Tuesday, July 7, 2015

kepercayaan

salam Ramadhan ke 20..

terasa ramadhan kali ini sangat2 cepat berlalu.. sekejap sudah masuk 20 hari.. minggu depan jumaat dah pun raya... huhu..

terasa nak berceloteh pasal kepercayaan.. sebab tengok cerita korea semalam. tajuk dia 'Hello Monster'.. antara genre yang menarik perhatian. tiba2 sedih bila ayah dia macam tak percaya dengan anak sendiri. dan terus buat keputusan anak dia monster dan kurung bawah tanah. sebabnya anak dia lain dari lain, bijak.. paham.. perasaan seorang bapa yg risaukan masa depan anak dia..tapi tak patut sampai dengar cakap orang lain dan tak percaya anak sendiri..

bayangkan perasaan anak kecik tu.bila ayah sendiri buat pandangan tak percaya, takut dan kasihan dalam masa yg sama.. orang luar atau orang lain yang pandang begitu mungkin boleh terima lagi, tapi orang yg rapat dengan kita, orang yg kita sayang.. huuu.. terasa...

kepercayaaan mungkin sesuatu yg bukan mudah untuk diberi atau payah untuk didapatkan.mungkin nilainya tinggi bagi sesetengah orang. tapi dalam kes penipuan, ramai yg terjebak disebabkan sifat percaya jugak.. jadi kesimpulannya kepercayaan harus diletakkan berpada2.. kena pada tempatnya..

mungkin ada kriteria2 tertentu sebelum kita buat keputusan untuk letakkan kepercayaan pada seseorang. bergantung pada individu masing2 untuk menilai

Saturday, June 27, 2015

lagu: kemuliaan ramadhan

Kemuliaan Ramadhan

# Ramadhan bulan ibadah 
bulan kerahmatan dan keampunan 
para malaikat merendahkan sayap 
untuk menghitung pahala berganda

ramadhan bulan berpuasa 
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu 
mengawal indera

*Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

**bersyukurlah pada rahmat-Nya 
(Ya ramadhan)
dikurnia bulan yang mulia (ya ramadhan)
beruntunglah bagi mereka yang 
mendapat keredhaan-Nya(ya ramadhan)
tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan 
10 akhir ramadhan 
dikurniakan lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan

ulang #
ulang *
ulang**

Thursday, May 21, 2015

motivasi : kita hamba

assalamualaikum..

kadang kita sering lupa bahawa diri kita tidak lebih sekadar hanya hamba Allah. kadang sikap ego seringkali datang tanpa diundang. Tanpa sedar kita riak, berlaku takbur dengan kata2 kita atau dalam perlakuan seharian..

Walau sehebat mana pun kita di dunia ini, jangan lupa Allah lebih hebat..

Walau besar mana pangkat kita di dunia, jangan lupa Allah maha Besar..

Dunia ini hanya sandaran. Untuk kita merebut seberapa banyak yang boleh pahala. Dunia ini tak lain tak bukan untuh meraih keredhaan Allah semata2. Moga di akhirat sana kita kan beroleh syurgaNya..

hamba tidak memiliki dan hanya pemilik Allah..segalanya milik Allah. kita hanya peminjam sementara, berkelana di atas bumiNya. Sampai masa, semuanya akan dipulangkan pada yang selayaknya. kita juga akhirnya akan pulang pada pencipta kita..

bukan mudah untuk mendidik jiwa hamba.......

Saturday, May 2, 2015

some notes

everything does for reason. kadang kita tak tahu sebab disebalik tindakan seseorang tapi pastinya ada sebab kukuh kenapa dia buat begitu dan begini. dan setiap yang berlaku ada hikmahnya. kita mungkin tahu dan faham selepas kita teliti semula setiap kejadian yang berlaku. dan kita akan bersyukur dengan setiap kejadian dan hikmah yang Allah titipkan untuk kita..

sometimes, life is out of our control. kita hanya berhak merancang, tetapi Allah jualah yang berhak menentukan. kadang bila apa yang kita nakkan berlaku tak seperti yang kita harapkan, kita belajar kita hanya hambaNya yang lemah. Allah dah tetapkan takdir buat setiap hambaNya. kita belajar untuk berdoa dan berharap.

sometime we forget about choices. life actually all about choice. pilihan sentiasa ada. tinggal kita kadang yang degil atau tak nampak jalan lain, hanya berpegang pada satu jalan. kita ada pilihan untuk patah balik, jalan terus atau pilih simpang lain. mungkin bila kita pandang sesuatu dari sudut yang berbeza kita akan nampak pilihan lain tu.

