Thursday, February 26, 2009

?????

Entah ape kena la ari ni..
macam rasa bercampur, rasa nak marah orang, nak nangis pun ada,
rasa depress n tension pasal thesis..
kepala lak asyik pening jer sbb tetiap ari kena hujan, perut pun sama buat hal
macam nak memberontak je...
duhai hati sabarlah.......

"Ya Allah,kuatkanlah hatiku ini Ya Allah,
Damaikanlah hati ini,
Tenangkanlah fikiran ini,
Jauhkanlah aku daripada segala sifat yang terkutuk,
Dekatkanlah hatiku denganMu
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingatiMu
Aku memohon padaMu,
TuhanKu yang satu
Amin Ya Rabbal A'lamin"

Tadi kitorang (aku, nana, una, cika n ani) g carex kat dsb,
ade la 10 resume kitorang anto..
ptapi ngak tau la ade peluang ke x..
just try, manalah tau ade oppurtunities..
possibilities to get on interview maybe high..
dahle sekarang ni ekonomi down..

rasa macam x caye je, dalam 2-3 bulan lagi jer nak abis belajar..
insyaallah kalau x sangkut la..
pastu nak kena menempuhi satu alam baru..alam pekerjaan..
macam x bersedia je lagi aku rasa..
kena pikul satu tanggungjawab, satu amanah yang berat..
rasanya ilmu yang ada x cukup banyak lagi,
kemahiran komunikasi, interpersonal n level of confidence banyak yang kurang..
so, kene la improve kan sebelum dapat keje nanti..
learning kan continuous process..kat tempat keje nanti pun kite dapat belajar new things..ape yang penting..kena ada keazaman...
dahle, apalah aku merepek nie..

Wednesday, February 25, 2009

aRi niE............

huhuhu...
lame dah aku x dok menjenguk blog nie..
busy???
x jugak...byk mase free terbuang macam tu je..
keje sebanarnya banyak...
tapi dah terlampau lapang..gini la jadinya..
tak tau nak mulakan camner..
pasal fyp ni la satu hal yg asyik memeningkan kepala aku..
huhu...
malas r citer pasal tu..

jom kite citer pasal ari nie..
a'ah..sesuai la sangat2 ngan tajuk kat atas tu...
Ape jadi ari nie ye???
Patutnye aku ade kelas kul 2 tadi..
tapi dah sepakat ngan kawan2 lain, dok same memonteng..
huhu...
last2 ke PKNS n PAS tempay yg kami tuju...
Asalnye nak amik gambar untuk buat resume jer untuk esok..
dari kul 11 kuar, sampai nak dekat kul 6 baru balik..
dah macam g kelas satu hari la plak...
sampai benda yg x sepatutnya beli TERbeli...
hehehe...
memabazir betul la aku..
dahle zaman gawat sekarang nie..
Kuar 100, nak tau tinggal baper??

aku senaraikan bape aku habis belanja tadi:

1. Tangkap gambo = RM15.00
2. Beli sandal (Pengaruh diorang r nie..) = RM29.90
3. Makan KFC = RM 15.00
4. Beli envelope + Novel = RM 23.00
5. Photostat = RM 6.00

A'ah..dah berape tu jumlahnya??
Jap..cari kalkulator jap..
Nak Dekat 90 kot..RM 88.90..
Huhuhu.....
camne nak survive nie???

aku kena gak pkirkan alternatif lain untuk dapat duit nie..
x leh nak mgharapkan duit abah..
tapi x penah la aku mintak since lepas pindah umah nie..
aku tau family aku pun susah hati gak pkir pasal duit x cukup..
aku rase nak masuk any contesy yg tawarkan duit sbgai hadiah..
tapi itupun kalau aku menang...
ape ye cara lain???
huhhu..

xpe lah...
tapi kan aku manage to get that novel finally..
yahoo...lame dah aku dok mencari..
ketemu jua akhirnya..
novel lagenda berakhir karya ahadiat akashah..
dah lame cite tu tergantung..
lepas abis katerina, x tau ape jadi kat kashah..
x sabo rasenya den nak bace..
tapi skarang ni ngah try nak abiskan novel pei pan..
x abis2 lagi..
yg pastinye minggu depan la kot leh ade mase nak bace..
huhu...

enough for today...

