Monday, August 30, 2010

MERDEKAKAH KITE??



Itu persoalan yang selalu gak aku pikirkan.. maknanya dalam erti kata yang sebenarnya... merdeka mengikut kamus dewan edisi kedua bermaksud "bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain; berdiri sendiri: ".....

Kata kunci yang boleh diambil ialah 'kebebasan'... mmg ya negara kita sudah bebas dari penjajahan bangsa asing secara zahiriahnya sahaja.. tidak mengambil kira penjajahan dalam bentuk lain.. penjajahan akal, penjajahan budaya, penjajahan sifat dsb yang sebenarnya kita..rakyat malaysia masih lagi dijajah secara tidak langsung oleh negara barat.. negara kita sebenarnya masih bergantung pada yang lain, masih bergantung pada negara asing.. boleh berdiri sendiri tetapi masih perlukan sokongan kuasa2 besar.. jadi dimanakah erti kemerdekaan??

Memang tidak dinafikan kesan penjajajahan yang memakan masa lebih 100 tahun sangat2 mempengaruhi sesebuah negara untuk terus bangkit dan maju..negara sebenarnya memerlukan pasak yang kukuh dan stabil untuk terus bertapak kuat...asasnya cukup mudah iaitu perpaduan kaum dan inilah yang menjadikan uniknya negara kita daripada negara2 lain...tapi harus diingat perpaduan ini jugalah yang sebenarnya punca yang seringkali tidak pernah akan selesai....sehinggakan konsep 1Malaysia diperkenalkan selepas lebih 50 tahun kite merdeka..

Serius jika ditanya pada anak2 muda generasi kini, erti kemerdekaan mereka dengan erti kemerdekaan generasi yang berjuang untuk kemerdekaan dulu jauh berbeza.. titik pertemuan mungkin pada perkataan 'bebas'..tapi bebas dari apa?? itu yang membezakan... Cara penghayatan dan sambutan juga adakalanya disalahertikan oleh generasi muda... sehinggakan timbul pelbagai aksi2 yang tidak mencerminkan budaya melayu umumnya dan islam yang khasnya,,,siapa yang harus dipersalahkan sebenarnya??

kurangkah ilmu2 yang diajar di sekolah dalam subjek sejarah malaysia?? Atau langkah2 yang kerajaan ambil kurang berkesankah?? Serius terasa perbezaan 10 tahun dulu dengan sekarang...sambutan kemerdekaan semakin hambar dan terus hambar....bagaimana agaknya 10 tahun yang akan datang??

Sebenarnya sesuatu peristiwa itu akan lebih bermakna jika kite sendiri yang melaluinya..kesannya akan dirasa seumur hidup.. kite sendiri tidak hidup di zaman komunis, di zaman nenek moyang kita bersusah payah berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan..di zaman ubi kayu..zaman penjajahan...tidak pernah merasa perasaan mereka2 masa itu..hanya berdasarkan cerita2 yang disampaikan melalui televisyen.. jadi kesimpulannya memang penghayatan itu xkan dapat dihayati sepenuhnya..

Dah lari jauh dari topik asal ni sebenarnya... huhu...apa2 pon 


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53 TAHUN...HIDUP MALAYSIA!!! MALAYSIA TERUS MAJU.. SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA..

3 UCAPAN...

Assalamualaikum....salam untuk semua...

agak2 dah bersawang jugak la blog ni...dah lame x merajinkan diri menjenguk di sini..bukan ape sibuk kan dengan kehidupan dunia...ditambah dengan melayan perasaan2 lagi.....dengan kemalasan yang melampau.. semua tu alasan...haha...

dah masuk 20 ramadhan pon..pejam celik pejam celik..sekejap beno rasenya tahun ni...alih2 dah nak raya pown..jadi SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN untuk 10 MALAM YANG TERAKHIR...Semoga kita semua berjumpa dengan MALAM LAILATUL QADAR dengan melipatgandakan AMALAN kita.. 

mmg dah x sabar2 dah ni rasenya nak sambut raya tahun ni..sbb tahun ni dapat sambut kat umah maklong kat keratong..walaupun x tahu meriah atau x sbb kabarnya raya tahun ni umah maklong menjadi 2nd choice.. sumenya beraya umah mentua dulu...tapi yang pasti seronok jugak sbb dapat hirup udara felda yang bersih dengan suasana kampung yang sangat aman damai...harap2 tahun ni pown leh ziarah kubur arwah atok awi.. x berpeluang pown dulu..asyik uzur first day raya jer... dengan ni aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAP ZAHIR BATIN..advance 10 hari disebabkan takut x update blog ni untuk jangka masa yang lama jugak... ye la..sebenarnya menulis ni die ikut mood jugak..

dan malam ni jugak adalah malam ambang merdeka..jadi di kesempatan ini jugak aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN yang ke 53 TAHUN buat MALAYSIA... ~~Malaysia.. Oh Tanah Airku..~~.. dah 53 tahun pown usia kemerdekaan negara kite, dah boleh panggil pakcik2, nak dapat cucu dah.. tapi persoalannya MERDEKAKAH KITA??

