unik plak tajuk halaqah semalam, ape sebenarnya yang dmaksudkan dgn
852 hari? rupa-rupanya itulah masa yang diambil oleh Khalifah Umar Abdul Aziz
untuk membangunkan negara islam pada zaman kegemilangan Umaiyah.
Dikatakan dalam tempoh lebih kurang 2 tahun lebih, khalifah telah
membawa islam bangkit semula selepas zaman kejatuhan khalifah Al-Rasyidin yang ke-4
iaitu Khalifah Ali bin Abi Thalib
Khalifah Umar Abdul Aziz adalah cucu kepada khalifah islam kedua iaitu
khalifah Umar Al Khattab yang terkenal dengan pemerintahan yang sangat adil.
Di zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dikatakan para amil berkeliaran
untuk mencari siapa yang layak untuk menerima zakat fitrah kerana ekonomi yang
sangat bagus sehinggakan tiada rakyat yang hidup dalam kemiskinan.
Khalifah Umar, begitu terkenal sehingga sekarang disebabkan gaya kepimpinan beliau.
sehinggakan diiktiraf oleh seluruh dunia sebagai seorang pemimpin yang agung,
yang harus dicontohi dan dipraktikkan ke dalam corak pemerintahan mana2 negara islam.
mengikut kata penceramah semalam, dr...(x ingat nama dia), cara apa yang digunakan oleh khalifah adalah terbalik
dari pemerintahan orang2 biasa, mind lebih kecil dari result menjadikan pemikiran
lebih terfokus pada satu sahaja iaitu dengan menjadikan Allah sentiasa bersama kita
dalam setiap tindakan yang kita lakukan. bukan hanya ketika kita susah, atau
hendak membuat sesuatu pilihan saja kita bersolat istiharah.. dengan bersangka baik pada Allah
dalam setiap perbuatan, akan menghasilkan hati yang tenang dan fizikal yang bahagia.
jadi langkah pertama kita untuk sekurang-kurangnya menjadi pemimpin pada diri sendiri
adalah melalui SOLAT.. anggaplah solat sebagai dating kita dengan kekasih kita (ALLAH).
jadi biasanya kalau kita nak berdating, mesti nak cantik2, cakap lemah lembut,
cerita segala-galanya pada kekasih kita, x nak terlambat.. macam tu la
juga kita boleh aplikasikan pada solat kita,seolah-olah kita x sabar untuk berjumpa dengan
kekasih kita, mengadu segala-galanya, dan selalu rindu untuk berjumpa lagi..
insyaAllah...
No comments:
Post a Comment