Tuesday, November 9, 2010
Muhasabah diri : stesen berikutnya..
tu dia tajuk halaqah untuk malam ni.. stesen berikutnya yang dimaksudkan adalah alam barzakh..
macam perjalanan roh dalam lagu menanti di barzakh, nyanyian kumpulan Fareast..
"perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda
sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh
sebelum berangkat ke masyar"
itulah stage2 atau peringkat kehidupan roh dalam kehidupan seorang manusia..
alam rahim bonda kita dah pon lalui, masa kini kita melalui alam dunia..
dan next station kita adalah alam barzakh atau ade juga orang panggil alam kubur sebelum kita dibangkitkan semula untuk menuju alam akhirat atau alam kebangkitan...
cara kematian kita bergantung kepada cara kehidupan kita
cara kita di alam akhirat ditentukan oleh cara kita di alam barzakh..
kalau lepas segala soalan yang ditanya mungkar nakir..
maka selamatlah untuk kehidupan akhirat..
jadi bagaimana caranya untuk mengelak fitnah(seksa/azab) kubur?
Dengan cara menambah amalan2 kita di stesen dunia ni..
Kerana bukan mulut kita yang berbicara di sana
tetapi amalan2 kita yang akan menjawab...
jadikanlah prinsip "berbuat amal kebajikan seolah-olah kita akan mati esok hari" sebagai pegangan...
semoga segala amalan kita diterima Allah... Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment