Air zamzam..cukup terkenal bile tiba musim2 haji dan umrah..ade ker orang yang pergi haji dan umrah, dah menjejakkan kaki ke makkah dan madinah tapi pulang tanpa membawa air zamzam? mustahil atau boleh dikatakan xade agaknya orang yang demikian..ade tu bawak balik banyak sangat sampai boleh bukak bisnes air zam-zam pulak...
Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Ertinya: Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)
Ahli ilmu meluaskan huraian mereka terhadap hadis di atas. Al-Munawa berkata: "Air zamzam adalah penghulu segala air, paling mulia, berharga dan disukai. "
Lagi satu istimewanya air zam zam ni, airnya tak pernah kering semenjak peristiwa penemuan air zamzam oleh nabi ismail r.a sehinggalah tiba hari kiamat..ini salah satu bukti kekuasaan dan kebesaran Allah..
Yang paling istimewa air zam-zam ni bagi sesiapa yang meminumnya untuk sesuatu hajat, insyaAllah akan dimakbulkan hajatnya..untuk kecemerlangan minda, anak2, untuk menyembuhkan penyakit dan pelbagai hajat lain...yang penting hajat perlu ikhlas dan pengharapan haruslah disandarkan pada Allah s.w.t..
Pengkaji2 di seluruh dunia turut mengakui keistimewaan dan kelebihan air zam-zam ni. Apa sebenarnya yang ada di dalam air zam-zam ini sehingga ianya begitu istimewa? mempunyai kuasa penyembuh dsb?
Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Hasilnya dibentangkan di persidangan dan amat menakjubkan diantara air2 yang diambil seluruh dunia, air zam-zam yang mempunyai struktur molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan.
Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“
Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam ..
(sumber dari http://addin.ritanm.com/tag/molekul-air-zam-zam/)
MasyaAllah..sangat menakjubkan!! Semuanya kebesaran dan kekuasaan Allah..
No comments:
Post a Comment