Tuesday, December 14, 2010

rahsia di sebalik wajah..

sedar x setiap ari kita akan jumpe dengan ramai orang..antaranya orang2 yang x dikenali bile kita berpapasan di jalan, naek satu train, naik satu bas.. dan penah x terpikir di kalangan mereka2 ni ade pembunuh upahan, ade perogol, ade perompak..ade sume la yang selisih 44 malaikat.. dan x terkecuali orang yang kurang waras dari segi mentalnya...

mana kita tahu kan orang yang dok sebelah kita ni rupa-rupanya penjenayah yang paling dikehendaki polis ker kan...kalau dinilai dari segi rupa,x cukup yakin untuk mengelaskan seseorang tu orang baik atau jahat.. ade orang muka garang, tapi hati baik..ade orang cakap manis, tapi penipu besar.. macam2 ada jenis orang ni.. itu orang kata rambut sama hitam tapi hati lain-lain.. 

macam orang yang kurang waras ni, kadang2 perlakuan atau penampilan dia sama jer macam orang yang sihat.. tiba2 kalau dia mengamuk dan kita jadi mangsa, x pasal2 mati katak.. dan orang tu terlepas macam tu jer biler makhamah sendiri x boleh nak jatuhkan hukuman pada mereka2... macam kes2 yang selalu kuar kat paper tu la.. dengar bisikan suruh bunuh kuarga dia, toreh kemaluan anak sendiri... macam2 la.. 

orang melayu paling kaya..

sedar x sedar masyarakat melayu ni sebenarnya kaya...tp kita selalu pandang orang cina yang ramai kaya kan? dari sudut pandang yang lain, orang melayu kaya dengan benda2 lain lagi.. macam peribahasa, pantun, adat,budaya kan... perkataan jugak.. dan perkataan yang terpilih malam ni ialah "macam"...


baru jer sedar perkataan "macam" ni sangat luas digunapakai dalam kehidupan manusia sehari-harian.. besa orang melayu kaitkan sifat, perbuatan dengan benda2 lain dengan menggunakan kata hubung "macam".. contohnya...


hitam macam arang
putih macam salju
lembab macam kura2..
sejuk macam peti ais
sengih macam kerang busuk
laju macam kereta api
panas macam neraka
baik macam malaikat

banyak la kalau nak senaraikan..tu antara yang terlintas..
dan last sekali ..
macam2 ada...hehe...


p/s: agak2 orang cina ngan india ade x?

Sunday, December 12, 2010

nama atas kertas..



lagi satu citer, tajuk die nama atas kertas..ni novel aku beli secara online..tgok dalam website jemari seni sinopsis dia cam bez jer..mmg menguji minda bile kene selesaikan puzzle... bile dah bace satu muka surat dah x boleh nak stop..asyik tertanya2 jer sape pembunuh ni?? nak cepat2 abiskan novel ni untuk tahu siapa serial killer yang sangat kejam dan cerdik pandai.. stiap pembunuhan yang dilakukan dengan modus operasi yang sama..menikam di leher mangsa secara melintang dan akan meninggalkan bukti atau orang panggil trademark pembunuh iaitu sekeping kertas yang penuh dengan abjad-teka teki untuk diselesaikan oleh pihak polis dalam kerongkong mangsa.. setiap teka teki akan membawa kepada pembunuhan yang seterusnya.. dan jugak pembunuh akan menghantar obituari iaitu maklumat ringkas berkenaan mangsa yang telah dibunuh seperti nama dan masa kematian kepada seorang wartawan berita jenayah.. 


psiko kan pembunuh tu?? pening pihak polis untuk menyelesaikan misteri sehingga pakar matematik yang dapat selesaikan teka teki tu...rupa-rupanya petunjuk untuk setiap akta kesalahan yang dilakukan mangsa.. kira macam pembunuh ni bertindak macam penegak keadilan la sebab semua mangsa yang dibunuh itu penah melakukan jenayah yang x dibawa ke muka pengadilan.. kalau dibawa ke muka pengadilan pon, dilepaskan sebab kekurangan bukti..akhirnya teka teki siapa pembunuh itu terjawab.. yang sangat menarik dalam citer ni pembunuh tu perempuan!!... dan mengalami masalah mental bile dia menjadi saksi ayahnya dibunuh secara kejam ketika dia masih kecil..


