Monday, August 30, 2010

MERDEKAKAH KITE??



Itu persoalan yang selalu gak aku pikirkan.. maknanya dalam erti kata yang sebenarnya... merdeka mengikut kamus dewan edisi kedua bermaksud "bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain; berdiri sendiri: ".....

Kata kunci yang boleh diambil ialah 'kebebasan'... mmg ya negara kita sudah bebas dari penjajahan bangsa asing secara zahiriahnya sahaja.. tidak mengambil kira penjajahan dalam bentuk lain.. penjajahan akal, penjajahan budaya, penjajahan sifat dsb yang sebenarnya kita..rakyat malaysia masih lagi dijajah secara tidak langsung oleh negara barat.. negara kita sebenarnya masih bergantung pada yang lain, masih bergantung pada negara asing.. boleh berdiri sendiri tetapi masih perlukan sokongan kuasa2 besar.. jadi dimanakah erti kemerdekaan??

Memang tidak dinafikan kesan penjajajahan yang memakan masa lebih 100 tahun sangat2 mempengaruhi sesebuah negara untuk terus bangkit dan maju..negara sebenarnya memerlukan pasak yang kukuh dan stabil untuk terus bertapak kuat...asasnya cukup mudah iaitu perpaduan kaum dan inilah yang menjadikan uniknya negara kita daripada negara2 lain...tapi harus diingat perpaduan ini jugalah yang sebenarnya punca yang seringkali tidak pernah akan selesai....sehinggakan konsep 1Malaysia diperkenalkan selepas lebih 50 tahun kite merdeka..

Serius jika ditanya pada anak2 muda generasi kini, erti kemerdekaan mereka dengan erti kemerdekaan generasi yang berjuang untuk kemerdekaan dulu jauh berbeza.. titik pertemuan mungkin pada perkataan 'bebas'..tapi bebas dari apa?? itu yang membezakan... Cara penghayatan dan sambutan juga adakalanya disalahertikan oleh generasi muda... sehinggakan timbul pelbagai aksi2 yang tidak mencerminkan budaya melayu umumnya dan islam yang khasnya,,,siapa yang harus dipersalahkan sebenarnya??

kurangkah ilmu2 yang diajar di sekolah dalam subjek sejarah malaysia?? Atau langkah2 yang kerajaan ambil kurang berkesankah?? Serius terasa perbezaan 10 tahun dulu dengan sekarang...sambutan kemerdekaan semakin hambar dan terus hambar....bagaimana agaknya 10 tahun yang akan datang??

Sebenarnya sesuatu peristiwa itu akan lebih bermakna jika kite sendiri yang melaluinya..kesannya akan dirasa seumur hidup.. kite sendiri tidak hidup di zaman komunis, di zaman nenek moyang kita bersusah payah berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan..di zaman ubi kayu..zaman penjajahan...tidak pernah merasa perasaan mereka2 masa itu..hanya berdasarkan cerita2 yang disampaikan melalui televisyen.. jadi kesimpulannya memang penghayatan itu xkan dapat dihayati sepenuhnya..

Dah lari jauh dari topik asal ni sebenarnya... huhu...apa2 pon 


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53 TAHUN...HIDUP MALAYSIA!!! MALAYSIA TERUS MAJU.. SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...