Saturday, November 13, 2010

harapan dan kesungguhan..

itu yang aku belajar dalam cerita hindustan pilihan ari ni..kita sangat perlukan harapan dan kesungguhan dalam hidup ni... ini yang vaadharaha (i promise) cuba sampaikan... sape tengok citer ni?? bez kan??

pasal seorang doktor pakar jantung yang menemui kemalangan sehingga menyebabkan dia mengalami lumpuh dari paras leher dan ke bawah.. Tajaan penyelidikan dia ditarik balik, kekasihnya tinggalkan dia sebabkan dia rasa hidup die dah tak bermakna.. sebelum kemalangan tu, dia sangat menghargai setiap nyawa pesakitnya dan bagi harapan pada pesakitnya supaya dapat hidup.. dan dia ingin mengkaji mengenai kanser sumsum tulang.. katanya..selepas penyelidikan dia selesai dan berjaya menemui penawarnya, tiada ibubapa yang akan menangis kerana anak yang mengidap kanser sumsum tulang...


dekat dalam hospital tempat dr duke ni, ada seorang budak, namanya Roshan.. dia la yang akhirnya mengubah dr duke dari seorang yang putus harapan menjadi seorang yang berharap untuk terus hidup.. kata roshan dia hanya menemani kakaknya roshni yang mengidap kanser sumsum tulang di hospital tu dan katanya lagi hospital ni tak akan berfungsi tanpa dia..dia boleh ubah segalanya.. dia selalu masuk ke bilik dr duke dan bercerita suasana di luar tingkap...


akhirnya, mase last2 tu akhirnya baru dr duke tahu sebenarnya roshan yang mengidap penyakit kanser sumsum tulang dan sume ceritanya dari luar tingkap hanya rekaan semata-mata, cerita2 motivasi yang membuatkan dr duke ingin melihat sendiri melalui tingkapnya.. roshan meninggal dunia sebelum sempat dr duke temu penawar kanser...

bagus kan jalan citer die...last2 yang aku suka ada satu dialog yang dr duke cakap " senyum, harapan untuk orang lain dan memaapkan..itu yang aku belajar dari roshan" .... budak sekecil itu pun tahu menghargai nyawa, belajar memahami resam dunia dan paling dramatis sekali memberi harapan hidup pada orang lain...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...