as long as we know what we actually wants in this life, there is always route for us to get what we want. kita mungkin tak nampak apa yang akan berlaku di hadapan kita, tapi life is always move on.. nak tak nak kita akan tetap lalui hari2 mendatang. #positivemodeon

bahagia sebenarnya bukan untuk dicari, tapi ia ada dalam diri kita. merasa cukup dan bersyukur juga bahagia. apa yang kita ada itulah bahagia kita sebenarnya. terpulang kerana bagi aku bahagia juga subjektif sifatnya.

fitrah manusia adalah kembali ke asal kejadian. Allah ciptakan setiap sesuatu ada sebab dan fungsinya tersendiri. setiap dari kita pastinya akan kembali kepada pencipta kita. di pertengahan jalan mungkin kita tersimpang dari jalan yang sepatutnya tetapi naluri kita akan sentiasa berbisik mengenai fitrah kita.

jangan mengaku kalah sebelum bermula. hidup ini penuh dengan uncertainty..kita tak akan tahu apa yang bakal terjadi. teori hanya teori. 50% betul. 50% salah. jadi jangan letakkan hidup kita atau orang lain hanya pada teori semata. mencuba lebih baik dari tidak mencuba langsung.#moretodirisendiri #sissentap

cukuplah dulu. mood lepas habis baca novel kelabu. orang semua dah lama habis baca, aku baru je cari dan baca buku ni. walaupun di pertengahan cerita terasa tertipu sangat dengan penulisnya, tapi tetap jugak gagah menghabiskan sehingga ke mukasurat terakhir.
#superb #nadiakhan #kelabu

Sunday, April 19, 2015

motivasi : mengharap syurgaNya

bila kita sedar diri kita seorang pendosa, langkah wajib seterusnya kita mesti bertaubat. Taubat nasuha, taubat yang sebenar-benarnya. bukan taubat namanya jika masih melakukan dosa. Namun Allah maha pengampun, meski berapa kali kita tersungkur, bertaubat kemudian mengulangi dosa, kemudian bertaubat kembali, Allah tetap menerima taubat kita. Dengan niat, kita ikhlas bertaubat kerana Allah.

Namun cuba bayangkan selepas kita berbuat dosa dan tidak sempat bertaubat untuk kali yang tak terhitung bilangannya, nyawa kita ditarik Allah. Astaghfirullah.. kita meninggal dalam keadaan berdosa. Minta2 kita semua dijauhkan dari keadaan yang begitu.

Allah maha penerima taubat. tinggal hambaNya sahaja yang gagal bertaubat. Dengan rasa bertaubat, kita sentiasa mengharapkan Allah mengampuni dosa2 kita. kita mengharap Allah mendengar permohonan taubat kita. Kita sungguh2 buat segala amal ibadat. semuanya untuk diri kita juga. bukan untuk orang lain. segala amal ibadah kita pahalanya kita sendiri yang akan dapat.

sebenarnya tidak cukup segala amal ibadah kita walau kita hidup seribu tahun pun. kalau bukan kerana mengharapkan kasih sayang Allah dan syafaat dari Rasulullah s.a.w.. tetapi sebagai hambaNya yang lemah, sepatutnya kita persembahkan yang terbaik, bekalan yang terbanyak yang mana kita mampu, selebihnya rasa berharap pada Allah. Dengan rahmat dan kasih sayangnya moga kita semua termasuk di kalangan orang yang dijanjikan syurgaNya..

motivasi : ampuni dosa-dosaku

sungguh bila direnung kembali kita seringkali melakukan dosa. samaada kita sedar atau tidak atau samaada yang nyata atau yang tersembunyi. dengan ilmu kita kadang baru tersedar selama ini kita jahil. jahil untuk mengambil tahu sesuatu hukum. padahal ilmu itu yang wajib dituntut kerana melibatkan dosa dan pahala.

Allah. kita semua pendosa. meski kadang kita tahu kita hamba yang berdosa, kita masih tegar melakukan dosa tersebut. barangkali bila nafsu lebih mengatasi iman. bukan kita tidak tahu hukumnya berdosa. bukan kita tidak tahu Allah tengah memerhati kita. bukan kita tidak tahu semua amalan kita dicatat oleh malaikatNya.

Allah. banyaknya dosa hambaMu ini, tetapi seringkali tewas dengan dugaanMu. bantulah hambaMu ini, berikan petunjuk, kekuatan dan inayah. Moga aku menjadi hambaMu yang sentiasa dalam rahmat dan keberkatanMu selalu.

Hari baru. permulaan baru, pastinya dengan azam dan semangat yang baru. bukan untuk mengulangi dosa semalam. peluang yang Allah berikan selayaknya digunakan untuk menjadi hambaNya yang lebih baik.

Hati yang berbolak balik ini ya Allah, tetapkanlah. pada agamaMu. pada jalanMu. Ampuni dosa-dosaku. sesungguhnya hanya Engkau yang maha pengampun, lagi maha pengasih dan penyayang..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...