Sunday, October 30, 2011

nyamuk

salam hari rabu =)


berjumpa kite lagi di salam siri binatang dengan binatang yang lain pulak iaitu lipas..



ok..lipas bukanlah sangat kita boleh cakap sebagai binatang, lebih pada serangga.. serangga perosak!!
serangga yang 50-50 la boleh katakan aku geli..memang selalu sangat la serangga ni dikaitkan dengan perempuan..kadang2 bukan perempuan jer yang takut lipas, lelaki pon ade jugak!!.. x percaya???.. mesti percaya jugak...

sebenarnya bukan takut sangat pon, lebih pada geli..geli dengan sesunggut2 die yang banyak tu..lipas yang kalau kat lantai tu x takut sangat..tapi lepas terbang aku pobia sangat..ye la sekejap terbang sana, sekejap jer dah atas kepala...eeeeeeiiii....

ok, jom kite kenal lipas..lipas biasanya suka tinggal di kawasan yang gelap dan lembap macam kat dalam lari, belakang almari, bawah2 sinki, situlah tempatnya..makanannya pula semua benda yang boleh dimakan oleh lipas.. hehehe... iaitu sisa2 makanan...

k..ni ade 20 info menarik tentang lipas..aku copy paste dr website ni..



  • Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
  • Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
  • Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
  • Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
  • Lipas mempunyai darah berwarna putih
  • Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  • Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  • Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
  • Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  • Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
  • Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  • Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
  • Lipas ada gigi di dalam perutnya
  • Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  • Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
  • Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  • Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  • Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
  • Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  • Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha
  • Saturday, October 29, 2011

    new label

    assalamualaikum..

    hehehe...tetiba terfikir nak tambah label lagi..label yang dah sedia ada pown dah banyak, nak
    tambah lagi, apelah...hahaha..xper, kite biarkan die serabut dengan label2 yang entah ape2..

    so, ade beberapa idea untuk nama2 label ni..
    siri binatang - khas untuk binatang/haiwan2..dah ade beberapa binatang yang terlintas..
    siri tumbuhan - ini khas untuk pokok2 yang pelik2 dan jugak pokok2 ubat ubatan/rawatan
    siri bunga - ini pulak khas untuk bunga2...
    siri penyakit dan rawatannya - ini dah ade beberapa post yang lepas aku tulis sikit
    seseorang - ini untuk orang2 sekeliling/tokoh2/orang yang aku minat/sanjung

    tula die.... saje nak menambah maklumat..nanti2 aku juga yang membaca balik post2 yang aku post..
    jadi sebelum nak menulis, kenelah ade info dulu..kenelah gune khidmat pakcik google...
    supaya aku dengan pembaca2 dapat maklumat tambahan yang berguna..
    bukan ape banyak ilmu2 yang kite x tahu, nak lah jugak terokai kan...
    macam bunga2 dan tumbuh-tumbuhan...banyak kowt yang ade dalam dunia ni...
    yang aku tahu sikit jer.....itulah begitu luas dunia Allah ni...


    sat lagi final piala malaysia 2011.. terengganu lwn n.sembilan..aku sokong terengganu!!!..
    2-1....sebab terengganu nampak sangat kegagahannya dalam liga musim ni
    bile dapat kalahkan 2 gergasi besar dalam laluan ke final.. selangor ngan kelantan..
    peteh ganu peteh!!!....

    Friday, October 28, 2011

    nasi lemak milo ais....

    salam jumaat...penghulu segala hari..jugak bersamaan dengan 1 zuhijjah...

    selamat pagi...
    terasa nak bercerita pasal makanan dan minuman kegemaran aku..itulah die seperti yang tertera di title post..
    haaaa...aku dengan nasi lemak tak boleh dipisahkan..memang kegemaran, my favourite..
    bagilah makanan2 lain, nasi lemak gak yang aku pilih..kalau smggu langsung tak makan nasi lemak, aku dah mula meroyan, nak jugak dapatkan nasi lemak..kalau x sedap pun at least makan separuh jugak, demam pown makan separuh jugak...kalau bukan 2 keadaan ni, insyaAllah mesti licin punyer...hahaha...

    sodappppppnyeeeeee!!!!!!

