Sunday, May 1, 2011

sutera bidadari..



alhamdulillah..selesai sudah menokhtahkan pembacaan novel kelima dr trilogi bagaikan puteri pada malam semalam...sutera bidadari...novel yang sentiasa ditunggu2 sekiranya penulisnya RAM... novel beliau kadangkala memberi aku semacam motivasi, menyedarkan aku yang seringkali terleka, membuat aku jadi semakin dekat dan terpikir2 akan hubungan aku dengan Allah..banyak sebenarnya pengajaran yang selalu aku dapat bile membaca novel beliau.. syukur alhamdulillah atas karya2 beliau yang berupa tarbiah motivasi bagi aku.

"Cinta Sang Ratu...laksana langit mencengkam purnama...ibarat mutiara di lautan biru.. saujana mata memandang..seluas langit terbentang...tatkala cinta berbisik..suaranya memuji TUHAN.. apabila rindu terusik.. Rasulnya menjadi pilihan..sampai masanya cinta jadi taruhan..Sang Ratu menjadi impian."

rangkap2 yang benar2 puitis aku rasakan melambangkan cinta Laksamana Sunan pada isterinya Ratna Sang Ratu..

Sutera Bidadari menyambung kembali karya Cinta Sufi, selepas berlakunya peperangan besar antara bangsa portugis yang hendak menawan Melaka pada abad ke 15..Saifudin dibawa Hang Tuah ke tasik Hulu Melaka dengan bantuan 2 ekor naga..6 purnama lamanya mereka berada di gua bawah tasik Hulu Melaka itu merawat luka Laksamana Sunan. Sementara Luna dan Catalina (yang telah memeluk agama islam dengan memakai nama Maryam) setia menanti orang yang mereka cintai muncul..

Dan pada masa yang sama, Taghut @ Raja Roman telah dilucutkan semua kesaktiannya oleh Sang Petala selepas kekalahannya berkali2 di tangan Laksamana Sunan.. Kini die merempat di negara asalnya di Wilayah Dacia Romawi..meratapi kematian permaisurinya, Sutera pada 467 Masihi lagi, baru kini menyesali dirinya yang beratus2 tahun menjadi hamba pada sang petala, dalam sifat tamaknya yang ingin menguasai seluruh dunia, tanpa mengira berapa ramai yang telah menjadi mangsa kerakusannya..

Pada abad ke 21 pula, catatan Maryam dan Keris Nangroe telah dicuri oleh Elizabeth di Lisbon, Portugal. Seorang jutawan dari Malaysia - Abid Kamil dan pembantunya - Shahril juga berminat untuk mendapatkan 2 khazanah sejarah yang cukup bernilai itu..

Perjalanan cerita diteruskan dengan pengembaraan Laksamana Sunan ke negeri atas angin untuk menentang Taghut, ditemani oleh Maryam, Panglima Awang Bagan (Hulubalang Melaka), Luna (dari bangsa polips), Sidek dan Abdor Rohman.. Sementara Taghut pula dalam perjalanan bersama anak muda yang menyelamatkannya ketika dia hendak membunuh diri, Doba ke Transylvania, Romania. Doba bercita-cita hendak menjadi bangsawan yang kaya raya dengan menemui harta di istana Vlad the Impaler, lagenda silam putera Romania yang masyur dengan kekejamannya memerintah. Dikatakan Vlad the Impaler itu adalah drakula atau nama gelarannya Pontianak Nosferatu, makhluk berdarah sejuk yang dahagakan darah.

Manakala pada abad ke 21 menyaksikan Saifullah, penjaga khazanah Keris Nangroe dan catatan Maryam bersama Abid Kamal dan Shahril dalam misi menjejaki 2 khazanah tersebut. 

Paling sedih bab Sang Dewi, makhluk sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dulu.. Paling menyentap perasaan bile Raja Roman memeluk agama islam, dan Saifullah @ Laksamana Sunan dengan mudah memberi maap pada musuh yang sejahat-jahatnya..sifat pemaaf Laksamana Sunan sungguh luar biasa.. dan juga peristiwa Sidek mati syahid di tangan penduduk2 pemakan daging manusia..
peristiwa yang paling mencuit hati pula ketika Laksaman Sunan dan Maryam bersama2 kera2 sakti yang pandai berkata2 di pulau yang timbul tiba2 di tengah2 sempadab laut Andaman..

Part yang paling terkejut pulak sebenarnya Saifullah itu adalah Indera, sahabat bangsa polips laksamana sunan  yang kemudiannya menjadi anak murid Sunan..Makhluk istimewa itu dengan kepaknya memang dapat hidup lebih lama, merentasi zaman, kewujudannya lebih awal dari kewujudan manusia..Waallahua'lam.. begitu jugak dengan Pontianak @ dracula yang menjanjikan hidup abadi, tapi semuanya itu dengan izin Allah.. Doba di abad 15 adalah Dracul pada abad ke 21, setelah mengikat janji pada Vlad the Impaler..

Banyak lagi sebenarnya part2 yang bez... sepanjang2 perjalanan laksaman sunan, bermacam2 peristiwa yang terjadi..x leh nak citer semua..kene bace sendiri.. hehe...

dari baca bagaikan puteri masa kat matriks (2006 x silap), dah mula jatuh cinta dengan keperibadian laksamana sunan tu, lelaki berduka dari Tanah Rencong, lelaki bertanduk dua, gelaran oleh Maryam.. Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pecinta, Cinta Sufi sampailah Sutera Bidadari, berkali2 aku jatuh cinta dengan watak laksamana Sunan tu...sukar digambarkan, hampir sesempurna manusia..dengan sifat tawaduknya, dengan sifat merendah dirinya, dengan sifat pengabdiannya di sepertiga malam, dengan tutur katanya, dengan sifat pemaafnya, dengan cintanya pada Sang Ratu, dengan cintanya pada Allah melebihi segala-galanya......


4 comments:

  1. wow... ni sinposis paling best penah dibaca... x sabo nak baca pulak... hehe

    ReplyDelete
  2. time kasih lady jaja sudi bace dan jengah blog ni.. hehe... mmg bez kalau karya ramli awang mursyid, cepat2 bace..hehe..

    ReplyDelete
  3. di sebabkan awak juga peminat RAM....saya pun follow awak...hehehe...follow me back k..

    ReplyDelete
  4. haha...tq..dah follow awk balik..;p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...