jadik tertarik pulak dengan novel karya2 penulis ni..NASRON SIRA RAHIM... novel laen die ade yang aku dah beli..ENIGMA.. mmg bez gak!! kira penulis ni mcm penulis kesayangan aku gak la RAM, yang menulis genre thriller.. bile menjengah blog dia..wau!! apa yang aku jumpa?? banyak sangat maklumat yang bez2 kat sana.. aku agak penulis ni asal dari kedah kowt, sbb sangat expert dengan negeri kedah dan 2 novel dia yang aku baca lokasinya di negeri kedah..lagi satu beliau rasanya seorang yang minat mencari maklumat2 yang orang ramai x tahu..minat puzzle dan mungkin minat matematik/nombor.. dan aku terjumpa puisinya yang bertajuk "teh tarik untuk kita semua"...  novel ni pown aku sarankan  jugak buat peminat novel thriller mcm aku...hehe.. bawah ni link blog beliau kalau sape2 nak jengah..

baju pengantin mak andam

mggu ni hanya dihabiskan dengan duduk di rumah membaca novel yg dibeli.. ade 3 novel yang dibeli secara online, dan 1 novel dibeli sendiri di kedai buku selepas gagal mencari buku yang dikehendaki - rayyan fantasi.. berazam untuk mendapatkan novel itu minggu ini jugak!!



baru jer abiskan 2 novel..sangat2 bez kedua2 novel ni!! mantop!! x rugi rasenya membeli..first novel tajuknya beju pengantin mak andam..novel ni pown mmg dah lama mencarik sebab banyak pandangan positif yang diterima dr pembaca2 laen.. ok..citer cinta besa la kan...tapi yang luar biasa pasal novel ni ialah sume watak dalam novel ni bez!! semuanya cam watak utama citer ni..Aleeya dan Zain yang mmg kepala 3 suku,  kerek semacam dan cakap ikut sesedap rasa.. mmg kelakar sesangat bile Aleeya dgn kawan2 dia yang satu kepala tu bile berkumpul.. tapi bile bab perasaan ni die kalah sikit la, besanya diala orang yang paling pandai memberi alasan, pandai kenakan orang balik, pandai kona2 ikut jalan lain..bile tibe bab cinta, air mata jer jadi peneman.. aku sarankan novel ini untuk sesiapa yang gilak novel macam aku.. salah satu novel yang patut ada dalam koleksi..

Saturday, December 11, 2010

kenapa perempuan yang sentiasa dipersalahkan?

macam ni situasi dia..si mamat A ni kan dulu penah bercinta dengan minah B ni...punyelah rak bercinta, dah macam belangkas..mmg orang2 laen bajet yang dorang ni akan berakhir di jinjang pelamin la kan.. tup2.. nak kata dorang ni x de jodoh kan, nak buat camner, terputus kat tengah jalan bila mamat A ni tetiba beralih arah pada minah C yang bekas awek dia dulu.. punye la mamat ni tipu minah B kata minah B bukan calon menantu pilihan, padahal hati dah terpaut pada minah C..memang macam tu la kan lelaki kalau dah ade orang laen dalam hati, macam2 alasan bagi..meranalah si minah B ni bile mamat A selamat diijabkabulkan dengan minah C. tapi nak buat camner kan..terima jer la dengan hati yang ikhlas...


ok..seterusnya, lepas 5 tahun kawin..mamat A ngan minah C ni x jugak dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.. dah macam2 usaha diorang cuba, tapi still Allah x nak bagi lagi rezeki kat diorang.. yang si mamat A ni mula buat perangai teringat ket minah B..mula merayu2 balik minah B.. yang si minah B ni pulak walaupun dah 5 tahun berlalu, perasaan tetap ade pada mamat A, tapi fikir2 balik, nak mampos kacau umah tangga orang.. meranalah pulak minah C ni..x senang duduk bile suami dia buat dont know jer.. camner caranya nak selamatkan rumah tangga diorang yang berantakan tu... jadi si minah C ni pon berjumpalah dengan minah B, merayu jangan kacau suami dia..last2 kamceng pulak minah B dengan minah C.. sampaikan buat pakatan bersama untuk menyelamatkan umah tangga minah C ni.... alhamdulillah la lepas buat perangai MIA, minah C disahkan mengandung.. tapi mamat A ni x serik2 lagi, dok mengayat minah B..huhu.. selamatlah minah B dah x de perasaan apa2 dekat mamat A, dan bagi nasihat free suruh selamatkan umah tangga dia tu..

ni antara situasi yang ada berlaku di dunia realiti.. pasal2 bab hati dan perasaan ni mmg bermacam2 rencah.. tapi back to tajuk kenapa perempuan yang selalu jadi mangsa bile bab2 zuriat ni.. bile lebih 2 tahun isteri x mengandung, x dapat bagi zuriat kat suami, mulala isteri aka perempuan yang first2 akan disalahkan dulu.. dan juga ade suami aka lelaki yang akan menjadikan itu sebab untuk dia kawin lagi... baru dua tahun beb.. tunggu la 10 tahun..dah x de rezeki nak buat camner kan.. masa bercinta dulu, x hengat.. dan2 bile kawin baru jer ade masalah macam tu nak carik lain dah.. huhuhu... banyak lagi kowt alternatif laen cam amik anak angkat...huhu..

