Saturday, January 26, 2013

abah, anak dan laptop

assalamualaikum....


terbaca mengenai satu kisah di facebook, cuba mencarik balik tapi tak berjumpa pula.. nak berkongsi disini sebenarnya ...xpe, aku cuba ceritakan apa yang aku ingat dengan versi aku la.. kalau ada penambahan dari cerita asal tu, aku tambah2 perisa dia sikit supaya jadi lagi sedap.. kalau tak sedap tu, maapla ye, carilah makanan lain..:0


ceritanya mengenai seorang ayah yang ingin membeli laptop untuk anaknya untuk sambung belajar.. seorang ayah ni satu hari pergi ke sebuah kedai menjual laptop..ditinjau-tinjau,dilihat-lihat laptop yang terpamer di kedai tu..sehinggakan jurujual pun bertanya ''nak cari laptop pakcik?'' pakcik tu pun menjawab dengan gembira dan bangga sekali..."ya, anak pakcik dapat sambung belajar di universiti, pakcik ingat nak belikan dia laptop"..jurujual tu pun mulalah menggunakan skill menarik pelanggannya, 'mempromotekan' salah satu laptop disitu.. pakcik tu cuma terangguk2.. lepas mendengar harga yang disebut jurujual,pakcik tu pun senyap je..lalu dia pun berkata. "lainkali pakcik datang lagi, duit pun tak berapa cukup lagi ni".. jurual tu pun cuma mengangguk..mungkin paham dengan keadaan dan situasi pakcik tu..


selang seminggu.. pakcik tu datang lagi bersama seorang anak perempuannya... anak pakcik tu teruja dan tertarik dengan laptop 'acer' yang lebih mahal..ayahnya cuma mampu tersenyum kelat dan mungkin berkira-kira didalam hatinya, cukupke duit yang aku ada ni??.. lalu dia pun memujuk anaknya supaya mengambil laptop yang lebih murah harganya dan cukup dengan duit yang dia ada...mulanya anak dia seakan menolak dan mahukan laptop acer itu juga..jurujual yang paham dengan perasaan si ayah turut memujuk si anak dengan berkata laptop yang dipilih si ayah sudah cukup untuk kerja2 asas di universiti..akhirnya si anak terpujuk dan mengalah.. habis cerita.... biasa je kan??...


belum habis lagi sebenarnya... luarbiasa dalam cerita ni di penghujungnya bila si ayah mahu membayar harga laptop tu.. harga laptop tu RM1000, duit yang diberi pada jurujual tu, sekeping je RM50, selebihnya campuran duit RM1O,RM5 dan RM1... CUBA BAYANGKAN.. dan sewaktu serahkan duit tu pada jurujual sepertinya hanya itu sahaja duit yang dia ada dan tinggal.. dengan muka yang berat hati sekali.. tapi bila terpandang wajah anaknya yang ceria, disenyumankan jua mukanya.... 


sedih kan??..sedih sangat... itu antara pengorbanan seorang ayah terhadap anak2nya... insaf seketika, cuba bertanyakan pula apa yang aku dah buat untuk gembirakan hati abah dan emak??... teringat jugak time aku dapat masuk u jugak... abah jugak yang susah payahkan mencari laptop untuk kemudahan aku.. walaupun cuma laptop 'secondhand', tu ckup bermakna buat aku... tiba-tiba je satu malam tu kawan En Zaini (jiran sebelah rumah) datang dan bawak laptop..aku tak tahu menahu pun sampai malam tu, sambil buat air aku menangis la jugak, terpikirkan abah yang bersusah payah pikirkan tentang aku.... ye la,  time tu hidup kitorang pun x lah semewah sangat, tapi alhamdulillah rezeki Allah sentiasa ada, x pernah putus.... 


laptop yang banyak berjasa tu la yang aku gunakan sepanjang time degree aku.. laptop toshiba yang sangat berat tu.. kehulu-kehilir bawak..lepas abis je belajar terus rosak pulak... mgkin niat abah ikhlas untuk guna time belajar je kowt..haha...xdelah, aku melawak je tu.. 


kesimpulannya dapatlah 'direlatekan' cerita diatas dengan cerita sebenar aku.. buat aku sebak sekali bila terbaca cerita2 mengenai pengorbanan seorang ayah dan emak... ni baru satu kisah, banyak kisah2 lain lagi yang kalau diceritakan tak terhitung rasanya pengorbanan diorang kan.... itulah kita ni sebagai anak kene sentiasa beringat akan jasa2 diorang...kita pun nanti insyaAllah akan jadi seorang emak dan ayah dan akan mempunyai anak2 juga... mungkin kita akan lebih memahami perasaan mereka bila kita berada di tempat mereka..


akhir kata..."sayangilah kedua ibubapa kita.... kalau kita permata berharga mereka, mereka pulak emas, intan permata berharga bagi kita".....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...