Monday, February 16, 2009

keluarga


inilah satu-satunya benda yang paling berharga aku ada dalam dunia ini saat ini..
abah,emak dan adik2..
aku sangat sayang pada mereka semua..
walaupun aku x reti nak mengekspresikannya..huhu...
tapi bagiku memang mereka semua la sebab untuk aku terus hidup..
aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga ni,
nak kata happy sangat,x delah..tapi aku x pernah tengok emak ngan abah aku bertengkar besar, gaduh2 manja tu ade la jugak..kira aman damai la jugak..
kuarga aku bolehlah dikategorikan dlam kuarga sederhana..cukup makan pakai.. alhamdulillah......syukur pada Allah yg sentiasa memberi rezeki..

aku sedih bile terkenangkan ayah dan emak aku..
abah nak dekat 60 tahun dah, tapi msih lagi keje cari duit untuk family...
sanggup berpanas berhujan..yelah aku nak tolong x berdaya..apakan daya belum abis belajar lagi...huhu...
sekarang duduk umah sewa ni, makin terkawal perbelanjaan..
yg aku respect sgt kat abah, abah x pernah mengeluh..abah keje dgan ikhlas..
walaupun umur sebaya abah dah patut berehat dok umah main ngan cucu2..
entah biler la plak abah nak menimang cucu..hanya Allah yg tahu..

tengok kuarga orang lain, kuarga kawan2, aku rase aku sangat bertuah..
emak dan abah x garang, sangat memahami anak2 dia..rajin layan kerenah anak2..
cume yg kurangnya kami satu family x pandai nak mengekspresikan rase kasih dan sayang sesama kitorang....
aku terlalu takut akan kehilangan emak dan abah..
aku terlalu sayangkan diorang..
kadang2 kite manusia, bile orang 2 ade depan mata, kite takkan hargai orang tu..
bile dah tiade, barulah tercari-cari..mase 2, dah tak berguna dah..

Tuesday, February 10, 2009

Honesty is the best policy?

Jujur..
dari kecik mase sekolah tadika, sekolah rendah kite semua dah diajar..
dalam lain perkataan jangan menipu, bercakap benar..
dalam pendidikan islam pun kita diajar kalau kita bercakap benar, kita dapat pahala, sebaliknya kalau menipu dapat dosa..
dalam hukum karma pun, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat....
mase aku kecik2 dulu, ada orang kata kalau tipu kena potong lidah, dan aku percaya..hehe..
terasa betapa bodohnya aku masa tu...

tapi persoalannya sejauh mana kejujuran dalam diri seseotang?
dalam dunia yg serba mencabar sekarang ni, this best policy semakin tak mendapat perhatian..
orang sekarang berebut-rebut grab the oppurtunities sehinggakan sggup deceive others..
zaman sekarang boleh dikatakan zaman yang mementingkan diri sendiri, zaman persaingan...
kalau tak thinking smart, senang2 je kena tipu dengan orang bijak mengenakan orang lain ni...

mungkin ada lagi orang yang terlalu jujur dalam dunia ni...
tapi apa pandangan masyarakat sekeliling kat dia?
dia dikatakan bodoh, senang2 je kena tipu, lurus bendul n orang lain suka ambik kesempatan atas dia.....
memang susah la nak jumpa lagi orang yang jujur ni..
and mustahil seseorang tu tak pernah menipu dalam hidup dia..
tapi kalau menipu tu ada kebaikan x pe lah jugak...
tapi kalau menipu tu menyebabkan kesusahan pada orang lain...

aku baru je abis layan citer jepun tu..
tajuk dia liar game...
bez la citer tu, memang suspens abis...tapi di sebalik citer tu apa yang dia cuba ketengahkan inilah topik yang aku dok membebel dari tadi...
citer dia pasal sorang perempuan ni,Nao terlalu jujur orangnya....
dia secara x sengaja terpilih untuk masuk game yang diberi nama liar game ni, game yg kena tipu orang lain untuik menang...mase first game dia diberi 100million yen n diberi masa 30 hari untuk curi duit musuh dia n senang2 jer dia kena tipu...kalau dia kalah, dia kena bayar 100m tu balik..
jadi dia pun mintak la bantuan dari seorang mamat ni, seorang penipu genius yang baru lepas keluar penjara, akiyama shinichi nama dia..
so dipendekkkan cerita, dia berjaya sampai pusingan yg ke3 dengan bantuan akiyama ni...
tapi kan akiyama ni memang genius...
dalam citer ni kita akan dapat lihat watak sebenar manusia2 lain...the bad side of the human..
yang buat game ni memang mental..suka2 jer tengok kelemahan orang lain...tapi dia ni ada sejarah hitam masa dia kecik2...tapi kan lastnya sebab kejujuran Nao ni lah dapat selamatkan smua orang...

kesimpulannya kita perlu jujur dalam hidup kita especially in a relationship..
tapi....jujur pun mesti kena pada tempatnya..kita ada otak, jadi bak kata Nabil "Lu pikirlah sendiri.."..

citer kat bawah ni aku dapat dari satu website..best gak citer ni...layannnnnnn

A successful business man was growing old and knew it was time to chose a successor to take over the business. Instead of choosing one of his directors or his children, he decided to do something different.