    kenapa aku suka nasi lemak?
    1-sebab nasi lemak ni bagi aku satu makanan yang cukup lengkap..macam2 ada la orang kata.. lengkap nasi, kacang,ikan bilis, timun/kangkung..telur dan sambal
    2.sebab aku suka makan telur dengan ikan bilis..nasi lemak ade dua2 tu..
    3.makanan jimat..xde lah mahal sangat jika dibandingkan dengan makanan biasa.. ambik nasi lemak biasa je sudah, dah cukup sodap dah tu!!.. ini selalu aku buat bile tengah sengkek betul/nak berjimat..setiap hari makan nasi lemak..jimat!!..
    4.sebab senang didapati..bersepah2 tepi jalan orang meniaga nasi lemak, samada pagi/malam.. siap ade restoran untuk nasi lemak lagi..nasi lemak antarabangsa, nasi lemak kg baru..nasi lomak 55 (ni kat tempat aku je ade)..
    5.sebab nasi lemak lagi sedap dari maggi yang tak sihat tu!..wohaaa...



    k...sambung dengan minuman favourite pulak.. milo ais!...
    yang ini tak tahu sebab musabab kenapa suka minum milo ais..sebab dr kecik dah minum milo kowt!!.. kalau keluar dgn abah mase kecik2, abah selalu order milo ais kowt.. entah...yang pasti itulah favourite aku!!...


    k...jom makan nasi lemak!!
    minum milo ais...............

    Thursday, October 27, 2011

    kembar adalah kembar

    twin, kembar, kembar seiras, kembar tak seiras, kembar 3, kembar 4, kembar 5, 
    kembar siam, kembar2...itulah tajuk post yang aku nak membebel malam ni...

    macam bez kan..ade kembar, yang paling aku suka kembar seiras kowt.. agak mencabar 
    untuk kenal..hanya jauhari yang mengenal manikam bak kata pepatah.. haha (ade kene mengena ker?

    kenapa aku kata bez..jadi kembar kadang2 aku rase ade banyak kebaikan..
    kebaikan untuk menipu..hahaha... menipu untuk perkara yang dirasakan memberi kebaikan 
    (ade ker??)..ade la dalam certain2 case yang aku rase releven.. contoh macam nak kenakan
    pembunuh dengan menyamar jadi hantu.. (muka kan sama sebijik).. padan muka la pembunuh tu..
    lagi boleh menyamar untuk amik exam.. haha..eh bukan2..menggantikan tempat.. katakan kita x sihat dan 
    exam tu memang penting sangat...

    kembar kongsi muka yang seiras, kadang2 baju2 sume nak sama (time kecik2 la).. dah besar
    malu kowt, sepesen jer..dah macam boria kampung si pinang..x pun ahli marhaban kg mutiara..
    hehehe... lepas tu nama nak dekat sama.. amar-amir, syakira-salfira, aini-aina, azizi-azizul..
    bukan ape, senang nak ingat kowt..

    comel kannn??..gambar sekadar hiasan. sumber : google

    tapi ade orang kata kembar ni die ade berkongsi rase..x tahu la betul ke x.. contoh la kan.. 
    syakira duduk kat pahang, salfira duduk kat selangor..syakira tengah sedih pasal pakwe die,salfira
    yang duduk kat selangor pon tetiba rase sedih semacam.. (betul ke contoh aku bagi ni?)..
    hahaha..contoh jer yer..x de kene mengena dengan yang hidup ataupun yang dah arwah..
    entah, itu yang aku paham la..ade berkongsi perasaan...

    minat pulak aku rasa mesti x sama..kadang2 jauh sangat beza die..sama gak dengan sikap..
    itu yang boleh kita jadikan perbandingan.. haaa....tapi kalau jadi emak pada anak2 kembar 
    pown bez gak..jimat!!!..x yah mengandung banyak2 kali..cume time bersalin jer la
    bilangan tetap sama, cume mase jer..selang x bape nak lame.. tapi senang la...sekaligus dapat 2 
    orang anak...kalau dapat yang kembar x seiras,sorang lelaki sorang perempuan..dah kira
    lengkap la satu famili...

    p/s: emak sebenarnya ade kembar..tapi x tahu la terpisah dari kecik, entah hidup lagi atau dah jadi 
    alyarhamah...kira aku ade la genetik kembar ni..hehehe....tapi ape-apepun kembar sangat comellll..:D

    review: endhiran



    itu diaaaa....tajuk movie khas deepavali : Endhiran...
    entah camner tersangkut melayan citer tamil ni..mane layan sangat, hindustan boleh la... tapi sebab ade aishwarya rai dan rajinikanth kowt...tapi jalan citer pown mantap la... kasi 5 bintang ini cerita...

