Saturday, January 22, 2011

muhasabah cinta

nak kongsi lagu ni la..suka sangat ngan vokal vokalis kumpulan ni.. tenang jer dengar.. lagu ni dlu adik yang suka dengar sampai melekat kat aku plak..lagu muhasabah cinta dr kumpulan ed'coustic..

update

hahaha...baru lepas menguntingkan rambut emak menjadi seperti cendawan... hehe...tu la paksa lagi kaklong.. dah ckp x reti nak mggunting rambut org ni....

yeah..blog ni dah bsalin kulit lg sekali..kali ni aku suka sangat!.. walaupun simple je dr template simple tp kene dgn jiwa aku... yg atas gamba2 tu sbenarnya nak buat slideshow, pastu pandai sangat kan..x jadi.. last2 mcm tu je la jadinya...hehe...

contract keje sekarang ni dah nak abis tengah blan 2 ni..tp en faizal kata mgkin team aku dperlukan sampai blan 6..kene sambung buat validate CUR.. x thu la nk continue ke x, sbb still under agency.. smalam plak baru je p first interview ngan 7eleven untuk jawatan admin assistant.. ade plak test menaip ngan powerpoint..hehe.. blum confirm ape2 lg la..so, skrg go on keje mcm biase dlu ye..

bru2 ni aku dpt email dr reader's digest..kata aku selected to win rm 200k.. entah leh caye ke x memula tu.. pastu die suruh tunggu lg email dia... dah dpt pown email, pastu die anta kat umah cheque ngn kunci kete.. sampel je la.. then sruh anta balik untuk masuk praduan super contest untuk mng rm220k... pastu p la melawat website dia...ade gak la nampak contest tu dan dah ada pown pemenang untuk 2009.. thun lepas bln 3 die nyer ceremony untuk pemenang.. mcm x caya jer kalau la aku menang!... harap2 la ye dengan berkat doa emak abah... kalau menang...syukur alhamdulillah sgt2... bukan senang dpt duit gedebuk mcm tu percuma jer!..mmg murah rezeki kalau dpt...mcm2 benda leh buat kan...hehe....


Thursday, January 20, 2011

motivasi: solat dan berwudhuk..

tahu x seseorang itu belum dikatakan mendirikan solat bilamana dia bersolat menurut kafiyatnya (tatacara), tetapi kosong dari makna solatnya..yakni tidak memiliki jiwa..(mengungkap solat rahsia para nabi, Ust Shamudin Noor, pg 134)..Allah memerintahkan kita mendirikan solat bukan mengerjakan solat..

jadi bagaimana yang dikatakan mendirikan solat? mendirikan solat bermaksud memelihara waktu-waktunya, menyempurnakan wudhuknya, dam sempurna dalam berdiri, rukuk, i'tidal, sujud, duduk antara dua sujud, duduk tasyahud, dan sempurna dalam zikir, doa, khusyuk, kehadiran hati, sempurna takut, dan sempurna pula dalam adab-adabnya.. itu dia, maksudnya disini sesempurna mungkin mengikut rukun dan tertib dengan kehadiran hati.. baru boleh dikatakan mendirikan solat..

nampak mudah je kan orang bersolat? kalau orang laen pandang nampak macam perbuatan dan perkataan.. tapi yang x nampaknya hati orang yang mengerjakan solat itu... adakah hatinya pada Allah, atau hati dan akalnya menerawang memikirkan hal dunia.. khusyuk..sangat susah untuk mencapai khusyuk ni..


nak kupas sikit pasal wudhuk.. termasuk dalam maksud mendirikan solat tadi..'menyempurnakan wudhuknya'. nak katakan disini pentingnya wudhuk yang sempurna adalah asas kepada mendirikan solat yang sempurna... betapa pentingnya berwudhuk atau membersihkan diri sebelum mengadap pencipta kita.. 
sehinggakan kalau tiada air, diwajibkan bertayammum... wudhuk antara syarat2 yang perlu sebelum mendirikan solat.. wajib kita berada dalam keadaan bersih dan suci, termasuklah diri, pakaian dan tempat solat kita..


jadi sama-samalah kita cuba menyelami erti mendirikan solat yang sebenar dan menyempurnakan wudhuk kita.. moga kita sama-sama termasuk dalam rahmat dan keberkatan Allah..insyaAllah..amin..


motivasi: solat dan neraka wail..

inilah nama neraka yang dikhususkan untuk mereka yang bersembahyang.. yang bersolat (fardhu) tetapi lalai dalam mengerjakannya.. maksud lalai dalam mengerjakan solat fardhu di sini termasuklah melambat-lambatkan menunaikan solat fardhu dan tidak khusuk dalam melakukan ibadat solat...


Maka Wail lah (balasannya) bagi orang yang sembahyang.” 
 (Surah Al Ma’un, ayat 4)

“Iaitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menunaikan sembahyang.” 
(Al ma’un : ayat 5)



kita semua sedia maklum betapa pentingnya solat dalam kehidupan seorang muslim.. ini satu-satunya ibadah yang Allah sangat mengambil berat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang2 yang khusuk (ayat 45 surah al baqarah)..

bagi orang yang bersolat juga disediakan neraka khusus..bagaimana pula untuk mereka2 yang langsung tidak mengerjakan solat? masyaAllah..hanya Allah yang lebih mengetahui.. ini  jugak menunjukkan pentingnya solat di awal waktu dan mengerjakannya dalam keadaan yang penuh khusyuk....dan Allah juga memberi hikmah yang baik pada mereka yang bersegera dalam solat..