Tuesday, December 7, 2010

selamat menyambut maal hijrah 1432H buat seluruh umat islam..



salam maal hijrah buat seluruh umat islam yang meraikan.. selamat tahun baru.. hijrah yang bermaksud perubahan..mestilah perubahan ke arah yang lebih baik..


semoga tahun baru ini membawa lebih kebaikan, lebih baik dari tahun2 sebelum ini.. semoga tahun baru kali ini membawa kita lebih erti kebahagiaan dan keredhaan dari Allah..amin..

seronok tengok penghijrahan ramai artis2 seperti malek noor, farah AF, Asyraf Muslim, Amer Ruffedge dan lain2...mereka yang diberikan hidayah dengan cara tersendiri.. dan kini yang pasti kehidupan mereka lebih baik dari kehidupan yang lepas dan lebih tenang..alhamdulillah..

dan ari ni pastinya banyak slot2 rancangan mengenai maal hijrah di kaca tv..

Saturday, December 4, 2010

warga tua teras masyarakat..


dah lama carik lagu ni..penah menangis menyanyi lagu ni...huhu..terbawak2 sekali emosi..tapi lagu ni mmg sedih dan penuh dengan makna dan nasihat...i like this song!!

jadi,,hargailah jasa orang tua.. bukan ibubapa kita jer,itu mmg wajib..warga tua lain pon bagus kalau kita ambil kisah, ambil berat.. kesian kan tengok emak2 bapak2 yang kene tinggal kat rumah orang2 tua.. yang kene buang dengan anak2 dia...huhu...

harap2 dijauhkanlah aku dari buat macam tu kat emak bapak aku... huhu

pencabulan hak kemanusiaan..

Isu antara israel dan palestin ini mmg sudah terlalu lama terjadi dan diperkatakan.. kini isu ini bukan lagi isu agama tetapi sudah menjadi isu kemanusiaan sejagat..sehinggakan rakyat bukan islam turut berjuang bersama menentang pencabulan israel terhadap rakyat palestin..


dari picture kat atas itupun kita boleh lihat tanah palestin semakin mengecil kerana dirampas oleh pihak israel.. kini perjuangan rakyat gaza, sebahagian dari tanah palestin yang tinggal yang akan terus diperjuangkan oleh saudara kita dan juga seluruh rakyat islam..itu hak kita semua untuk terus berjuang dan mempertahankan bumi palestin...


rakyat palestin dan gaza mungkin sebahagiannya sudah hilang harapan untuk melihat isu ini selesai, sekatan terhadap negara mereka akan tamat..tapi sebahagian lagi mungkin tidak akan terus menyerah kalah dan terus berharap isu ini akan selesai suatu hari nanti dengan pertolongan saudara2 islam dan bukan islam yang tidak putus2 menyalurkan misi bantuan ke atas gaza.. kita berharap dan berdoa juga untuk keselamatan rakyat2 palestin dan gaza dan semoga isu ini akan selesai suatu hari nanti..


tapi dengan bantuan dan sokongan penuh dari kuasa besar seperti amerika syarikat, mungkin agak susah dan memakan masa.. sehinggakan amaran PBB pon diendah dan dibuat main.. kuasa2 islam yang kuat pon x dapat buat apa2 bile berdepan dengan kuasa dunia...walauapapun kita semua akan terus beri sokongan kepada rakyat palestin dan gaza... hidup untuk palestin dan gaza!!


alhamdulillah....

alhamdulillah..kesihatan aku dah smakin pulih..walaupun bintik2 merah tetap ada..pening kepala still x hilang2 lagi..tapi selera makan dah bertambah baik.. hehe...

salah satu faktor pendorong mgkin sbb semua adik beradik aku dah berkumpul di rumah.. blan 12 la blan yang ditunggu2...sbb cuti sekolah dan cuti semester..jadik kami adik beradik dapat berkumpul bersama.. meriah sungguh rumah ni terasa, beza dari hari besa yang hanya kami berempat.. ni la masanya semua request untuk makan benda2 yang jarang dapat makan akan terlaksana... kalau isu makanan mmg emak x akan tolak demi anak2 dia..takut mati kempunan..haha... abah pown usaha untuk penuhi..tapi x de lah mintak benda yang pelik2 kan....yang besa2 je la.

terasa hidup ini sangat indah bersama keluarga tersayang.. i luv my family very much!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...