pernah terdetik di hati hidup ini sangat melelahkan,
seperti sukar bernafas di dalam ruang sempit...
sepertinya aku terkurung di dalam tempat yang tertutup
mungkin seperti jasad dan roh hidup yang dikambus dalam liang lahad..
saat itu, detik-detik itu...
aku terlalu lemah, menyalahkan diri sendiri, menyalahkan takdir....
aku lupa Allah ada sentiasa bersama aku..
aku bersyukur kerana masih ramai yang sayangkan aku
alhamdulillah Allah masih sayangkan aku......
aku belajar erti kasih sayang keluarga,
aku belajar erti Rahman dan Rahim Allah..
bila terkenangkan insan2 lain yang lebih teruk diuji,
bila bandingkan,terasa betapa beruntungnya diri
apalah sangat ujian ini jika dibandingkan mereka yang lebih teruk mehnanya
diuji dengan kehilangan, kesakitan, keperitan hidup.........
malu rasanya bila terkenang semua ini.....
dan bertambah erti rasa bersyukur dengan kehidupan..
hidup ini...walau macammana perit sekalipun...
perlu diteruskan.... kita tak tahu lagi jalan di hadapan bagaimana..
ketabahan dan kecekalan hidup insyaAllah akan dibalas dengan kebahagiaan jua suatu hari nanti
tidak di dunia,di akhirat menanti... insyaAllah..
Allah tidak pernah biarkan hambaNya keseorangan....
perlu sentiasa ingat itu....
Allah berfirman yang bermaksud :
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)
No comments:
Post a Comment