Tuesday, January 29, 2013

motivasi:mengingati kematian

assalamualaikum..




alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan bernafas..alhamdulillah kita masih hidup sihat..syukur pada Allah..tapi perlu sentiasa diingat akan tiba satu saat dimana kita semua akan dimandikan, kita semua akan dikapankan, disembahyangkan oleh orang lain, diiringi ke kubur dan akhirnya kita dibiarkan sendiri keseorangan di dalam liang lahat.. akan tiba saat itu dimana kita semua akan kembali pada pencipta kita..
saat itu semakin hampir, bukan semakin jauh..... sedarlah dari tahun ke tahun saat itu semakin hampir, cuma kita tidak tahu saat yang tepat itu kerana ajal dan maut semua di bawah ketetapanNya...


kita tahu tarikh lahir kita tapi kita tak tahu tarikh kematian kita... ada hikmahNya Allah rahsiakan bila kematian kita..tak usahlah memikirkan bila kita akan mati, tapi bersedialah kita untuk mati pada bila-bila masa.. jadi apa persediaan kita semua untuk menuju alam kematian?... sudah cukupkah segala amalan kita untuk dibawa sebagai bekalan di alam akhirat sana?..kalau tidak cukup, marilah kita sama2 memperbaiki dan menambahbaik segala amalan2 kita... alam kematian sebenarnya bukan pengakhiran kehidupan kita. Ia sebenarnya permulaan kepada kehidupan akhirat, kerana kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara waktu, sebagai tempat persediaan untuk menuju ke alam akhirat yang kekal abadi...


tidak perlu kita berfikir bila kita akan mati, dimana kita akan mati dan bagaimana kita akan mati.. kerana semuanya sudah ditetapkan Allah, semuanya dalam aturan Allah.. apa yang lebih penting, bagaimana kehidupan kita semasa kita hidup..bagaimana kita menggunakan masa kehidupan kita di atas dunia ini.. segala-gala sesuatu yang kita lakukan, setiap amalan kebaikan dan keburukan yang kita lakukan semuanya dalam pemerhatian Allah...cuma kita mengharapkan kita akan mati dalam keadaan 'husnul khatimah' insyaAllah...


ada satu kisah mengenai dua orang yang berbeza bila, cara dan bagaimana mereka berdua mati.. si A mati pada malam jumaat, malam lailatulQadar dan di masjid.. manakala si B mati di dalam 'night club'.. mengikut bila, cara dan dimana kematian berlaku, siapa rasa-rasanya yang mati dalam keadaan baik dan mana satu yang mati dalam keadaan buruk?...


jawapannya si B mati dalam keadaan yang baik dan si A mati dalam keadaan buruk.. kenapa??... kerana jawapannya ada pada niat dan perbuatan yang dilakukan sebelum mereka mati.. si A pergi ke masjid pada malam itu dengan memasang niat untuk mencuri tabung masjid.. dan asbab kematiannya disebabkan renjatan elektrik yang diletakkan oleh AJK surau pada tabung masjid sebagai langkah keselamatan terjadinya kecurian.. manakala si B pergi ke night club pada satu malam dengan memasang niat untuk berdakwah, menyeru untuk meninggalkan kemaksiatan, berdirilah si B di tengah pentas dan memulakan dakwahnya.. akibat tidak puas hati, si B bukan setakat dilemparkan dengan kata2 yang hina malahan dibaling dengan botol arak sehingga akhirnya menjadi asbab kematiannya... sebab itulah dikatakan bila, bagaimana dan dimana kita mati itu tidak penting...


mari kita sama-sama sentiasa bermuhasabah dan sentiasa mengingati kematian.. Rasullullah s.a.w ketika ditanya sahabat, siapakah orang yang paling bijak?.. jawab baginda orang yang bijak ialah orang yang sentiasa berfikir akan kematian dan membuat persiapan akan ketibannya.. 




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...