He called all the young executives in his company together.

"It is time for me to step down and choose the next CEO," he said. "I have
decided to choose one of you."

The young executives were shocked, but the boss continued. "I am going to
give each one of you a seed today - a very special seed. I want you to
plant the seed, water it, and come back here one year from today with what
you have grown from the seed I have given you. I will then judge the plants
that you bring, and the one I choose will be the next CEO."

One man, named Jim, was there that day and he, like the others, received a
seed.

He went home and excitedly, told his wife the story. She helped him get a
pot, soil and compost and he planted the seed.

Every day, he would water it and watch to see if it had grown. After about
three weeks, some of the other executives began to talk about their seeds
and the plants that were beginning to grow. Jim kept checking his seed, but
nothing ever grew.

Three weeks, four weeks, five weeks went by, still nothing. By now, others
were talking about their plants, but Jim didn't have a plant and he felt
like a failure.

Six months went by - still nothing in Jim's pot. He just knew he had killed
his seed. Everyone else had trees and tall plants, but he had nothing. Jim
didn't say anything to his colleagues, however. He just kept watering and
fertilizing the soil - he so wanted the seed to grow.

A year finally went by and all the young executives of the company brought
their plants to the CEO for inspection. Jim told his wife that he wasn't
going to take an empty pot. But she asked him to be honest about what
happened.

Jim felt sick at his stomach. It was going to be the most embarrassing
moment of his life, but he knew his wife was right.

He took his empty pot to the board room. When Jim arrived, he was amazed at
the variety of plants grown by the other executives. They were beautiful in
all shapes and sizes. Jim put his empty pot on the floor and many of his
colleagues laughed. A few felt sorry for him!

When the CEO arrived, he surveyed the room and greeted his young
executives.

Jim just tried to hide in the back.

"My, what great plants, trees, and flowers you have grown," said the CEO.

"Today one of you will be appointed the next CEO!"

All of a sudden, the CEO spotted Jim at the back of the room with his empty
pot. He ordered the financial director to bring him to the front.

Jim was terrified. He thought, "The CEO knows I'm a failure! Maybe he will
have me fired!"

When Jim got to the front, the CEO asked him what had happened to his seed.
Jim told him the story.

The CEO asked everyone to sit down except Jim. He looked at Jim, and then
announced to the young executives, "Here is your next Chief Executive! His
name is Jim!"

Jim couldn't believe it. Jim couldn't even grow his seed. How could he be
the new CEO the others said?

Then the CEO said, "One year ago today, I gave everyone in this room a
seed.

I told you to take the seed, plant it, water it, and bring it back to me
today. But I gave you all boiled seeds; they were dead - it was not
possible for them to grow.

All of you, except Jim, have brought me trees and plants and flowers.

"When you found that the seed would not grow, you substituted another seed
for the one I gave you. Jim was the only one with the courage and honesty
to bring me a pot with my seed in it. Therefore, he is the one who will be
the new Chief Executive!"

If you plant honesty, you will reap trust
If you plant goodness, you will reap friends.
If you plant humility, you will reap greatness.
If you plant perseverance, you will reap contentment
If you plant consideration, you will reap perspective.
If you plant hard work, you will reap success.
If you plant forgiveness, you will reap reconciliation.

hati ini..........






salam....
"oh angin lalu, sampaikan salam rinduku padanya, bisikkan di telinga aku merindu"


hati ini semakin dipagut rasa rindu..
(gara gara mimpi semalam la ni...)
sesungguhnya hati dan rindu ini hanya untuk dirimu...
sungguh...tak tipu...
walaupun mungkin aku bagaikan pungguk yang merindukan bulan..
bagaikan seorang penunggu setia..
yang menunggu pada yang tak mengerti....
namun kuharapkan penantian ini segera berakhir...
cuma hati ini terlalu degil...
tetap yakin pada yang satu...
seolah olah tiada pengganti selayaknya..
mungkin belum tiba masa dan ketikanya..
untuk aku mengalah...
akan ku teruskan perjuangan ini..

