Tuesday, July 16, 2013

ramadhan kareem

assalamualaikum..

sekejap sahaja, 6 hari sudah berlalu..masuk hari ini hari yang ketujuh..23 hari yang tinggal nanti pasti juga cepat berlalu....bagaimana dengan puasa kita semua??.. alhamdulillah,kita masih diberi peluang untuk bertemu bulan ramadhan yang mulia ini. semoga kita semua beroleh rahmat,kemuliaan dan kebahagiaan di bulan mulia ini..semoga ramadhan kali ini lebih dan lebih bermakna dari ramadhan sebelum ini..



bagaimana dengan penghayatan kita di bulan ini?..seharusnya dengan peningkatan usia kita ibadah yang kita lakukan lebih bertambah2..peluang yang ada kita rebut dan usahakan dengan sebaik mungkin..kerana mungkin tahun depan kita tidak berjumpa lagi dengan bulan ini..berlipat2 kali ganda amalan2 dan ibadah2 yang kita lakukan diberi pahala oleh Allah..jika niat kita ikhlas kerana Allah semuanya dikira sebagai ibadah.. pergi kerja ibadah, makan, memberi makan,menyediakan makan untuk orang berbuka puasa, semuanya dikira ibadah dan diberi pahala..begitu besar sifar pengasih dan penyayang Allah..


tidak cukup dengan itu, ditambah pula dengan ibadah malam, solat terawih...satu kelebihan ramadhan, dimana tiada ibadah ini pada bulan2 lain..dalam terawih ada tazkirah, dapat kita menambah ilmu.. dalam terawih juga kita dapat bersedekah,tambah lagi pahala kita..dalam terawih juga kita dapat merapatkan sillaturrahim,..masyaAllah..dalam terawih sahaja pelbagai pahala yang kita dapat sekali..ruginya kalau kita tinggalkan solat terawih..walaupun ianya bukan ibadah wajib, tapi peluang ini cuma datang sekali setahun sahaja..30 hari untuk 365 hari..bayangkan istimewanya solat terawih...


Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/; 
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.


satu lagi, Al Quran, kitab suci orang islam, panduan hidup kita diturunkan pada bulan Ramadhan.. jadi membacanya satu huruf sahaja diberi pahala..apatah lagi satu muka surat, atau satu juzuk satu hari.. 
bertadarus, belajar dan menambahbaik cara bacaan kita..semuanya dijanjikan pahala yang sangat besar oleh Allah..dan di penghujung 10 ramadhan yang terakhir, disediakan oleh Allah malam lailatul Qadar..malam yang manyamai seribu bulan..juga hanya terdapat pada bulan ramadhan..

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan.
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
Surah 97,Al Qadr


jadi kesimpulannya begitu istimewa bulan ramadhan ini bagi sesiapa yang berfikir dan memerhati.. rebut sebaik-baiknya peluang di depan mata, selagi kita masih sempat melakukannya.. jika tidak termasuklah kita di kalangan orang yang rugi..marilah kita sama2 memperbaiki amalan2 kita seharian.. dan moga2 ibadah kita semua dipandang Allah dan diberikan ganjaran pahala..insyaAllah






Tuesday, July 2, 2013

motivasi: musuh utama

bismillahirahmanirrahim..

Tahu tak siapa musuh utama kita??..ye,betul syaitan dan jin itu memang musuh nyara kita, tapi ada yang lebih utama dari itu..ia ada dalam diri kita sendiri, sebahagian dalam setiap orang.. ye,betul..NAFSU...
nafsu itulah musuh utama setiap orang, betul kan..sebab apa??..sebab kita selalu tewas dan tertipu dengan nafsu..nafsu begitu kuat menggoda kita sehinngakan kita jatuh pada perangkap nafsu.. Lagi satu nafsu sifatnya batin(dalaman), tak nampak dengan pandangan mata kasar..maknanya nak melawannya bukanlah seperti berjihad menggunakan pedang..sebab itulah dikatakan jihad utama jugak adalah jihad melawan hawa nafsu


Nafsu terbahagi kepada 7 peringkat..(tengok gambo atas je la ^^).. nafsu yang biasa2 dalam kehidupan seharian kita contohnya nafsu makan, seks, amarah, dengki, cemburu, dan banyak lagi nafsu2 yang bersifat mazmumah la..Nafsu adalah ibarat kuda liar,sukar dikawal, merbahaya dan boleh memudaratkan. Ia boleh dijinakkan, dikawal dan memberi manfaat sekiranya dikawal dengan latihan yang betul.


