Tuesday, February 12, 2013

tragedi 4 Disember

assalamualaikum..


aku jadi tertarik dengan satu artikal yang aku baca di melayukini.net beberapa minggu yang lalu.. mengenai tragedi 4 disember 1977..tragedi di Tanjung Kupang, Johor, mengenai nahas kapal terbang MAS Boeing 737 MH635.

sebenarnya ia adalah 'rampasan' kapal terbang atau istilah orang puteh 'hijack'..diakui sendiri oleh pihak MAS. jadi bersemangat untuk nak mengetahui lebih lanjut dan macam terpikir nak tulis satu cerita berdasarkan kisah benar ini.. jadi baru hari ini berkesempatan 'mengoogle'.. erm..macam2 jugak yang sempat dibaca dan dijengah.. ingatkan malaysia tak pernah ada 'hijack2' ni..ingatkan orang puteh je yang ada macam yang dok selalu kita tengok kat tibi tu kan...


tragedi ni sebenarnya antara tragedi yang mendapat liputas meluas bukan saja di malaysia malahan dunia, kerana :
1) ramai orang2 ternama yang berada dalam pesawat tu...erm,cari sendiri ye, malas nak taip nama dorang
2) semua 100 orang yang berada dalam pesawat itu mati di tempat kejadian dengan ngeri (dikatakan pesawat itu meletup di udara sebelum crash,jadi mayat yang dijumpai bertaburan bersepai daging2, ada yang tersangkut di dahan2 pokok)

kesemua mayat mereka kemudiannya dikebumikan di jalan kebun teh,JB. semoga kesemua roh2 mereka dicucuri rahmat dan dimasukkan di kalangan orang yang soleh dan selehah.. al fatihah..




tragedi ini sampai sekarang masih menjadi X Files, Unresolved cases..sebab punca kejadian masih tidak dapat dikenalpasti.. ada beberapa teori mengenai 'pengganas' yang merampas kapal terbang ini.. tetapi yang mana satu kesahihannya juga tidak dapat dibuktikan..tapi mungkin juga ada pihak2 tertentu yang mengetahui tetapi sengaja berdiam diri kerana sesuatu..tak jugak pasti..kapal terbang itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Subang tetapi tidak berbuat demikian dan meneruskan perjalanan ke Singapura..dan dari
maklumat yang didapati dari kotak hitam pesawat, pilot dan co-pilot telah ditembak terlebih dahulu sebelum pengganas itu cuba mengambilalih pesawat..namun akhirnya pesawat itu menjunam dan terhempas.. 


dan kejadian itu berlaku pada waktu malam..apa yang terjadi dalam pesawat itu sebenarnya??.. tiada siapa yang tahu kerana semua yang ada meninggal dunia.. cuma teori sahaja yang boleh digunapakai.. tapi menarik untuk dijadikan satu cerita..

##nak mencari buku tragedi 4 Disember karangan Dzul Karnain Ithnain
##silalah mengoogle jika inginkan lebih informasi..




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...