    tu yang bersemangat nak habaq mai kat sini..
    lagu gini citer die : mengisahkan seorang saintis AI (Artificial Intelligence), x ingat pulak nama dr ni..tapi lakonan mantap rajinikanth..bercita cita tinggi mencipta satu robot yang akan digunapakai untuk membantu tentera india.   Berlaku konflik jiwa dalam diri robot itu sendiri yang diberi nama Citti bila dia sudah mempunyai perasaan sepertimana manusia..Citti jatuh cinta dengan Sana lakonan Aishwarya Rai, iaitu tunang pada Dr.. kemudian Citti dimusnahkan sendiri oleh Dr kerana die tak boleh terima yang robot ni ada perasaan dengan tunang die.. haha.. lepas tu ada watak jahat, Dr Bora yang tamak dan bercita-cita untuk memiliki Citti..Dr Bora akhirnya memanipulasi Citti sehinngakan Citti menjadi robot jahat..yang akhirnya membunuh Dr Bora..

    Best kan plot die?? ..banyak hikmah/pengajaran yang aku rasa boleh ambik dalam citer ni..
    1- Manusia sebaik-baik kejadian..bersyukurlah..tiada satu pun makhluk yang serupa manusia yang Allah ciptakan..


    2-Tangan-tangan manusia sendirilah yang membawa kerosakan ke atas muka bumi tuhan ini..
    3-Perasaan yang pelbagai (cinta, marah, suka..dll) adalah satu anugerah....


    4-kebaikan jua yang akan mengatasi kejahatan

    banyak babak2/scene2 yang aku rasa best dalam citer ni..
    -scene Citti selamatkan perempuan dalam kebakaran.. die cume menerima arahan menyelamat.. tak terpikir mengenai maruah perempuan tu..(tengah mandi dalam keadaan tak berpakaian)
    -scene Citti jadi jahat..mase die larikan Sana, die rampas semua senapang dengan kuasa telekinesis yang dia ada dan buat semacam peluru mesingan
    -scene..punyelah bijak Citti yang jahat ni die multiply kan diri die..jadi banyak2 serupa macam die... 
    -lepas tu scene nak kenalpasti antara robot atau manusia (mase tu Rajinikanth menyamar jadi robot)..Citti suruh pusingkan kepala... Rajinikanth je x pusingkan kepala...hahaha...
    -Scene last2..memang gempak habiss... perang antara robot dengan manusia la boleh dikatakan...

    kesimpulannya..
    =yang baik menang (manusia)..yang jahat (robot) kalah
    =pengarah, penulis cerita, aktor, aktress dll dalam citer ni memang best!!.. citer melayu pown kalah kowt..
    =aishwarya memang sangat cantik..
    =robot memang patut diharamkan..ataupun yang serupa dengannya termasuk klon..kerana memang terbukti membawa banyak keburukan berbanding kebaikan..

    Tuesday, October 25, 2011

    review: Spring Waltz

     


    selesai sudah 20 episod!!...drama yang sungguh menyentap seluruh jiwa, raga dan perasaan.... lengkap sudah 4 musim, winter sonata, autumn in my heart, summer scent and spring waltz.. sume2 nyer kisah sedih!!...

    tapi sangat berpuas hati dengan hepi ending.. paling suka dengan heroin cerita ni..

    Han Hyo Joo as Suh Eun Young/Park Eun Young..cantik!..dan mencuit hati time memula..time kecik pown same, sebijik pelakon yang dia pilih...


    hero: mase kecik badan besar, dah besar badan kecik pulak!..tapi yang sama nyer, bile senyum/ketawa sangat comel..Seo Do Young as Lee Su Ho/Yoon Jae Ha.. 

    hero kedua: sangat minat dengan dia ni..Daniel Henney as Phillip..dalam citer lovely samsoon pown die ade.. tapi biase la hero kedua watak sedih biler tak dapat heroin..

