Saturday, November 6, 2010

buat awak..

awak....
nape kite rasa awk ngan saya makin jauh?
walau sebenarnya jarak kita x lah jauh sangat..

kadang2 saya rase marah jugak dengan awk...
rase jauh hati ngan awk..
tiap kali saya mesej, awk jarang nak balas..
awk selalu bagi alasan xde duit nak topup..
xpe awk..saya paham..

saya sangat2 kagum dengan awk..
dan sangat2 respect dengan cara awk melihat kehidupan ini..
sikap awk dengan semua orang..
saya bangga jadi sahabat awk..
awk sangat tabah bile awk x dapat peluang masuk u
saya ngan kawan2 lain dapat masuk u...
tapi akhirnya awk dapat jugak masuk u..
kita dapat bersama2 di satu u..
awk sem pertama, saya dah sem 4 x silap..
tapi kita jarang jugak berjumpa walau kite satu u..

xpe..sy pujuk hati saya...
awk kata saya sahabat awk..tapi kenapa waktu susah awk..
awk x cari saya..awk x sudi nak ceritakan masalah awk pada saya?
kenapa lepas awk menghadapi masalah awk sorang2..
baru awk cerita kat saya..
saya terasa saya bukanlah sahabat baik awk..
saya x ade waktu awk perlukan saya..

saya sedar kite jarang berkongsi masalah sesama kita..
saya pon rase saya x adil pada awk..
sebab tu kite berdua makin jauh..

awk...
saya sayangkan persahabatan kita..
saya sayangkan awk..
saya sayangkan semua kawan2 kita..

Friday, November 5, 2010

tanggapan peribadi..

Tanggapan seseorang pada orang lain atau apa yang kita pikirkan pasal orang lain adalah hak peribadi masing2.. hak privasi seseorang untuk memberitahu atau menyimpan dalam diri secara senyap..jadi x perlu la dipikirkan apa orang lain pikirkan pasal diri kita, samada yang baik atau yang buruk.. biasa yang baik msti orang lain bagitahu kan macam memuji untuk membodek..tapi kalau yang kurang enak mesti didiamkan.. bagus dari segi kita tidak akan terasa hati dengar dia sound direct atau mungkin dia nak jaga perasaan kita.. tapi tang x bagus pulak bile die senyap2 bercerita pada orang lain di belakang kita.. dah kira macam mengumpat..


jadi perbuatan kawan2 kita yang sedap mata memandang, x sedap telinga mendengar, langkah terbaik kita diamkan dulu..kalau perbuatan dia tu kita rasakan akan memudaratkan diri dia dan orang lain, kita nasihat dia secara baik.. kalau dia berkongsi dengan kita apa yang dia pikirkan pasal orang lain, kita boleh dengar tapi jangan percaya selagi x dengar dari mulut tuannya sendiri... 


aku selalu berangan-angan kalau ada kuasa dapat membaca fikiran orang..;p

Thursday, November 4, 2010

"kepada yang berkenaan.."

"kepada yang berkenaan.."

bukan daku tak sudi..terlalu banyak benda yang nak dpikirkan jadi perkara ni kalau boleh x nak pikir dalam masa terdekat ni.. daku hargai dan berterima kasih atas kesudian "kepada yang berkenaan.." belum terbukak lagi rasenya hati ini untuk terima sesiapa pown..jadi kalau boleh janganlah mencuba kalau x nak kecewa.. pada yang terasa hati daku mintak maap banyak2..

antara dua




yang mana satu pilihan anda?
renung-renungkan dan selamat beramal..

Wednesday, November 3, 2010

kemalangan dan ajal..

ada kene mengena antara dua perkataan ni.. apabila berlaku kemalangan, probability untuk "terkorban" dan innalillah dan menemui ajal adalah 50-50... sebab x semua kemalangan menyebabkan kemalangan jiwa.. mungkin hanya mengalami kemalangan kecil yang mungkin hanya effect aktiviti mental..

nak katakan kemalangan itu tak berbau..tapi tahi ayam berbau..jadi berhati-hatilah ketika memandu.. kadang kala benda yang kite selalu buat dan dah expert pown boleh menyebabkan kemalangan.. mungkin dah terlalu mahir sehingga terlupa berhati-hati.. dan mungkin kerana kecuaian sendiri..

tapi kalau orang kata ajal nak sampai, x boleh even sesaat pown terlambat.. orang jatuh tangga boleh mati manakala orang jatuh kapal terbang boleh hidup..xde sbab lain melainkan ajalnya belum sampai lagi.. even kalau duduk kat umah jer sebab takut keluar rumah boleh berlaku accident pown boleh jer mati kat dalam umah sendiri.. accident boleh berlaku di mana2 dan bile2 mase.. begitu juga ajal yang kite x tahu bile kite akan bertemu..

kalau la diberi pilihan Allah nak tarik nyawa kite camner.. msti aku pilih nak masa tidor dan secara tiba2.. means x yah tahan sakit lama2.. biar kurang sikit penderitaan dia kan kan... tapi kalau boleh memilih.. kalau boleh pilih agak2 semuanya mesti nak yang lebih kurang cam aku gak kan kan...

accident..

x pernah2 aku accident tetiba ari smalam accident bas plak..

SELASA 2/11/2010
KUALA LUMPUR - Dua bas milik Rapid di sini bertembung dalam satu kejadian berhampiran Chow Kit Road. Mengikut pemandu bas, En Raziman Kasim (bukan nama sebenar), Beliau sempat menekan brek mengejut apabila tiba-tiba sebuah kereta Proton memasuki laluan bas tanpa memberi signal. Dipercayai kereta itu mungkin ingin menurunkan seseorang di tempat kejadian.. Disebabkan brek mengejut En Raziman, seorang pemandu bas rapid di belakang bas En Raziman iaitu En Hamdan Razak (bukan nama sebenar) tidak sempat menekan brek lalu melanggar "buntut" bas En Raziman Kassim..

Kejadian itu menyebabkan "jem" berlaku sekitar 500 km (tipu jer).. Namun kejadian itu tidaklah berapa serius apabila tiada mangsa korban dilaporkan.. penumpang2 di dalam kedua-dua bas hanya cedera ringan pada bahagian kepala akibat hentakan yang kuat. Mengikut seorang mangsa kejadian cik amilina syakira, 23..
"Ketika kejadian itu berlaku saya baru saja lepas bangun dari tidur.. apa yang saya ingat cuma bas berhenti mengejut dan semua penumpang ke hadapan.. selang beberapa saat, terdengar hentaman yang kuat dari bahagian belakang bas.." Seorang lagi mangsa kejadian cik Farahana Borhan. 22 mengucapkan syukur kepada Allah kerana tiada kecederaan parah..dan masih trauma akibat kejadian yang tak disangka-sangka itu..


haha.....hancus aku buat karangan berita..nampak sangat malas bace surat khabar..haha..
tpi seriuosly akibat hentakan yang kuat tu sampai sekarang kowt kepala aku berdenyut-denyut lagi.. kepala macam nak tercabut jer, kalau la boleh kan main cabut2 macam kepala anak patung tu.. seronok pown ade sebab dpt rase new experience..haha..tapi ade sedikit rasa pobia nak naik bas dan duduk kat bahagian belakang dan tido dalam bas..

betul la mangsa2 kejadian tu kata benda2 macam ni sangat2 cepat jer berlaku..sedar x sedar kite dah mengadu sakit jer... takut la tengok akhir2 ni pasal kemalangan bas yang dasyat tu..tapi kalau dah kata ajal, bile2 pown meninggal jugak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...