan memimpin kita ke syurga. Hal ini kerana, syurga adalah kemuncak bahagia. Jika dia membawa kita ke neraka, maka itu bukan sahabat namanya, kerana neraka adalah kemuncak celaka.’
(Hilal Asyraf, Fanzuru)

 Mungkin setiap orang ada defini masing2 mengenail sahabat. Adakah kita dah berjumpa dengan sahabat kita??..macam watak Saifullah dalam cerita ini, tercari2 makna sahabat dan siapa sahabat sebenarnya dalam kehidupannya.. Insiden Saifullah dengan senior dan 5 paksi kejahatan sememangya memberi kesan mendalam dan jawapan kepada persoalannya..terus menangis bila bab2 akhir tu....hehe...


ye..bagiku sahabat sememangnya individu penting dalam kehidupan kita. Kawan dimana-mana kita boleh dapatkan tetapi sahabat sejati bukan semudah itu..sesukar umpama mencari permata di dasar lautan. Sahabat tidak sesekali akan tinggalkan kita, dalam waktu senang, dalam waktu susah.. Sahabat yang baik tidak akan mengkhianati kita..setia teguh berdiri di belakang kita saat kita memerlukan. Sahabat tidak akan memburuk-burukkan kita dan mendedahkan aib kita di hadapan orang lain. Sahabat, kawan yang rapat dengan kita,memahami segala hal berkaitan kita. Sahabat juga mereka yang sentiasa mendoakan sahabat-sahabatnya yang lain..


alhamdulillah..rasa-rasanya ada beberapa kawan rapat yang layak dipanggil sahabatku dunia akhirat. Terima kasih dan berbangga kerana mereka menjadi sahabatku.. Moga kita semua sentiasa diberkatiNya dan sentiasa dalam rahmatNya..

Friday, May 17, 2013

motivasi : malu rasanya

assalamualaikum

salam hari jumaat..semoga hari ini kita semua diberkati dan dipermudahkan segala urusan..amin..
malu rasanya bila kita nak bandingkan diri kita dengan orang2 yang lebih baik dari segi amalan, ibadah dan akhak..rasa jauh bezanya,jadi malu sendiri..

macam perihal solat, kagum dan bertambah2 hormat pada mereka2 yang sarat mengandung, hilang upaya, orang tua2, orang yang dimana2 dalam apa2 jua keadaan tidak pernah tinggal solat misalnya..suka kalau pergi surau2,masjid2 ada kanak2 yang datang, sama2 ikut solat kat belakang..walaupun solat dia solat pandang sana, solat pandang sini..tapi ada usaha/minat untuk bersolat. mereka2 ini lebih paham makna solat dan kewajipan solat ke atas setiap umat islam.

mcam kanak2 perempuan yang baru start pakai tudung dari kecik kan....so cuteeee.... walaupun tertanggal sana, tenampak rambut sana sini..main tarik2 dengan kakak2, abang2..tapi sekurang-kuranya mereka suka nak bertudung..itulah sebenarnya semuanya perlu dipupuk dari kanak2 lagi.. tapi ye la kan zaman kanak2 semuanya suci murni, tiada dosa..bila dah besar,mulalah berubah..sikit2 lama-lama kita tak perasan kita dah makin jauh kan...

kite ni kadang2 ada yang solat ikut mood, ada yang kesian tak bersolat langsung pun ramai, Ada yang solat tapi solat akhir2 waktu..lalai dalam solat, tidak pernah khusyuk solat..yang mana satu kite tu?? macammane tu??...

semuanya pilihan kita sendiri..tanya iman, jawapannya ada pada diri sendiri..
ye, iman kita kadang naik,kadang turun..jadi kita kene sentiasa bermuhasabah diri
selalu2 bandingkan diri kita dengan orang yang lebih baik dalam urusan akhirat..pesan pada diri sendiri juga
baru semangat untuk jadi lebih baik..

semoga solat kita dan ibadah kita semua diterima dan diberi pahala..semoga kita semua berusaha menjadi lebih baik dari sehari ke sehari..amin..

