Thursday, September 10, 2015

kehidupan

bila kita pandang kehidupan orang lain..ada yang nasibnya kurang baik dari kita. banyak sebenarnya di luar sana. ada yang Allah uji dengan kesakitan, ada yang Allah uji dengan kemiskinan.. tapi mereka masih mampu tersenyum. sungguh aku kagum pada mereka. pada ketabahan hati mereka. kalau aku di tempat mereka, tak pasti jika aku masih mampu tersenyum. bila kadang2 teringat begini buat kita rasa bersyukur kan dengan kehidupan kita?.. jika kita hidup susah, masih ada yang lagi susah dari kita. bila kita rasa payah, ada orang yang lebih bersusah payah meneruskan kehidupan demi sesuap rezeki. itulah kehidupan.. tak semua jalan hidup kita sama. pasti berbeza takdir masing2.. moga Allah permudahkan setiap urusan semua, mereka2 yang dalam kesusahan. moga Allah bukakan seluas luasnya pintu rezeki bagi mereka yg dalan kesempitan dan moga2 Allah sembuhkan atau ringankan penyakit2 mereka.. aminnn...

bila nampak gambar seseorang yang dulunya semasa kita kecik..kita kenal..tapi kini sudah semakin dimamah usia.. muka makin berkedut, uban makin memutih dan gigi pun hanya tinggal 2 batang.. perasaannya seperti..... rasa masa lalu begitu jauh meninggalkan kita... betullah. masa itu emas. masa tak dapat diundurkan semula. Allah juga pernah bersumpah demi masa, manusia dalam kerugian kecuali mereka2 yang beriman dan beramal soleh dan mereka yg sentiasa berpesan dengan kebenaran. kita semakin beranjak dewasa, mereka semakin beranjak tua. inilah dia hakikat kehidupan. yang kecil pasti akan dewasa..yang muda pasti akan tua. hakikat yanglagi satu..hakikat kematian tak kira usia atau muda..

putaran kehidupan akan sentiasa berjalan bila kita berada di atasnya. kita yang kadang selalu terlupa untuk menoleh, melihat keadaan orang lain dan bersyukur dengan kehidupan kita dan dengan segala nikmat rezeki yang Allah beri.. moga kita semua termasuk di kalangan orang yang sentiasa bersyukur.. amin..

Wednesday, August 19, 2015

syawal dah berakhir...

salam... lama nak update tapi sampai syawal dah habis, baru berkesempatan nak menulis. dah terlambat rasanya nak wish selamat hari raya lagi.. mungkin selamat hari raya aidiladha in advance.. hehe...

syawal tahun ni cukup bermakna kerana ada 3 peristiwa penting berlaku.. pertama, 1 syawal.. kami kehilangan maklong.. alyarhamah Rokiah binti Ali..kakak sulung belah abah yg sudah pun kami anggap seperti nenek kami sendiri. tempat menumpang kasih tiap kali syawal.. jadi awal syawal ritu kami semua dalam mood sedih.. tapi alhamdulillah, arwah pergi pada hari jumaat, 1 syawal..hari mulia, anak2 cucu semua dapat tengok buat kali terakhir.. dan sempat berpesan apa yg patut.. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yg baik dan beriman.. aminnn..

yang kedua, yg hilang berganti dengan kelahiran ahli keluarga baru kami.. Alhamdulillah, terima kasih Allah.. 1 aribulan bersamaan 16 syawal adik ipar selamat melahirkan bayi lelaki yang sangat comel... saya dah naik pangkat jadi maklong, ada anak saudara dah ^^... akif iman nama diberi. dua2 belah keluarga pun eksited sangat sebab cucu pertama.. semoga akif iman membesar bagaikan juara, sihat dan jadi 'seseorang' yg berjaya dunia akhirat..aminnn...

dan penutup 30 syawal aritu, salah seorang sahabat baik saya, mauizhatul khasanah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya.. alhamdulillah, sebuah masjid lagi dibina... sama cantik, sama padan, bagai pinang dibelah dua.. kami semua tumpang gembira.. ^^... semoga rumahtangga yg dibina kekal bahagia hingga ke syurga..aminnnn...

next 2 sahabat baik sy pun insyaallah tahun depan.. saya bila lagi??.. hanya Allah yg lebih tahu.. moga2 next syawal saya pun sudah berdua... aminnnnnnnn.. (ni terlebih panjang sikit aminkan.. hehe)

Tuesday, July 7, 2015

kepercayaan

salam Ramadhan ke 20..

terasa ramadhan kali ini sangat2 cepat berlalu.. sekejap sudah masuk 20 hari.. minggu depan jumaat dah pun raya... huhu..

terasa nak berceloteh pasal kepercayaan.. sebab tengok cerita korea semalam. tajuk dia 'Hello Monster'.. antara genre yang menarik perhatian. tiba2 sedih bila ayah dia macam tak percaya dengan anak sendiri. dan terus buat keputusan anak dia monster dan kurung bawah tanah. sebabnya anak dia lain dari lain, bijak.. paham.. perasaan seorang bapa yg risaukan masa depan anak dia..tapi tak patut sampai dengar cakap orang lain dan tak percaya anak sendiri..

