Sunday, April 11, 2010

peperiksaan memasuki perkhidmatan awam gred 41

dah kira masuk semalam la kiranya 10 mei 2010, tarikh aku dipanggil exam memasuki perkhidmatan awam gred 41, bertempat di smk bukit bandaraya...memang pergi x pikir apa, nak siapkan cepat nak balik..sebelom tu selasa sampai jumaat keje, kuar awal pagi, balik malam.. penat..kira catat rekod sbb dah lama x keje lebih dr 3 hari..

beli jer ebook exam ptd tu..ingat sempat nak studi sikit2..tapi blik2 jer tido, biler masa pulak nak menatap ebook tu..tp x pe la, boleh digunakan jugak kalau kene panggil exam lagi nanti.. tp pagi semalam liat betol nak bangun..ye la tengah ujan lebat, sedap betol kalau berselimut..ini terpaksa jugak bangun..terpikir gak x nak pergi, tp rugi pulak pikir..bukan selalu kene panggil..

tapi alhamdulillah..boleh la aku buat dengan baik..cuma seksyen 2-matematik tak sempat nak kira..jadi memang main hitamkan je la mana yang x sempat..yg seksyen 3 pulak terlebih2 masa..20 minit lg nak abis aku dah siap..soalan esei pulak rasenya dua2 soalan aku pilih yg tanya pendapat..esei bm pasal semangat patriotik di kalangan generasi masa kini yang dikatakan kurang semangat patriotik..esei bi pulak pasal kesan2 buruk laman web sosial terhadap pengguna..lama rasenya tak menulis esei..tp masa tulis esei bm tu punye laju gak aku tulis, idea mencurah2, penuh semangat patriotik jugak aku tulis kot..cam tak caya pulak..tp esei bi nak bg penuh 1 muka surat punye lama..hehehe...

kalau lepas periksa ni, kene panggil pac pulak..ni yg paling risau..harap2 lepas la exam tu..amin..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...