Antara otak dan jantung yang mana satu stop berfungsi dulu bile kite mati?
Persoalan ni pernah hadir dalam mindaku..
tapi aku still x dapat jawapannya..Pernah dengar masal mati otak?
Mati otak ialah keadaan dimana tiada peredaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak (termasuk batang otak iaitu bahagian otak yang mengawal aktiviti-aktiviti penghidupan seperti pernafasan dan denyutan jantung) tidak lagi berfungsi. Bagi segelintir pesakit kematian otak boleh terjadi sebelum denyutan jantung mereka berhenti. Ini mungkin terjadi apabila pesakit itu mengalami koma. Dikatakan orang yang mengalami koma berada di bawah minda alam sedar..
Fungsi jantung pulak menghantar darah ke seluruh anggota badan termasuk ke bahagian otak..Kalau jantung start stop functioning first, darah x akan mengalir dalam badan kita..dan orang yang disahkan mati biasanya dilihat pada denyutan nadi.. Manakala otak pulak berfungsi untuk mengawal semua aktiviti badan termasuklah denyutan nadi.. mungkin ade dua keadaan yang menyebabkan seseorang boleh dikatakan mati, mati disebabkan fungsi jantung berhenti dan lagi satu mati otak..
Yang mana satu paling penting?
aku rasa kedua2 penting dan saling memerlukan..Otak adalah anugerah tuhan yang paling bernilai untuk makhluk yang bergelar manusia.. kaji dan selamilah kekuatan dan kemampuan otak kita..jantung yang biasa disebut hati juga sangat penting dalam hidup manusia..seringkali kita mendengar samaada untuk mengikut waras pikiran atau naluri hati..memang ada kaitan antara otak dan jantung kita..
Mengikut Dr Tuah Iskandar dalam bukunya yang bertajuk "Membina Imaginasi Cemerlang", hasrat,sasaran dan kehendak bermula dari hati dan jantung menghantar impuls kepada jantung secara minda sedar dan fungsi minda bawah sedar akan berusaha untuk memikirkan bagaimana kita akan mencapai hasrat,sasaran dan kehendak yang telah ditetapkan tadi.. Buku ni sangat bagus untuk kita mengenali dan mendalami fungsi otak dan daya imaginasi..
Dalam proses pembentukan bayi, jantung yang terlebih dahulu berdetak sebelum otak manusia terbentuk. Jantung juga memiliki medan elektromagnetik 5000 kali lebih besar dari otak dan 40 ribu sel tersendiri didalamnya, menandakan kalau ia memiliki sistem tersendiri yang juga disebut “otak didalam jantung”.Tanpa adanya medan tenaga yang dikirimkan jantung ke otak, manusia mungkin tidak akan merasakan kedamaian dan ketenangan.
Hal inilah yang mendukung secara ilmiah, jantung adalah tempat bersarangnya jiwa manusia, yang jika bergabung dengan otak kemudian akan membangkitkan 88% kekuatan bawah sadar yang sering di sebut-sebut itu.
Fenomena inilah yang kemudian disedari, hingga melahirkan istilah-istilah IQ, EQ dan SQ. jadi balik pada persoalan tadi,otak atau jantung yang berhenti dulu bila kita mati? siapa boleh jawab,angkat tangan..
No comments:
Post a Comment