bayangkan perasaan anak kecik tu.bila ayah sendiri buat pandangan tak percaya, takut dan kasihan dalam masa yg sama.. orang luar atau orang lain yang pandang begitu mungkin boleh terima lagi, tapi orang yg rapat dengan kita, orang yg kita sayang.. huuu.. terasa...

kepercayaaan mungkin sesuatu yg bukan mudah untuk diberi atau payah untuk didapatkan.mungkin nilainya tinggi bagi sesetengah orang. tapi dalam kes penipuan, ramai yg terjebak disebabkan sifat percaya jugak.. jadi kesimpulannya kepercayaan harus diletakkan berpada2.. kena pada tempatnya..

mungkin ada kriteria2 tertentu sebelum kita buat keputusan untuk letakkan kepercayaan pada seseorang. bergantung pada individu masing2 untuk menilai

Saturday, June 27, 2015

lagu: kemuliaan ramadhan

Kemuliaan Ramadhan

# Ramadhan bulan ibadah 
bulan kerahmatan dan keampunan 
para malaikat merendahkan sayap 
untuk menghitung pahala berganda

ramadhan bulan berpuasa 
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu 
mengawal indera

*Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

**bersyukurlah pada rahmat-Nya 
(Ya ramadhan)
dikurnia bulan yang mulia (ya ramadhan)
beruntunglah bagi mereka yang 
mendapat keredhaan-Nya(ya ramadhan)
tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan 
10 akhir ramadhan 
dikurniakan lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan

ulang #
ulang *
ulang**

Thursday, May 21, 2015

motivasi : kita hamba

assalamualaikum..

kadang kita sering lupa bahawa diri kita tidak lebih sekadar hanya hamba Allah. kadang sikap ego seringkali datang tanpa diundang. Tanpa sedar kita riak, berlaku takbur dengan kata2 kita atau dalam perlakuan seharian..

Walau sehebat mana pun kita di dunia ini, jangan lupa Allah lebih hebat..

Walau besar mana pangkat kita di dunia, jangan lupa Allah maha Besar..

Dunia ini hanya sandaran. Untuk kita merebut seberapa banyak yang boleh pahala. Dunia ini tak lain tak bukan untuh meraih keredhaan Allah semata2. Moga di akhirat sana kita kan beroleh syurgaNya..

hamba tidak memiliki dan hanya pemilik Allah..segalanya milik Allah. kita hanya peminjam sementara, berkelana di atas bumiNya. Sampai masa, semuanya akan dipulangkan pada yang selayaknya. kita juga akhirnya akan pulang pada pencipta kita..

bukan mudah untuk mendidik jiwa hamba.......

Saturday, May 2, 2015

some notes

everything does for reason. kadang kita tak tahu sebab disebalik tindakan seseorang tapi pastinya ada sebab kukuh kenapa dia buat begitu dan begini. dan setiap yang berlaku ada hikmahnya. kita mungkin tahu dan faham selepas kita teliti semula setiap kejadian yang berlaku. dan kita akan bersyukur dengan setiap kejadian dan hikmah yang Allah titipkan untuk kita..

sometimes, life is out of our control. kita hanya berhak merancang, tetapi Allah jualah yang berhak menentukan. kadang bila apa yang kita nakkan berlaku tak seperti yang kita harapkan, kita belajar kita hanya hambaNya yang lemah. Allah dah tetapkan takdir buat setiap hambaNya. kita belajar untuk berdoa dan berharap.

sometime we forget about choices. life actually all about choice. pilihan sentiasa ada. tinggal kita kadang yang degil atau tak nampak jalan lain, hanya berpegang pada satu jalan. kita ada pilihan untuk patah balik, jalan terus atau pilih simpang lain. mungkin bila kita pandang sesuatu dari sudut yang berbeza kita akan nampak pilihan lain tu.

as long as we know what we actually wants in this life, there is always route for us to get what we want. kita mungkin tak nampak apa yang akan berlaku di hadapan kita, tapi life is always move on.. nak tak nak kita akan tetap lalui hari2 mendatang. #positivemodeon

bahagia sebenarnya bukan untuk dicari, tapi ia ada dalam diri kita. merasa cukup dan bersyukur juga bahagia. apa yang kita ada itulah bahagia kita sebenarnya. terpulang kerana bagi aku bahagia juga subjektif sifatnya.

fitrah manusia adalah kembali ke asal kejadian. Allah ciptakan setiap sesuatu ada sebab dan fungsinya tersendiri. setiap dari kita pastinya akan kembali kepada pencipta kita. di pertengahan jalan mungkin kita tersimpang dari jalan yang sepatutnya tetapi naluri kita akan sentiasa berbisik mengenai fitrah kita.

jangan mengaku kalah sebelum bermula. hidup ini penuh dengan uncertainty..kita tak akan tahu apa yang bakal terjadi. teori hanya teori. 50% betul. 50% salah. jadi jangan letakkan hidup kita atau orang lain hanya pada teori semata. mencuba lebih baik dari tidak mencuba langsung.#moretodirisendiri #sissentap

cukuplah dulu. mood lepas habis baca novel kelabu. orang semua dah lama habis baca, aku baru je cari dan baca buku ni. walaupun di pertengahan cerita terasa tertipu sangat dengan penulisnya, tapi tetap jugak gagah menghabiskan sehingga ke mukasurat terakhir.
#superb #nadiakhan #kelabu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...