bulan zulhijjah jugak sinonim dengan musim haji.. berduyun2 orang ramai dari seluruh pelosok dunia bertemu dan berjumpa di tempat yang paling mulia..di tanah haram makkah al mukarramah.. seluruh manusia beramal ibadat dan berusaha menunaikan rukun islam yang kelima itu dengan sebaik mungkin supaya mendapat haji yang mabrur.. di sini tanpa mengenal warna kulit, bangsa dan bahasa semuanya sama sahaja di sisi Allah..
bila tiba hari raya aidiladha atau masyrakat kita senang memangil hari raya haji atau hari raya qurban.. akan selalu kita dengar cerita-cerita atau peristiwa dalam islam yang berkaitan dengan bulan zulhijjah.. Antaranya peristiwa nabi ibrahim dan puteranya nabi ismail mengenai penyembelihan.. dan jugak peristiwa siti hajar berlari-lari di antara kedua bukit bagi mencari air untuk puteranya, nabi ismail yang sinonim dengan perbuatan sa'ie yang menjadi salah satu rukun haji..semua orang mesti tahu cerita2 ni kan? sebab setiap tahun mesti akan keluar tv atau dmasukkan dalam ceramah2..
kalau nak tahu kelebihan bulan zulhijjah boleh menjengah website iluvislam ni :
http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/1141-kelebihan-dan-amalam-zulhijjah.html
jom layan video klip yang selalu famous time musim haji ni..
ni versi yang lama pulak:
p/s: teringin sangat nak jejak kaki kat makkah sana..tengok dalam gambar pon dah terasa sayu dan kagum.. bila la kan nak jejak umah Allah tu..
No comments:
Post a Comment