kawan, teman dan sahabat..
dan seistilah yang seumpamanya.........................
kadang banyak buat aku terpikir mengenai mereka2 ini...adakah aku seorang kawan yang baik?
aku cuba yang terbaik untuk menjadi kawan yang baik....
rindu pada sesiapa yang pernah menjadi kawan aku..
..kawan sepermainan masa kecik, kawan zaman tadika sampailah kawan zaman universiti
membawa kepada kawan2 tempat kerja...kawan mengaji, kawan sama2 ponteng kelas,
kawan yang sama2 bergelak ketawa..kawan yang aku menangis kerananya....
ramai yang bergelar kawan sepanjang hidup aku..
terima kasih kawan2!...hidup aku berseri dengan kehadiran kawan2...
yang bergelar sahabat pula pada tafsiran aku masih bersama2 aku dari seawal pekenalan sehinggalah sekarang...ade beberapa orang yang masih setia susah senang dengan aku, yang masih berhubung walau adakalanya masa membataskan..yang masih lagi sibuk bergosip2 dan mengambil tahu khabar.. terima kasih sahabat2 ku..korang semua telah buatkan hidupku sangat bermakna!
kawan yang datang dan kemudiannya pergi...
hilang tanpa khabar berita, terus senyap, diam membisu..
walau dulu pernah berkongsi cerita, berkongsi rasa....
terima kasih juga atas kenangan indah itu!...
p/s: maapkan aku kalau aku bukan kawan, teman dan sahabat yang baik.. andai kamu2 pernah terluka dan pernah menyimpan sakit hati padaku..seikhlasnya aku mintak maap..
No comments:
Post a Comment