Friday, May 10, 2013

review : bunga merah punya

assalamualaikum, salam hari jumaat..



tetiba kan nak buat review drama, terasa mcm dah lama tak buat review untuk drama/filem.. aaaa, sape yang tengok cerita ni??..best kan kan kan?..masih keudara di TV9, setiap hari khamis jam 8.30 malam.. walaupun x habis lagi cerita ni tetiba terasa semangat nak menulis pasal cerita ni.. lama jugak rasanya takde perasaan fanatik tengok drama ni..last skali maybe drama korea kowt.. sampaikan tetunggu-tunggu, tenanti-nanti hari khamis, pagi2 jer dah rasa happy sbb hari ni ada cerita ni..balik pulak belum 8.30 dah tunggu depan tv..hahaha..gile fanatik tak?..mcm jatuh cinta pulak..



kenapa ek suka sangat2 cerita ni??. meh kita bagi sebab2 nyer..
sebab pertama sebab watak utama dia IZZUE ISLAM.. entah sejak bila pulak minat kat dia, tetiba jer...hahaha..
kedua sebab cerita ni lain macam sikit..dia macam ala-ala muzikal,ada banyak lagu..
ketiga, sebab lagu2 dalam cerita ni semua best2..suka sangat2 mcm lagu sampaikan rindu, kau,aku dan waktu, hujan di tengah malam & lagu tema bunga merah punya
keempat, sebab pengarah dia pengarah muda yg berbakat dan hensem, Zulhuzaimy
kelima, sebab cerita dia cerita time kecik2 membawa ke zaman besar..suka cerita2 yang macam ni...
keenam, sebab jalan cerita dia kowt,penuh dengan konflik, cinta,persahabatan....sekejap suka, sekejap menangis..

haaa...ada sebab lain lagi x??..xde dah kowt..


tapi kan macam dah nak abis jer cerita ni..:(..sebab bunga dah jumpa merah.. tak tahu camne pengakhiran cerita ni..jeng jeng jeng.. yang kita boleh agak sekarang ni, pokchu tu ayah kandung merah,so merah dengan iffah adik beradik...hitam mgkin masuk penjara sebab membunuh.. merah mungkin balik kampung dengan bunga..entah, kemungkinan je la kan...

ok.. :)

Tuesday, April 16, 2013

motivasi: Tanda-tanda kematian



كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَيۡرِ فِتۡنَةً۬‌ۖ وَإِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ



Al Anbiya’: 35
Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.




Sesungguhnya tanda-tanda kematian menurut Ulama’ adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaaan kita saja yang akan membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.


Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini. Cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini berlaku lazimnya selepas waktu Asar.


Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika perhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar, akan bertindak di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau hanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar akan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah Asar. Bahkan pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita ,antaranya ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan tetapi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



Tanda 7 hari

Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera utnuk makan.


Tanda 3 hari


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.


Ketika itu juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.



Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagain halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri serta menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita pula.


Semoga kita semua sedar akan tanda-tanda ini dan bersedia untuk menghadapi mati. Moga matinya kita dalam keadaan husnul khatimah..insyaAllah

prolog kehidupan

"Dalam hidup,adakalanya kita terkeliru dengan apa yang kita mahukan. Kita mencari,sedangkan kita sendiri tidak tahu apa yang kita cari. Kadang-kadang cinta menjengah, tetapi kita tertanya-tanya benarkah ia cinta. Namun bila ia meminggir, kita digelangi rindu yang membuak. Mungkin yang pergi bukanlah cinta. Hanya aku yang keliru dalam mentafsir

sehinga kini, aku masih tertanya-tanya. Benarkah ada cinta untuk diriku"..(Liza Nur..3 hati)

Wednesday, April 10, 2013

lulus akhirnya....

alhamdulillah, syukur pada Allah.. angah lulus juga akhirnya final exam untuk ijazah kedoktoran dia.. jadi secara officialnya dia dah dapat la pangkat DR tu.. DR KHAIRUL ANWAR....


tahniah angah... kami satu family berbangga dengan pencapaian angah.. lepas ni kene bersiap sedia untuk latihan kawad dan tentera..dan kemudiannya ke dunia pekerjaan yang lebih mencabar..

selamat maju jaya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...