    heroin kedua: sedih jugak la walau kekadang menyampah dengan watak die ni..Lee So Yeon as Song Yi Na

    kesimpulannya ini cerita sedih!!..hero dan heroin ade kisah sedih mase kecik membawa ke besar..tragik apa yang terjadi antara Lee So Ho dengan Suh Eun Young (mase kecik) dengan Yoon Jae Ha dan Park Eun Young (mase besar).. disebabkan takdir mereka berjumpa semula 15 tahun kemudian...

    tapi bile Jae Ha dapat tahu Eun Young yang dicari2 hidup lagi, sedih sangat...mase diorang tengah hepi2..mungkin rase bersalah tu terlalu besar buat Jae Ha.. dalam episod 13..pastu mula meleret bab sedih2 ni..sampaikan Eun Young tahu Lee So Ho dan Yoon Jae Ha adalah orang yang sama...

    sampaikan episod 19, bile Philip bagitahu Soo Ho rela menjadi Jae Ha untuk menyelamatkan Eun Young yang mase tu perlukan sangat2 operation..baru Eun Young boleh memaapkan Soo Ho...

    cantik sangat sangat scene2 yang ade dalam citer ni..cheongsan island x silap.. cantik!!!.......
    ni lagu ost yang aku suka sangat2...







    ni pulak piece yang paling aku suka: teardrop waltz



    Tuesday, October 18, 2011

    nostalgia zaman dulu2..

    penangan demam korea bermula balik selepas lebih kurang 2 minggu berehat!!!..
    lepas pasta, sekarang ni citer spring waltz pulak yang menjadi pilihan..
    tapi belum habis tengok lagi, baru je tengok episod 2..
    teringat pulak zaman kecik2 dulu.............


    so, awl pagi ni terasa ingin bercerita pasal 2 orang yang pernah hadir dalam hidup aku mase kecik2 dulu..
    yang first, namanya hairil..itu je yang aku tahu, nama bapak die aku tak tahu..dia ade sorang abang, kulit die hitam manis, nakal budaknya tapi baik hati!..kenal mase sekolah kafa bukit perwira, lepas tu sekolah rendah, die kelas 3 litium, aku kelas helium..kelas kami sebelah menyebelah.. aku tahu umah die kat mane... x tahu lah bile start "tersuka" die..gatal kan, baru darjah 3 dah suka2 budak lelaki...hahaha... suka je mase tu, x lebih... suka sebab die banyak cakap kowt, pastu die baik..ingat lagi ade satu mase tu, naik basikal g sekolah semata-mata nak beli "sate bakar"..pakcik tu selalu niaga kat area sekolah ptg2..sedap sangat sate bakar die cicah dengan kuah die yang sedap tu..pastu boleh terjumpe pulak dengan die..balik tu berbunga-bunga je rase.. setiap hari boleh dikatakan jumpe..satu lagi peristiwa yang aku ingat mase pertandingan mengaji kampung bukit botak, boleh terjumpe die jugak kat situ...tapi mase darjah 4 kowt die pindah..x tahu pindah kemana... sampai darjah 6 bile naek basikal lalu je depan umah die teringat kat die... mgkin sekarang ni pown die dah kawen, harap2 die berbahagia dengan kehidupan die...


    orang yang kedua pulak namanya izuan..x tahu nama bapak die jugak..die ade adik kembar nama farhan.. kenal pown kat sekolah agama bukit perwira..time tu darjah 2/3 kowt...die tinggi, gelap sikit..adik die pulak rendah, putih sikit... itu je yang aku ingat..tapi die ingat banyak tentang aku... sampai buat aku terharu.. entah macammane kitorang terjumpe balik dari panggilan telefon.. mase tu aku baru je abis matriks.. satu malam tu hp adik aku la ade orang call, aku yang mase tu x tertido lagi, boleh tergerak hati nak jawab.. tanya2, die kenal aku, terkejut pulak.. so, dari situ banyak yang aku dapat tahu... die baru jer putus cinta mase tu..pastu die cakap die rase gembira sangat, x sangka boleh terjumpe balik orang yang die pernah minat mase kecik2 dulu..  yang paling buat aku terharu die kata die selalu hantar aku balik sampai umah tapi aku x pernah perasan die ade ikut kat belakang..so, die tahu mane umah aku, rupa ayah aku.. sampaikan no flat moto abah pown die ingat.. kite kawan pown dari telefon jer..tapi sbb die asyik call je, abah x suka.. aku pown tukar no lain..kesian jugak ngan die..rase bersalah sangat2 biarkan die macam tu je... dahle mase tu die frust.. harap2 la die maapkan aku... semoga saat ini die berbahagia dengan hidupnya..


    mcam tu la citernye... nostalgia betul!.. teringat gak dengan sorang lagi ni.. afiq nama die.. rase bersalah yang amat pada die... huhuhu.....