Tuesday, August 3, 2010

unic- antara dua kasih



Nak diikutkan kebanyakkan lagu kumpulan UNIC ni lagu favorite..tertarik dengan lagu ni sbb maksud yang mendalam dan rangkap pertama dinyanyikan oleh hafiz hamidun yang sangat menusuk kalbu...


Antara dua kasih, kalau tak diberi pilihan aku nak kedua-duanya..kalau diberi pilihan, insyaAllah aku pilih cinta yang hakiki...

Air zamzam

Air zamzam..cukup terkenal bile tiba musim2 haji dan umrah..ade ker orang yang pergi haji dan umrah, dah menjejakkan kaki ke makkah dan madinah tapi pulang tanpa membawa air zamzam? mustahil atau boleh dikatakan xade agaknya orang yang demikian..ade tu bawak balik banyak sangat sampai boleh bukak bisnes air zam-zam pulak...


Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”


    Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
    Ertinya: Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Ahli ilmu meluaskan huraian mereka terhadap hadis di atas. Al-Munawa berkata: "Air zamzam adalah penghulu segala air, paling mulia, berharga dan disukai. "

Lagi satu istimewanya air zam zam ni, airnya tak pernah kering semenjak peristiwa penemuan air zamzam oleh nabi ismail r.a sehinggalah tiba hari kiamat..ini salah satu bukti kekuasaan dan kebesaran Allah..

Yang paling istimewa air zam-zam ni bagi sesiapa yang meminumnya untuk sesuatu hajat, insyaAllah akan dimakbulkan hajatnya..untuk kecemerlangan minda, anak2, untuk menyembuhkan penyakit dan pelbagai hajat lain...yang penting hajat perlu ikhlas dan pengharapan  haruslah disandarkan pada Allah s.w.t..


Pengkaji2 di seluruh dunia turut mengakui keistimewaan dan kelebihan air zam-zam ni. Apa sebenarnya yang ada di dalam air zam-zam ini sehingga ianya begitu istimewa? mempunyai kuasa penyembuh dsb?

Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Hasilnya dibentangkan di persidangan dan amat menakjubkan diantara air2 yang diambil seluruh dunia, air zam-zam yang mempunyai struktur molekul  air yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan. 



Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan “kehebatannya

Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam ..





MasyaAllah..sangat menakjubkan!! Semuanya kebesaran dan kekuasaan Allah..

Monday, August 2, 2010

episod akhir program imam muda..



Beberapa ari selepas episod akhir program imam muda jumaat lepas..aku x dapat tengok secara live.. baru ari ahad dapat dowanload dari teamaryzs dan menontonnya..masyaAllah, pembukaannya sangat menarik dengan laungan azan dari IM Nuri dan IM Taufik..dan kemudian disusuli dengan alunan asmaul usna...

Dan seperti semua dah tahu, imam muda agung yang dinobatkan pada malam itu ialah IM Asyraf.. Tahniah IM Asyraf!! Anta mmg layak dan imam muda yang dicari2.. begitu juga dengan 9IM yang lain...semuanya berbakat besar dan negara amat memerlukan pemuda2 seperti kalian untuk terus menyebar dakwah islamiah..

Sangat tertarik pada segmen bacaan Al-Quran, bacaan yang dialunkan oleh 2 imam sangat seronok mendengarnya..surah yang dipilih pula surah At Taubat ayat 18-26.. sangat bertepatan...begitu juga dengan segmen tazkirah..IM Asyraf dengan pentingnya solat dan IM Hizbur dengan dosa maksiat..

Harapan supaya program2 seperti ini diteruskan dan diperbanyakkan oleh siaran stesen television.. kerana banyak manfaatnya yang kita boleh dapat.. dari program2 yang melalaikan.. perlunya umat islam di Malaysia ini didedahkan dengan pengisian rohani khususnya untuk menarik golongan remaja...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...