Tuesday, February 12, 2013

10 februari

assalamualaikum...

dah dua hari berlalu since 10 februari, apa yang menariknya tarikh tu??

majis perkahwinan.. ramai rasanya yang memilih tarikh tu untuk diabadikan sebagai tarikh perkahwinan kan kan kan..sebab kenapa ek?.. just nice kowt..


aku cuma ada dua jemputan pada ari tu.. satu cousin izzah nadirah binti kamaruddin dan satu lagi kawan uitm, nurul husna binti busari. (wah!!..full name tu). memang dari awal2 lagi dah expect tarikh mereka akan jadi sama..jadinya rasa bersalah jugak pada una kerana terpaksa menghampakan una... memang really wants to go, but family lebih diutamakan..kalaulah klang dengan JB tu sejam dua boleh juga diusahakan....tapi ape2 pun kirimkan doa dari jauh.. semoga berbahagia hingga hujung nyawa. setia hujung nyawa.berjumpa balik di syurga.insyaAllah... 


ok....juga pada sepupu tersayang..ucapan yang sama juga..semoga berbahagia till jannah.. jadi isteri yang solehah. aku jadi kagum sangat2 dengan sepupu aku yang sorang ni.. memang bertepatan sungguh namanya dengan peribadinya dan perilakunya. rasanya selepas wedding zalikha, ini wedding kedua yang aku rasakan bermakna kerana nampak 'islamiknya'..izzah tak pernah kenal pun siapa bakal suaminya, sebelum bertunang. masa bertunang jugak tunangnya takada.. segala setiap urusan majlis perkahwinan diuruskan oleh emak ayahnya, dia hanya menumpukan perhatian pada pelajarannya, memandangkan itu semester akhir.dia hanya bertentang mata buat kali pertama saat majlis akad nikahnya.. insyaAllah kan kata orang jodoh yang ditetapkan emak ayah jodoh yang terbaik. kerana mereka lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anak2 mereka.



sungguh jarang rasanya, kalau ada pun memang boleh dikiralah insan2 yang sebegini dalam dunia zaman sekarang.. itu pentingnya peranan ayah emak dalam membentuk anak2.. dan kali pertama rasanya tengok full house dalam masjid masa akad nikah..walaupun masjid tu taklah besar,boleh dikira sederhana besar.. majlis yang direstui dan diraikan... ari walimahnya pulak, tetamu yang datang, kawan2 yang menolong semuanya bertudung labuh..manis2 semuanya.kita yang memandang rasa tenang. ok,jadi malu sendiri bila bandingkan diri dengan mereka. walau ada yang berpangkat adik, tapi mereka lebih 'akak' rasanya dari satu sudut yang lain. pakuteh dan makuteh pun malam sebelum majlis, terkesan dengan sikap mereka yang 'inginkan sesuatu yang sempurna, terbaik dan berjalan lancar' untuk majlis puteri sulung mereka.. terpikirkan emak dan abah.. insaf..setiap emak ayah memang mahukan yang terbaik untuk anak masing2. kita je terkadang yang tak faham apa yang mereka rasakan..



##petang semalam baru dapat tahu ayah una telah 'pergi'. sakit jantung. kesiannya una. terus mesej ucap takziah. sehari selepas ucap tahniah, bergembira,berbahagia..sehari selepas terima lagi ucapan takziah pula. 
datang seorang,pergi seorang.. semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.. amin....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...