Monday, August 2, 2010

episod akhir program imam muda..



Beberapa ari selepas episod akhir program imam muda jumaat lepas..aku x dapat tengok secara live.. baru ari ahad dapat dowanload dari teamaryzs dan menontonnya..masyaAllah, pembukaannya sangat menarik dengan laungan azan dari IM Nuri dan IM Taufik..dan kemudian disusuli dengan alunan asmaul usna...

Dan seperti semua dah tahu, imam muda agung yang dinobatkan pada malam itu ialah IM Asyraf.. Tahniah IM Asyraf!! Anta mmg layak dan imam muda yang dicari2.. begitu juga dengan 9IM yang lain...semuanya berbakat besar dan negara amat memerlukan pemuda2 seperti kalian untuk terus menyebar dakwah islamiah..

Sangat tertarik pada segmen bacaan Al-Quran, bacaan yang dialunkan oleh 2 imam sangat seronok mendengarnya..surah yang dipilih pula surah At Taubat ayat 18-26.. sangat bertepatan...begitu juga dengan segmen tazkirah..IM Asyraf dengan pentingnya solat dan IM Hizbur dengan dosa maksiat..

Harapan supaya program2 seperti ini diteruskan dan diperbanyakkan oleh siaran stesen television.. kerana banyak manfaatnya yang kita boleh dapat.. dari program2 yang melalaikan.. perlunya umat islam di Malaysia ini didedahkan dengan pengisian rohani khususnya untuk menarik golongan remaja...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...