Monday, March 23, 2015

saya takut..

assalamualaikum..

banyak kali juga saya ada terpikirkan berkenaan ini. saya sebenarnya memang takut. takut dengan apa yang saya dah buat, maksud saya apa yang saya tuliskan dan coretkan di laman blog ini. takut akan dipersoalkan di kemudian hari dan takut bila dipersoalkan di hadapan Allah nanti..

dalam masa yang sama, saya mengharapkan tulisan saya di laman blog ini sekurang kurangnya memberi sedikit manfaat pada pembaca lain.. semoga bila saya sudah tiada didunia ini, tulisan saya masih hidup, ada yang membaca dan dibukakan pintu hati mereka ke arah kebaikan. moga saya juga dapat sedikit manfaat daripanya di sana..

saya menulis bukan kerana nama, malah saya tidak suka menjadi perhatian dan saya suka jika saya tak dikenali sesiapa. saya menulis kerana minat saya dalam penulisan. tapi saya hanya manusia biasa. bahasa pun tungang langang, gaya bahasa pun jauh gaya dari bahasa sastera. banyak merapu dan merepek. tapi ada sesetengahnya saya menulis dari hati saya. sesetengahnya terutamanya motivasi lebih pada mengingatkan diri saya sebenarnya.

ya. saya manusia yang lemah serba serbi. terutamanya yang melibatkan emosi dan perasaan. saya sentiasa memerlukan kata2 motivasi untuk saya positif pada kehidupan ini..

maapkan saya yang serba kekurangan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...