    Monday, October 17, 2011

    hidup dan mati...

    dari Allah kita datang,
    kepada Dia jua kita kembali...
    hidup didunia hanya sementara,
    akhirat jualah yang kekal abadi,


    hidup ini bukanlah semata-mata satu kebetulan,
    hidup ini ada tujuannya, 
    ada permulaan, ada pengakhirannya,
    dimana kita bermula kita sedia maklum,
    dimana kita berakhir itulah yang menjadi rahsia Allah..


    maka,
    hidup ini perlulah sentiasa beringat,
    marilah kita bersama-sama menjadi hamba,
    hamba yang sentiasa bersyukur,
    hamba yang sentiasa menunduk,
    hamba yang sentiasa mengharap pada yang berhak
    disandarkan harapan...


    moga bekalan kita didunia ini cukup...
    untuk kita bawa di alam sana,
    moga nanti bila kite dijemput secara tiba-tiba,
    tiadalah kita menyesal hiba 
    akan masa yang kita gunakan untuk kehidupan kita...


    Ya Allah,
    bimbinglah aku,
    bimbinglah hatiku............

    maapkan aku....

    pada insan-insan,
    manusiawi, yang mengenal diriku,
    andai aku ada berbuat salah,
    terlajak kata, terlajak perbuatan...atau yang seumpamanya,
    maap, maap, maap...
    seribu kemaapan yang ingin kupinta,

    terasa begitu ramai tanpa sedar,
    yang terluka hatinya,
    yang dalam diam ada menyimpan amarah, 
    yang terguris perasaan,
    yang sedih...
    dengan perlakuan, perkataan dan perbuatanku...
    tiada kata yang dapat kuucapkan,
    hanya keampunan yang kuharapkan.....

    mungkin kamu,
    kamu dan kamu......
    juga pernah tanpa sedar membuat salah padaku,
    aku memaapkan semuanya,
    begitu juga yang kuharap dari kalian..............


    maapkan aku....................................

    duhai hati.....

    terasa diri tersangatlah kerdil,
    dosa serasa menggunung tinggi,
    namun terusan berpaling muka,
    terasa semakin jauh dari rahmat,
    terasa makin dekat dengan kemurkaan,


    kala sepi teringat akan dosa-dosa,
    bisakah ada pengampunan buatku,
    hati sentiasa disapa rasa bersalah,
    hati jugalah yang menghasut,
    lalu hasutan hati yang beraja di takhta,


    kalau bisa dikeluarkan hati,
    mahu saja dibilas dibasuh berulang kali,
    biar saja ia kembali bersih,
    biar saja ia kembali suci,
    sepertimana kain yang akan membalutiku di pengakhiran hidupku nanti,
    sepertima juga ketika masih bayi dan kanak2..


    duhai hati,
    selalu saja dikau yang menjadi juara,
    jauh meninggalkan akal pikiran...


    taubat.....
    seringkali senang ditutur dimulut,
    taubat nasuha...
    seberat-berat perbuatan.....


    duhai hati.............................

    Wednesday, October 12, 2011

    blog..

    menjengah blog zahiril adzim..
    kagum dengan gaya bahasanya,
    kagum dengan cara pemikirannya...

    tiba-tiba "ter kenal" dengan sebaris nama baru,
    nama asing bagi perkiraanku..
    "fared ayam".....
    rupanya seorang perngkarya puisi...
    sudah mempunyai 2 buku...
    agak "ekstrem" penggunaan perkataan dan ayat2 puisi beliau..
    tapi agak menarik isi bahasanya,
    ada sesuatu yang besar, yang penting , yang diluahkan..


