Wednesday, February 27, 2013

Untitled

Oh Tuhan, hanya Engkau yang lebih mengerti
Hanya Engkau yang maha mengetahui
apa yang tersurat dan apa yang tersirat..
jauh dalam lubuk hati ini..


Ya Allah, kau tenangkan hatiku dengan ketentuanMu
Kau redhakan hatiku ini dengan qada'qadarMu
Sesungguhnya aku bersyukur dengan segala ketetapan yang telah engkau tetapkan..
Engkau kuatkan jua hatiku
Engkau dekatkanlah hatiku padaMu
Engkau jauhkanlah aku dari segala bisik syaitan yang sentiasa menghasut


Aku..hambaMu yang terlalu lemah
PadaMu aku meminta,aku berharap dan aku sandarkan segalanya
Insyaallah.....aku yakin dan percaya dengan janji-janjiMu


Tuesday, February 12, 2013

tragedi 4 Disember

assalamualaikum..


aku jadi tertarik dengan satu artikal yang aku baca di melayukini.net beberapa minggu yang lalu.. mengenai tragedi 4 disember 1977..tragedi di Tanjung Kupang, Johor, mengenai nahas kapal terbang MAS Boeing 737 MH635.

sebenarnya ia adalah 'rampasan' kapal terbang atau istilah orang puteh 'hijack'..diakui sendiri oleh pihak MAS. jadi bersemangat untuk nak mengetahui lebih lanjut dan macam terpikir nak tulis satu cerita berdasarkan kisah benar ini.. jadi baru hari ini berkesempatan 'mengoogle'.. erm..macam2 jugak yang sempat dibaca dan dijengah.. ingatkan malaysia tak pernah ada 'hijack2' ni..ingatkan orang puteh je yang ada macam yang dok selalu kita tengok kat tibi tu kan...


tragedi ni sebenarnya antara tragedi yang mendapat liputas meluas bukan saja di malaysia malahan dunia, kerana :
1) ramai orang2 ternama yang berada dalam pesawat tu...erm,cari sendiri ye, malas nak taip nama dorang
2) semua 100 orang yang berada dalam pesawat itu mati di tempat kejadian dengan ngeri (dikatakan pesawat itu meletup di udara sebelum crash,jadi mayat yang dijumpai bertaburan bersepai daging2, ada yang tersangkut di dahan2 pokok)

kesemua mayat mereka kemudiannya dikebumikan di jalan kebun teh,JB. semoga kesemua roh2 mereka dicucuri rahmat dan dimasukkan di kalangan orang yang soleh dan selehah.. al fatihah..




tragedi ini sampai sekarang masih menjadi X Files, Unresolved cases..sebab punca kejadian masih tidak dapat dikenalpasti.. ada beberapa teori mengenai 'pengganas' yang merampas kapal terbang ini.. tetapi yang mana satu kesahihannya juga tidak dapat dibuktikan..tapi mungkin juga ada pihak2 tertentu yang mengetahui tetapi sengaja berdiam diri kerana sesuatu..tak jugak pasti..kapal terbang itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Subang tetapi tidak berbuat demikian dan meneruskan perjalanan ke Singapura..dan dari
maklumat yang didapati dari kotak hitam pesawat, pilot dan co-pilot telah ditembak terlebih dahulu sebelum pengganas itu cuba mengambilalih pesawat..namun akhirnya pesawat itu menjunam dan terhempas.. 


dan kejadian itu berlaku pada waktu malam..apa yang terjadi dalam pesawat itu sebenarnya??.. tiada siapa yang tahu kerana semua yang ada meninggal dunia.. cuma teori sahaja yang boleh digunapakai.. tapi menarik untuk dijadikan satu cerita..

##nak mencari buku tragedi 4 Disember karangan Dzul Karnain Ithnain
##silalah mengoogle jika inginkan lebih informasi..




jadi harus bagaimana mahu beristiqamah

assalamualaikum...


erm...bosan sungguh hari ini.selamat masih boleh merepek disini.kalau tidak buku sajalah jadi peneman.apa yang nak dimerepekkan ini ye?..masa sekarang bergerak dengan sangat pantas kan..seminggu bagaikan satu hari, sebulan bagaikan seminggu dan setahun bagaikan sebulan.jelas.tanda ini menjadi semakin jelas. waktunya sahaja yang tidak jelas..aku jadi takut dengan diri sendiri. bagaimana aku mahu berjumpa dengan tuhanku dalam keadaanku begini?


jelas.makin ramai yang berubah menjadi semakin baik..alhamdulillah..aku ini bagaimana dikira?..masih tetap samakah?..semakin menaik atau semakin menurun?..semakin baik atau semakin teruk?..kukira sentiasa ada pasang surutnya..istiqamah..mudahnya satu perkataan itu.tapi melaksanakannya begitu sukar. jadi harus bagaimana?


biasanya aku perhatikan dalam setiap perkara yang aku lakukan, aku hanya bersemangat pada awalnya, tengahnya menjadi kurang bersemangat...kemudian bila dijentik motivasi, aku kembali bersemangat..di akhirnya?..aku kurang pasti bagaimana pengakhirannya. selagi jasad ini ditunjang dengan nyawa,selagi jantung masih lagi berdegup dan selagi mata ini dapat kubuka, itu belum pengakhirannya..