moga motivasi ini memberi kita semua semangat untuk terus mengerjakan ibadah solat di awal waktu dan tidak melengah-lengahkan solat.. insyaAllah..

bahagia yang kucari...

alasan belum bersedia belum mampu untuk menutup rasa hati ini..itu bukan alasan yang benar.. yang benar hanya Allah lebih mengetahui.. namun usia makin meningkat..bukan makin menyusut..yang menyusut mungkin rupa..? 

bukan tidak mengimpikan keluarga yang bahagia..malahan rasanya itu impian setiap insan yang punya rasa hati, yang ingin punya rasa bahagia, yang ingin rasa disayangi, yang ingin rasa menyayangi... tapi... hati ni sangat tak mempu untuk menerima sesiapa.. x bersedia dengan komitemen mgkin jugalah penyebab..tapi yang sebenar-benarnya hati ini sudah terpaut hanya pada yang satu.. selagi 'dia' x dipunyai oleh sesiapa yang bergelar isteri.. selagi itulah x mampu untuk melupakan 'dia'...mungkin ker? 

dah cuba untuk lupakan..untuk tidak mengingat... tapi kenapa 'dia' bertandang dalam mimpi? membuat hati rasa berbunga-bunga.. membuatkan hari esoknya terasa begitu indah... sedarlah!... 'dia' bukan masa depanku.. terasa bergetar juga bile kawan2 rapat sudah berjaya mencari erti bahagia sendiri... alhamdulillah buat mereka...

bukan tiada yang sudi, tetapi seperti yang kukatakan tidak bersedia.. sekaligus menutup rapat hatiku dan tidak memberikan peluang untuk aku menerima... entahla..mgkin belum ada sesiapa yang berjaya menyentuh hatiku dengan keikhlasannya..mungkin...

Sunday, January 2, 2011

sihir/pukau/santau rawatan cara islam...

masyarakat melayu cukup sinonim dengan aktiviti2 di atas... sihir/pukau/santau dan yang seumpamanya.. yang tukang membuat dan yang kene buat kebanyakkannya orang melayu.. macam santau banyak lagi pecahan dia.. belum masuk saka..lagi pelbagai jenis.. 

mintak dijauhkanlah, simpang 44 orang kata dari menggunakan khidmat bomoh atau terkene buatan orang.. atau terlibat dalam benda2 canggini.. sangat kasihan dan menyedihkan sebenarnya.. tapi itulah yang ada dalam masyarakat melayu.. sampaikan orang2 bandar pown masih menggunakan khidmat bomoh dengan macam2 alasan dan sebab... orang kampung yang tradisional jangan kata la...memang taksub gile dengan benda2 camni..

bukan leh caya sangat bomoh ni kan... sampai ade kes2 kene rogol ngan bomoh, bomoh yang gunakan hantu/jin, guna jampi serapah pakai kemenyan sume, pakai sebut je mentera2..kalau x pakai ayat al-Quran sah bomoh x leh pakai.. pakai kemenyan dah sah2 pakai khidmat jin.. 

k...sebenarnya nak berkongsi rawatan cara islam untuk merawat sihir/pukai/santau dan seumpamanya.. biasa dengar darussyifa' kan? tuan guru dato' dr harun din? ramai la yang datang berubat dan cawangan kliniknya ada hampir satu malaysia..lagi satu yang baru jer aku dapat tahu.. sinar zamdurrani.. ni website dia..http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/...


insyaAllah..segala penyakit ade ubatnya.. keberkesanan rawatan hanya dengan bantuan Allah.. kepulihan penyakit sebenarnya ada dalam diri pesakit.. sentiasa basahkan lidah dengan zikrullah.. dekatkan diri dengan Allah...insyaAllah..tiada yang mustahil..


02-januari-2011

kemalasan melanda sejak akhir2 ini.. malas sekali untuk menulis padahal sebenarnya banyak benda nak cerita.. huhu....

ari ni dah 2 aribulan 1 la untuk tahun 2011... ahlan wa sahlan tahun baru 2011, 2010 kini dalam kenangan.. harap2 2011 ni nanti akan lebih baik dari tahun sebelum ni.. murah rezeki dari segi kerjaya, murah rezeki dalam kesihatan, murah rezeki dalam bersedekah... segalanyala lebih baik.. aminnn..... kalau tanya apa azam baru tahun ni, x de azam lain kowt kecuali untuk jadi manusia/insan yang lebih baik... azam yang tahun2 lepas punye pown x tercapai-capai kan...x nak dah buat azam baru... 


besok dah start balik sesi persekolahan... dan rumah pown kembali sunyi...tinggal kami berempat balik.. bile sorang2 adik2 aku balik semula tempat masing2.. acit dah g balik sarawak pagi jumaat ritu, ijah pagi ni balik pulau pinang.. angah malam ni balik klang..  bile abah ngan aku g keje, farah g sekolah, tinggallah balik emak sesorang.. aku pown dah x yah tido bawah lagi.. tunggu la acit cuti sem nanti baru leh gather balik... itupown x tahu dia balik ke x....


keje pulak, maybe sampai next month je.. dah sambung kontrak ritu 3 bulan lagi.. tapi kali ni maybe x dapat sambung lagi..sebab project LEVU tu pown dah nak selesai dah.. january ni on live..jadi dari sekarang kene jugak mencarik2 keje baru... tahun lepas, sempat gak merasa sebulan menganggur.. tahun ni harap2 dapat keje permanent la... baru leh buat pinjaman, baru leh beli kereta.. baru leh merancang benda2 lain lagi..










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...