x pernah2 aku accident tetiba ari smalam accident bas plak..
SELASA 2/11/2010
KUALA LUMPUR - Dua bas milik Rapid di sini bertembung dalam satu kejadian berhampiran Chow Kit Road. Mengikut pemandu bas, En Raziman Kasim (bukan nama sebenar), Beliau sempat menekan brek mengejut apabila tiba-tiba sebuah kereta Proton memasuki laluan bas tanpa memberi signal. Dipercayai kereta itu mungkin ingin menurunkan seseorang di tempat kejadian.. Disebabkan brek mengejut En Raziman, seorang pemandu bas rapid di belakang bas En Raziman iaitu En Hamdan Razak (bukan nama sebenar) tidak sempat menekan brek lalu melanggar "buntut" bas En Raziman Kassim..
Kejadian itu menyebabkan "jem" berlaku sekitar 500 km (tipu jer).. Namun kejadian itu tidaklah berapa serius apabila tiada mangsa korban dilaporkan.. penumpang2 di dalam kedua-dua bas hanya cedera ringan pada bahagian kepala akibat hentakan yang kuat. Mengikut seorang mangsa kejadian cik amilina syakira, 23..
"Ketika kejadian itu berlaku saya baru saja lepas bangun dari tidur.. apa yang saya ingat cuma bas berhenti mengejut dan semua penumpang ke hadapan.. selang beberapa saat, terdengar hentaman yang kuat dari bahagian belakang bas.." Seorang lagi mangsa kejadian cik Farahana Borhan. 22 mengucapkan syukur kepada Allah kerana tiada kecederaan parah..dan masih trauma akibat kejadian yang tak disangka-sangka itu..
haha.....hancus aku buat karangan berita..nampak sangat malas bace surat khabar..haha..
tpi seriuosly akibat hentakan yang kuat tu sampai sekarang kowt kepala aku berdenyut-denyut lagi.. kepala macam nak tercabut jer, kalau la boleh kan main cabut2 macam kepala anak patung tu.. seronok pown ade sebab dpt rase new experience..haha..tapi ade sedikit rasa pobia nak naik bas dan duduk kat bahagian belakang dan tido dalam bas..
betul la mangsa2 kejadian tu kata benda2 macam ni sangat2 cepat jer berlaku..sedar x sedar kite dah mengadu sakit jer... takut la tengok akhir2 ni pasal kemalangan bas yang dasyat tu..tapi kalau dah kata ajal, bile2 pown meninggal jugak..
No comments:
Post a Comment