jadi bagaimana mahu beristiqamah?..tanya dalam diri, jawapannya sentiasa ada dalam diri masing2 kan... tanya iman kita..jika masih lemah,harus dikuatkan terlebih dahulu..tanya islam kita, cukupkah sekadar tertera di IC kita, perlu diperhalusi sedalam mana 'keislaman kita' terlebih dahulu..dan tanyalah akal kita,cukupkah ilmu di dada?..ilmu Allah seluas lautan dan ketahuilah pengetahuan kita hanyalah setitik air di lautan luas yang tidak bertapi itu.. cukupkah ilmu kita mengenal siapa pencipta kita, mengenal tujuan kita dilahirkan, mengenal  iman,mengenal islam..


jadi pokok pangkalnya ada dalam diri kita sendiri..istiqamah dalam diri kita, istiqamah dalam hati kita.. kena kuatkan diri,kuatkan hati, kuatkan asas kita terlebih dulu..bina tapak yang kukuh sebelum dapat berdiri dengan gagah..walau dihentam angin puting beliung,halilintar,kita tak akan gentar, kita tetap berdiri megah diatas tapak kaki kita sendiri..itulah dia kuasa keyakinan yang sebenar-benarnya.. 


##biar sedikit tapi istiqamah dari banyak yang sekali sekala..
##melatih diri untuk cuba beristiqamah..

seorang aku

assalamualaikum....


aku..
-amilina syakira binti mohd yusop
-mendengar azan dan iqamat kali pertama pada 14 januari 1987
-anak sulung dari 5 adik beradik
-pendiam dan pemalu sebenarnya
-suka menulis dari bercakap
-sensitif dan berjiwa halus
-tabah dan sabar (80%), rajin (ikut mood), bertanggungjawab (70%), cemburu (50%), positif (80%)
-sukakan seni kreatif (puisi,sajak,craft,seni lukis)
-cinta pada alam semulajadi
-susah jatuh cinta
-mudah percaya pada orang
-suka membaca
-konservatif
-suka rock kapak dan nasyid
-seorang yang membosankan


 ##ari ini sungguh bosan sekali...lalalaa
 ##menghabiskan masa dengan membaca blog kak fynn
##esok kene keje balik....huwaaaa.....

10 februari

assalamualaikum...

dah dua hari berlalu since 10 februari, apa yang menariknya tarikh tu??

majis perkahwinan.. ramai rasanya yang memilih tarikh tu untuk diabadikan sebagai tarikh perkahwinan kan kan kan..sebab kenapa ek?.. just nice kowt..


aku cuma ada dua jemputan pada ari tu.. satu cousin izzah nadirah binti kamaruddin dan satu lagi kawan uitm, nurul husna binti busari. (wah!!..full name tu). memang dari awal2 lagi dah expect tarikh mereka akan jadi sama..jadinya rasa bersalah jugak pada una kerana terpaksa menghampakan una... memang really wants to go, but family lebih diutamakan..kalaulah klang dengan JB tu sejam dua boleh juga diusahakan....tapi ape2 pun kirimkan doa dari jauh.. semoga berbahagia hingga hujung nyawa. setia hujung nyawa.berjumpa balik di syurga.insyaAllah... 


ok....juga pada sepupu tersayang..ucapan yang sama juga..semoga berbahagia till jannah.. jadi isteri yang solehah. aku jadi kagum sangat2 dengan sepupu aku yang sorang ni.. memang bertepatan sungguh namanya dengan peribadinya dan perilakunya. rasanya selepas wedding zalikha, ini wedding kedua yang aku rasakan bermakna kerana nampak 'islamiknya'..izzah tak pernah kenal pun siapa bakal suaminya, sebelum bertunang. masa bertunang jugak tunangnya takada.. segala setiap urusan majlis perkahwinan diuruskan oleh emak ayahnya, dia hanya menumpukan perhatian pada pelajarannya, memandangkan itu semester akhir.dia hanya bertentang mata buat kali pertama saat majlis akad nikahnya.. insyaAllah kan kata orang jodoh yang ditetapkan emak ayah jodoh yang terbaik. kerana mereka lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anak2 mereka.



sungguh jarang rasanya, kalau ada pun memang boleh dikiralah insan2 yang sebegini dalam dunia zaman sekarang.. itu pentingnya peranan ayah emak dalam membentuk anak2.. dan kali pertama rasanya tengok full house dalam masjid masa akad nikah..walaupun masjid tu taklah besar,boleh dikira sederhana besar.. majlis yang direstui dan diraikan... ari walimahnya pulak, tetamu yang datang, kawan2 yang menolong semuanya bertudung labuh..manis2 semuanya.kita yang memandang rasa tenang. ok,jadi malu sendiri bila bandingkan diri dengan mereka. walau ada yang berpangkat adik, tapi mereka lebih 'akak' rasanya dari satu sudut yang lain. pakuteh dan makuteh pun malam sebelum majlis, terkesan dengan sikap mereka yang 'inginkan sesuatu yang sempurna, terbaik dan berjalan lancar' untuk majlis puteri sulung mereka.. terpikirkan emak dan abah.. insaf..setiap emak ayah memang mahukan yang terbaik untuk anak masing2. kita je terkadang yang tak faham apa yang mereka rasakan..



##petang semalam baru dapat tahu ayah una telah 'pergi'. sakit jantung. kesiannya una. terus mesej ucap takziah. sehari selepas ucap tahniah, bergembira,berbahagia..sehari selepas terima lagi ucapan takziah pula. 
datang seorang,pergi seorang.. semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.. amin....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...