Saturday, December 31, 2011

terima kasih asia media tv =p

assalamualaikum..



thanks asia media tv!!.. menang jugak Garnier SMS Contest ni.. tahu resultnye ari tu 21 aribulan.. baru ari rabu ari tu adik aku angah tolong ambikkan.. thanks jugak angah!! =p... ye la, baru je keje takkan nak mintak cuti..semata-mata nak amik hadiah tu kat puchong..jauh tau..

baru kali pertama menang hadiah!!..hehehe.. sebelum ni pown ade dapat jugak free ticket dari asia media.. tiket untuk cerita aku bukan tomboy..dah selamat tengok pown kat klcc dengan adik aku.. asia media banyak tau buat contest..free2 jer sape kalau nak hadiah boleh dapat.. so, boleh like page diorang yek kat 
https://www.facebook.com/ASIAMEDIATV (tolong promote sikit=p)..


ni diaaa produk2 yang aku dapat..

ade satu lagi, whitening mask angah dah tolong rasmikan dulu.. light oil control, gentle clarifying foam, intensive brightening scrub, milky lightening dew,brightening eye roll-on dan whiten & even moisturizing cream..bez22=p...dapat barang percuma.. kalau beli kat luar semua barang ni mau lebih rm50.. 

lepas ni pakai semua satu set produk ni, agak2 boleh dapat kulit cantik, mulus dan berseri macam lisa surihani x?... hahaha...


2012 semakin menghampiri..

assalamuailaikum...

hari ni hari terakhir 2011..31.11.2011.......erm, esok dah 1.1.2012....cepat je setahun dah habis.. ok, SELAMAT TAHUN BARU 2012.. SELAMAT TINGGAL 2011...

untuk tidak melupakan apa yang berlaku sepanjang 2011 ni, baik aku mencoretkan serba sedikit peristiwa2 pahit manis sepanjang tahun ni..=p

pertamanya alhamdulillah, bersyukur masih diberi nyawa sehingga umur 24 tahun sudah.. tapi esok masihkah ada untuk aku?.. kerna kematian tidak tahu bila tika dan saatnya..ok, tahun ni alhamdulillah, sama je macam tahun2 lepas tapi alhamdulillah rezeki mencurah-curah di penghujung tahun...

#1 kerja : habis kontrak dengan cimb group..stahun kerja kat sana dari bulan 8 2010 sampai bulan 8  tahun ni.. alhamdulillah, banyak benda baru yang aku belajar.. banyak kenangan dengan ayien dengan banu kat level 20 tu.. dengan superior en faizal, kok yee, melissa dan jason.. yang pahit biarlah disimpan dalam hati.. sebab bersangkut-paut dengan orang lain kan...ada hati yang perlu dijaga..yang manis ada lah beberapa.. kenangan time en faizal belanja makan ramai2 kat kenny rogers, kenangan berbuka puasa dengan geng2 level 20 (ni yang paling bez rasenye).. kenangan time kene g surau reramai tu (time nuzul quraan x silap).. kenangan kitorang bertiga turun dept CCO yang sangat warm welcoming kitorang.. dept SPICK level 7 yang paling sangat2 x boleh lupa..handle dept ni dengan banu dua orang... stress setiap hari.. hahaha... pergi cimb kat pj tu..rindu sangat2 time kitorang bertiga menghabiskan masa bersembang2 di pantri, kadang2 sembang ngan pak guard dan mak guard yang baik2... surau pulak besar, kadang2 aku sorang jer la curi2 masa tido sekejap kat sana..rindu time lunch kat mesra, kampung dan kadang2 kat tenpat2 lain.. kat ali cafe, kat kedai thai dan korea... bez2....   lepas tu 3 bulan aku menganggur dan alhamdulillah baru jer memulakan kerja kat osk investment bank.. harap2 dapat permanent nanti...


#2 family : banyak sangat kenangan manis sebenarnya..bila dapat bersama2 keluarga rasanya itulah saat yang paling bermakna dalam hidup.. every moment mungkin tidak akan dapat diulang lagi. kalau dapat diulang pon, rasa yang dulu mesti tak sama dengan rasa yang sekarang.. jadi hargailah setiap best moment yang tercipta kan.... kenangan pergi putrajaya masa chinese new year, g tasik titiwangsa baru2 ni, lepas tu angah g bawak makan kat kampung baru.. g kulai jaya naek train for ikin's wedding.. g senggarang bulan 10 ari tu untuk wedding anak saudara abah.. muka pakusu abah tu (kira toksu kita la) sebijik macam abah.. lepas tu singgah balik tangkak..kene tahan pastu kena saman..hahaha... g makan kat luar reramai.. raya tahun ni kat umah atok lamah, seronok dapat solat malam raya tu adik beradik..dengan dapat kumpul dan bejumpa sedara mara.. haa... dapat g MAHA (ni kenangan paling bez).. sebab kitorang 5 beradik dapat keluar sesama...