    "jangan dicantas rasa sebelum bermula
    jangan ditikam emosi sebelum pasti
    jangan dijarah jiwa sebelum ditanya
    jangan dibunuh cinta sebelum dicuba
    kerana kau bukan Tuhan..!!"


    antara baris2 puisi "Kau bukan Tuhan"



    review: raungan mantera


    baru selesai membaca buku2 di atas..mantera hitam kalau tak silap usianya ada 2 tahun di rak buku aku. yang raungan mantera usianya hanya beberapa hari, masih tak berbalut lagi..

    superb!!!...sangat tak boleh nak dilepaskan... terpaksa membaca semula mantera hitam kerana ingat2 lupa watak2 yang terlalu ramai..tapi sangat berpuas hati dengan olahan jalan cerita..tabik hormat pada serunai faqir!!!...

    cume di pengakhiran cerita, tertanya-tanya adakah pakku dan cikgu hazit masih dipanjangkan usianya???...

    siapa2 yang berminat dengan sains fiksyen, memang berbaloi-baloi karya serunai faqir ni...
    siapa2 yang minat dengan dunia persilatan, alam ghaib, alam roh..memang tak syak lagi inilah karyanya..

    Monday, October 10, 2011

    hidup dan pilihan..





    "Kita asyik membicarakan,
    Persoalan hidup dan pilihan,
    Sedang kejujuran semakin berkurang,
    Masih tiada bertemu jawapan..."




    itu dia lirik lagu pilihan kita malam ni..sape dpt tahu tajuk lagu ni?? 


    betol!!..itulah die.. suratan atau kebetulan... nyanyian bersama kenny, remy dan martin..


    femes sgt lagu ni zaman awl 90-an, bolehlah dikatakan aku membesar dengan lagu2 yg evergreen macam ni..zaman peralihan antara zaman rock kapak dengan pop cintan..dua2 genre ni mmg menjadi keminatan aku..wlaupun msuk tadika mase 1993, tp lagu2 ni sume dengar dr sumbangan pakcik bas dan radio sinar la..time kasihhh sinar fm...haha..


    hehe..mngarut sudah..sebenarnya nak citer pasal hidup dan pilihan..
    macam ni citer die..


    dalam kite melayari kehidupan ni..
    selalu sangat kan kite dalam dilema..
    mesti ade perkataan "antara"..
    antara itu, antara ini,
    yang mane satu??...
    maknanya kite selalu ade pilihan..


    ade ker keadaan yang kite tiada pilihan??
    keterpaksaan??
    dengar gak ade orang cakap
    "sy terpaksa buat macam ni, sy xde pilihan lain.."
    tapi general sangatla..
    kene lah tengok situasi dan keadaan..


    tp rasenye semua perkara ade pilihan..
    kalau soalan objektif ade ya atau tidak sebagai jawapan,
    setuju atau x setuju jugak sebagai pilihan,
    kalau soalan subjektif pulak,
    lagi banyak pilihan jawapan...
    lebih daripada dua..


    lepas dah buat pilihan,
    kadang2 mesti timbul balik pertanyaan..
    betul ke pilihan aku ni??
    betul ke ape yang aku buat ni??
    bile terasa kite dah tersalah pilih,
    kite menyesal.......
    bile terasa kite betul dalam pemilihan kite..
    kite rase beruntung..


    tapi bagi aku..
    pilihan apa pun yang kite buat..
    tiada pilihan yang salah..
    kerana dr pilihan yang kite rase salah,
    ade pengalaman bermakna yg kite raih,
    kerana dr pilihan yang kite rase betul,
    kite akan terus leka dan akan rase diri kite betul sentiasa..
    maknanya setiap pilihan kite tu adelah pengalaman dan pengajaran..


    ape apepun pilihan yang kite ade,
    diri kite lah yang menjadi penentunya..


    sekian, 
    terimakasih....:D

    Sunday, October 9, 2011

    muhasabah : cinta agung

    Tiada cinta seagung cintaMu,
    cinta pertama, cinta Hakiki.....
    Ya Allah, engkaulah cinta agungku..
    cintaku haraplah dibalas..


    Ya Allah,
    Engkaulah segala-galanya...
    tanpa cintaku tetaplah engkau di sana
    Aku tanpa cintamu,
    bagai layang layang terputus talinya...


    Ya Rabb,
    Tuhan sekalian alam,
    janganlah cintaku tidak dibalas,
    janganlah hampakan perasaan mengharapku...


    Ya Tuhan,
    hambaMu ini amat memerlukanMu......


    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...