"Ya Allah, jika dia benar untukku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku
jika dia bukan milikku
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu"

Sunday, February 8, 2009

Permata Keluarga


Anak...permata keluarga yang paling berharga..anugerah yang tidak ternilai daripada yang maha pencipta..lebih berharga daripada semua artifak yang ada di dunia ini...

Bila terkenangkan ada insan yang bergelar perempuan yang sanggup membuang anugerah itu di tempat2 yang tak sepatutnya..seorang anak yang mulia di tempat yang terkotor.. dekat dalam tong sampah, dekat dalam toilet...sungguh kasihan dan hiba bila mengenangkan ini semua...
lebih2 lagi aku juga seorang perempuan...

Ramai lagi pasangan yang mahukan anak...kawin bertahun2 masih tak dikurniakan anak... padahal orang2 yang tak bermoral ni senang2 je buang anak macam buang sampah...
tak patut sangat!!!!!!

Ni semuanya berpunca daripada masalah sosial remaja sekarang ni, hasil daripada pergaulan yang terlalu bebas dan tak terkawal... pentingnya ajaran agama pada seorang manusia, tahu batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam islam...tapi tak boleh nak salahkan remaja2 ni jugak...mereka kadang2 golongan yang terabai, tak mendapat perhatian dan kasih sayang yang secukupnya dari ibubapa...kesian jugak sebenarnya.. biasanya golongan ni mesti terdiri daripada anak orang berada, yang emak ayah dia pangkat datuk, datin, tan sri, puan sri or businessman or businesswoman...emak bapak sibuk mencari kekayaan dunia, anak langsung tak peduli.. semua urusan orang gaji yang uruskan.. mana tak memberontak si anak...

Jadinya, semua berpunca daripada rumah... baik buruk seseorang itu hasil asuhan yang diterima di rumah oleh ibu bapa..dan juga persekitan seperti kawan2.. lain pula halnya kalau anak yang terlalu dimanjakan, bagai menatang minyak yang penuh...yelah, beberapa tahun penantian akhirnya membuahkan hasil.. permata yang ditunggu lahir ke dunia.. namun lahirnya mungkinkah membawa kepada kehampaan dan kekecewaan pada ibubapa setelah anak itu besar??? dah jadi macam kisah si tanggang pulak..

Segala kemungkinan mungkin terjadi.. setiap perkara di dunia ini ada sebab dan akibatnya...
itulah nak bagitau susahnya menjadi ibubapa..pentingya dan besarnya peranan ibubapa dalam mendidik anak2..itulah yang sering orang cakap.. anak umpama kain putih ataupun kain kanvas, ibubapalah yang patut mencorakkannya dengan warna2 kehidupan..

teringat lagu unic, permata keluarga..


Permata Keluarga

Anak-anak adalah permata ayah bonda
Penghibur duka lara, menyejukkan mata
Ibarat kain putih yang suci dan bersih
Terpulang bagaimana untuk mencoraknya

Berilah mereka didikan agama,
Kelak bila dewasa, jadi insan berguna
Kepada nusa dan bangsa,
Kepada insan semua

C/O:
Melenturi buluh biarlah daripada rebungnya
Asuhlah mereka ajarkan mereka akhlak yang mulia
Anak-anak cahaya mata
Anak soleh impian semua
Andainya kita meninggalkan dia
Akan mengalir doa darinya

Didiklah anak-anak kita
Menjadi anak yang soleh
Pabila kita tiada
Jadi penerang alam baqa

Anak soleh permata keluarga
Harta kita paling berharga
Setiap doanya pada kita
Jariah kita di sana


Thursday, February 5, 2009

Salam Permulaan..

Alhamdulillah....
berjaya jugak akhirnya aku ada blog sendiri...
sebenarnya bukan apa, sekurang-kurangnya ada la jugak tempat aku nak meluahkan rasa..
daripada dulu selalu aku tulis dalam buku atau pun piece of paper yang pastu kemana ntah hilangnya...lagipun sume orang sekarang ni boleh dikatakan ada blog sendiri.. jadi aku pun tak nak ketinggalan... bolehla aku salurkan idea2 or any information or anything yang aku rasa through this blog...

so, this is a first time i'm writing, so i don't have any idea to post,but actually banyak benda yang aku pikir sekarang ni..tapi x pe..lain kali la ye.. lately kepala ni asyik dok pening je...
x tau la ape kehalnya..huhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...