Salah satunya ialah dengan berpuasa..Seperti kedatangan bulan Ramadhan 7 hari lagi..Hikmah Ramadhan bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga semata,mata tapi lebih dari itu.. dapat juga menahan nafsu kita, dengan syaratnya kene jugak puasa yang lain2..iaitu puasa mata dari melihat benda bukan2, puasa telinga dari mendengar orang mengumpat, puasa mulut dari mengumpat,mencaci, bermaksud puasa anggota2 badan lain jugak la... cara lain, mendekatkan diri dengan Allah, yakni solat, berzikir, banyak bersedekah dan berdoa memohon perlindungan dari Allah..


Seorang cendekiawan islam berkata 'beruntunglah orang yang menjadikan akalnya sebagai pemimpin dan nafsu sebagai tawanan dan rugilah orang yang menjadikan nafsunya sebagai pemimpin dan akalnya sebagai tawanan'. Imam Al-Ghazali mengatakan "antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin'


Firman Allah,"Dan ada pun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada nafsunya, maka syurgalah tempat tinggalnya."(An Nazi'at:40-41)


Jadi kita semua kene berjihad bersungguh2..mujahadah dalam melawan dan mengawal hawa nafsu. sebab Allah dah janjikan syurga bagi siapa2 yang taat padaNya dan berjaya menahan diri daripada nafsunya..
Akhir kata, Jangan biarkan nafsu mengawal dan membelengu diri..^^

Saturday, June 29, 2013

motivasi: Semak diri

Assalamualaikum,



Motivasi. Kita sentiasa memerlukannya dan memperbaharuinya. Sebagai booster,pemangkin dan inspirasi jiwa. Orang yang sentiasa bermotivasi tahu apa yang perlu dilakukan dalam hidupnya. Fokus pada apa yang mahu dilakukan. Ada juga orang yang bukan tiada motivasi, tapi mungkin kurang motivasi dalam hidup. Mereka masih tercari-cari apa matlamat dan tujuan hidup mereka. Hidup dalam keadaan tertekan dan selalu merungut akan keadaan diri,menyalahkan takdir, menyalahkan orang lain dengan nasib hidup mereka sendiri

Semak tips di bawah (diambil dari http://langitilahi.com/13095)

#Tips 1
Bagaimana meraih tenang, bahagia dan damai sentiasa?
Jelas matlamat hidupnya
Nyata tujuan hidupnya
Sentiasa fokus dalam hidupnya


#Tips 2
Hendak bertenaga, bersemangat, cerah ceria selalu?
Selalu membuat amal soleh
Sentiasa senyum
Berfikiran positif serta lapang dada


#Tips 3
Macamana hendak kekal termotivasi, terinspirasi dan enjoy our passion?
Membaca Al-Quran penuh khusyuk, tadabur dan amal
Solat awal waktu, khusyuk, sempurna dan berjemaah
Fokus terhadap kerja, impian dan cita-cita hidup


#Tips 4
Kenapa jiwa kita kekosongan, kegersangan dan kekontangan?
Tiada matlamat hidup.
Tiada tujuan hidup.
Tiada fokus dalam hidup.


#Tips 5
Apa sebab hidup kita tertekan, terhimpit dan sangat-sangat stress?
Bergelumang dengan dosa.
Suka dengan noda-noda maksiat.
Lalai, hanyut dan leka dengan “buaian” dunia.


#Tips 6
Kenapa kita selalu keras hati, ego tiada kesudahan dan air mata membeku?
Sukar memaafkan orang lain
Rasa diri hebat
Tiada kerendahan hati


Renung balik persoalan2 di atas dan ternyata betul kan??..


