lagi satu citer, tajuk die nama atas kertas..ni novel aku beli secara online..tgok dalam website jemari seni sinopsis dia cam bez jer..mmg menguji minda bile kene selesaikan puzzle... bile dah bace satu muka surat dah x boleh nak stop..asyik tertanya2 jer sape pembunuh ni?? nak cepat2 abiskan novel ni untuk tahu siapa serial killer yang sangat kejam dan cerdik pandai.. stiap pembunuhan yang dilakukan dengan modus operasi yang sama..menikam di leher mangsa secara melintang dan akan meninggalkan bukti atau orang panggil trademark pembunuh iaitu sekeping kertas yang penuh dengan abjad-teka teki untuk diselesaikan oleh pihak polis dalam kerongkong mangsa.. setiap teka teki akan membawa kepada pembunuhan yang seterusnya.. dan jugak pembunuh akan menghantar obituari iaitu maklumat ringkas berkenaan mangsa yang telah dibunuh seperti nama dan masa kematian kepada seorang wartawan berita jenayah..
psiko kan pembunuh tu?? pening pihak polis untuk menyelesaikan misteri sehingga pakar matematik yang dapat selesaikan teka teki tu...rupa-rupanya petunjuk untuk setiap akta kesalahan yang dilakukan mangsa.. kira macam pembunuh ni bertindak macam penegak keadilan la sebab semua mangsa yang dibunuh itu penah melakukan jenayah yang x dibawa ke muka pengadilan.. kalau dibawa ke muka pengadilan pon, dilepaskan sebab kekurangan bukti..akhirnya teka teki siapa pembunuh itu terjawab.. yang sangat menarik dalam citer ni pembunuh tu perempuan!!... dan mengalami masalah mental bile dia menjadi saksi ayahnya dibunuh secara kejam ketika dia masih kecil..
jadik tertarik pulak dengan novel karya2 penulis ni..NASRON SIRA RAHIM... novel laen die ade yang aku dah beli..ENIGMA.. mmg bez gak!! kira penulis ni mcm penulis kesayangan aku gak la RAM, yang menulis genre thriller.. bile menjengah blog dia..wau!! apa yang aku jumpa?? banyak sangat maklumat yang bez2 kat sana.. aku agak penulis ni asal dari kedah kowt, sbb sangat expert dengan negeri kedah dan 2 novel dia yang aku baca lokasinya di negeri kedah..lagi satu beliau rasanya seorang yang minat mencari maklumat2 yang orang ramai x tahu..minat puzzle dan mungkin minat matematik/nombor.. dan aku terjumpa puisinya yang bertajuk "teh tarik untuk kita semua"... novel ni pown aku sarankan jugak buat peminat novel thriller mcm aku...hehe.. bawah ni link blog beliau kalau sape2 nak jengah..
No comments:
Post a Comment