Sunday, March 6, 2011

hukum karma

hukum karma - baik dibalas baik, jahat dibalas jahat..sekarang kat atas mukabumi, sementara orang tu masih hidup lagi dah ditunjukkan balasan...jadi ingatlah jangan sesekali kita berbuat kejahatan pada orang lain.. jangan simpan perasaan dendam, perasaan iri hati dalam diri..kelak ia akan membusukkan dan membutakan mata hati kita, menghilangkan kewarasan fikiran dan sifat berbelas kasihan sesama insan... x kemana rasa dendam tu, semuanya bisikan syaitan..sumpah seumur hidup kita x akan senang bile kita ada sifat2 mazmumah macam ni!.. 



ingat juga kita hidup secara bermasyarakat, tolong menolong antara satu sama lain..buat kebaikan selagi kita dikurniakan kesihatan yang sihat, rezeki yang banyak..selagi kita berdaya untuk membantu orang lain..kerana itulah amal jariah kita..itulah bekalan saham akhirat kita...insyaAllah Allah akan sentiasa bersama kita.. Allah akan mencukupkan rezeki kita walau sesusah mana pon kita asal kita sentiasa bersyukur dan membantu orang yang memerlukan....



tapi ingatlah bukan semua kebaikan kita akan dibalas kebaikan...bukan semua yang kita lakukan akan dapat pulangan yang kita inginkan..kalau kebaikan kita dibalas dengan kejahatan, anggaplah itu sebagai ujian Allah pada kita, ujian untuk kuatkan ketaatan dan keimanan kita padaNya...



semoga kita sama2 sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Allah s.w.t, dikurniakan dengan sifat2 mahmudah dan dijauhkan dari sifat2 mazmumah...amin..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...