Tuesday, June 25, 2013

motivasi: never giveup; life must go on

lihat sekeliling kita..semuanya bergerak mengikut aturan alam..
lihat pada sang awan, setia melindungi kita dari terik mentari, tetap bergerak sikit demi sikit..
lihat pada sungai,sentiasa mengalir airnya..
lihat pada pertukaran siang dan malam
dan pada bulan dan matahari yang silih berganti..

semuanya berjalan mengikut aturan Allah..
kita manusia pun sentiasa bergerak,
bergerak ke hadapan..mengikut putaran masa..
masa pun tidak pernah penat berjalan, tidak pernah berhenti..

mahu tak mahu kita terpaksa juga berjalan ke hadapan..
walaupun kadangkala ujian yang datang
membuatkan kita terpikir untuk berhenti bergerak...
duduk,jatuh tak mahu bangun..
mahu tinggal pegun di dunia sendiri..keseorangan..

dunia ini bukan dunia kita seorang
dunia ini kalau kita tidak berjalan,kita akan ketinggalan
dunia ini indah sebenarnya, sia2 sahaja masa yang ada tidak dimanfaatkan
bukankah dunia ini singkat sahaja? persinggahan sahaja..?
jadinya setiap saat dan masa begitu berharga
mengapa harus menyerah....?
bukan orang lain yang untung,hanya kita seorang yang rugi..
kalau jatuh, kita bangun semula..
bergerak,berjalan dan kalau boleh berlari...


kita tidak punya banyak masa..
patut berkejar untuk mendapatkannya..
kerna kita pernah ketinggalan sekejap di belakang..

Friday, June 21, 2013

keroja

ermmmm..feeling excited bile dapat balik ke tempat asal.. lepas lebih kurang sebulan merantau dekat RHB Centre kat Jalan Tun Razak..tempat asal jugak yang dikenang, walaupun mungkin tempat baru sana lagi bagus.. Bila dipikir2 balik, bagus jugak ada 2 tempat kerja yang berbeza sungguh environmentnye ni.. Bukan senang kan nak dapat peluang macam ni (thinking positive) walaupun memula dulu rasa macam teraniaya.. macam jadi bola, tolak sana,tolak sini..


memang berbeza sungguh environment tempat kerja, kenal orang2 baru yang berbeza, cara kerja yang berbeza..tapi dah beberapa hari kat osk balik, rasa rindu pulak kat rhb..ermmm.. adat la, ada part best, ada part tak best..part best kat osk, dah biasa dengan environment dan orang2 kat sana, nak makan pun banyak pilihan, kerja pun banyak, nak pergi balik pun senang..part yang tak best, kekadang je la tension sikit pasal kerja, lebih2 bila audit.. part best kat rhb pulak, part masa yang terlebih senggang, aktiviti surau.. part tak best, kene gerak awal,balik lambat sebab ada shift, nak balik la kadang2 kene time hujan dengan keadaan jem yang teruk,perjalanan 5 minit boleh jadi 30 minit..tapi nak buat macamane,no choice.. rasa life kat sana macam hectic sangat..walaupun sebenarnya kerja x ade sangat pun... kawan2 baru pun x berapa nak ngam, ye la saya ni kan pendiam, bukan senang nak rapat dengan orang lain..


kesimpulannya..saya lagi suka dekat osk, tapi saya suka surau rhb..yang mmg sy akan rindu aktiviti saya kat surau sana..sampai2, awal lagi, g tidur kat surau, pukul 8,bangun buat solat sunat dhuha.. rehat kol 12 lebih turun, selalu tengahari mmg ada pengisian ceramah, dengar tapi kadang2 tidur jugak, solat zuhur berjemaah..


tapi kan saya rasa dalam beberapa tahun akan dtg (mgkin 4/5 tahun lagi) saya rancang nak buat kerja yang betul2 saya suka.. hope that time saya ada keberanian dan tekad untuk capai kerja impian saya;

Monday, June 17, 2013

Otak Jenazah Pelajar Tahfiz 'Segar' Seperti Hidup


                                





Otak Jenazah Pelajar Tahfiz 'Segar' Seperti Hidup


Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT. 




SUBHANALLAH, TANDA2 KEBESARAN ALLAH.. Biasanya orang2 yang Allah sayang selalu akan pergi awal.. orang2 baik selalu Allah tarik nyawa awal..tapi tak bermakna yang umur panjang tu orang tak baik..ajal maut kan semua di tangan Allah.. Bagusnya meninggal awal, kita tak banyak kesempatan masa untuk berbuat jahat di atas dunia ini..


Mari kita sama2 sedekahkan Al Fatihah buat adik Aiman. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...