#3 kawan2 : erm... latest dapat jumpa balik la kawan2 time kat uitm mase majlis rumah mila kat melaka.. seronok la jugak walaupun penat.. seminggu lepas tu g pontian pulak untuk wedding nazrin.. yang datang aku ngan una jer.. selamat aku angkut adik aku, ade lah jugak kawan kan...tapi bez time pagi tu, dapat duduk kat tepi laut, walaupun sekejap jer.. masa g perlis dengan ana (ni kenangan paling indah).. rasanya yang paling bez moment tengok matahari terbenam tu kat tepi laut.. jalan2 kat tepi jeti perlis, g menara alor setar.. kenangan masa q wedding haizi pown bez dengan mizah, mau dan nani.. g jogging setiap sabtu dengan ana (sekarang dah malas..hahaha).. bercerita-cerita dengan ana..kadang2 petang g metropolitan jogging sekali dengan mizah.. selalu keluar bertiga dengan nani dan mau jer.. g pesta buku dengan wirda dan adik aku..kelakar jadinya bila aku ngan wirda yang dua2 kaki novel ni bile time pesta buku.. 


alhamdulillah.. aku memang tunggu kehadiran 2012..macam2 yang baik akan terjadi insyaAllah.. 





Sunday, December 25, 2011

laporan kerja - 1

assalamualaikum dan salam hari ahad =)

ini dia laporan pertama untuk kerja baru.. hehehe... alhamdulillah, lepas 3 hari kerja kat sana, rasenye macam 'i feel good'... ok la, suam2 kuku lagi rasenya..ye la baru je 3 hari kerja..selamat ade geng.. thanks iezy!!.. dia la geng yang bagitau ada jawatan kosong kat sana, dia lah geng untuk beberapa tahun sebagai rakan sekerja.. dan isnyaAllah sahabat dunia akhirat... takde lah rasa kesunyian sangat sebab ada geng.. 

aku ditempatkan di Group IT department. Unit IT Security..kita ade 3 orang..Ewilly dan miss Ang.. iezy unit helpdesk.. Ewilly ni baik sangat, sangat membantu..miss Ang pulak macam diam sikit..tapi baru jer kenal beberapa hari, x boleh nak judge people just like that kan.. Floor ni ade macam 2 bahagian. 1 bahagian untuk develop system..1 bahagian lagi kira macam support la.. aku masuk kategori support.. so, orang melayu perempuan hanya 4 orang termasuk aku..orang lelaki melayu banyak jugaklah tapi tak terlawan dengan orang cina la... kebanyakkan yang pangkat2 atas sikit sumenya cina.. India rasanya golongan minoriti..seingat aku ade sorang je staff india kat floor tu... 

ok..difahamkan kerja aku macam senang tapi macam susah jugak.. haih!!..(cakap berbelit-belit)..=)
hakikatnya dari pandangan kasar nampak macam senang, tapi bila dah masuk dalam lagi, nampak macam susah..kejenya cuma maintain IT security..tapi system yang nak kene jaga banyakkk!!.. banyak sangat kowt!!.. sume system kite kene master sebab kite je lah unit yang bertanggungjawab untuk create ID, delete ID, reset password, disable ID and reactivation.. sumenya dikaitkan dengan ID.. bila main dengan system, tak jadi masalah sangat rasanya pada aku..tapi setiap application system berbeza.. tahap complexity dan juga tahap ke"critical" nye... 

erm setakat 3 hari ini aku banyak buat key-in data jer, untuk tujuan report dan jugak filing... ade lah jugak belajar 2 system..tu system yang kira straigh foward..CMS dengan MMTH.. entah aku pown tak berapa nak paham lagi apa fungsi system tu.. Ewilly baru terangkan sikit2 tapi tak berani lagi nak bagi cuba.. Ari jumaat ari tu, kene siapkan report untuk audit.. mengikut kata iezy, staff sebelum ni, siti berhenti sebab stress dengan audit..kerap sangat!!.. x tahu lah macammana aku boleh tahan ke tak.. 

besok cuti hari krismas, hari selasa ada induction dengan HR.. minggu depan Ewilly cuti AL - pergi Hong Kong. nampaknya aku kene belajar dengan miss Ang..Dia macam tak reti nak ajar sangat.. x perlah duduk je la sebelah dia...

islam dan hari krismas

credit to Mohd Faudzee Abd Hamid (IPSI Pulau Pinang) from http://malay.bismikaallahuma.org/islam-dan-hari-krismas/


hari ini tarikhnya 25 december 2011 - perayaan merry christmas atau hari natal bagi penganut agama kristian.tapi kebanyakkan kita rakyat malaysia juga meraikannya.. 1 malaysia la katakan.. semua perayaan nak disambut..tapi pernah terpikir tak hukumnya menurut islam??..

malaysia sememangnya sebuah negara majmuk, rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama.. maka banyaklah perayaan yang dapat disambut dan dirai.. asasnya setiap agama mempunyai hari raya mereka atau hari2 agama mereka yang jelas mempunyai maksud dan tujuan untuk disambut.. jadi hari ini terpanggil untuk men 'google' berkenaan sejarah hari krismas ini dengan hukumnya menurut perspektif islam..


Definasi Krismas dari Wikipedia adalah:
Christmas or Christmas Day is an annual holiday celebrated on December 25 that commemorates the birth of Jesus of Nazareth.”1
Jika dirujuk perkataan “Christmas” dalam buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia, ia mengatakan:
“- Krismas, Hari Natal, Pesta Kelahiran Tuhan Yesus2

Menurut almanak Yulius ,tarikh 25 Disember sebenarnya tarikh lahirnya matahari. Dewa Mithra dilahirkan pada 25 Disember juga . Plitach menyatakan dewa Orisis iaitu dewa orang Mesir lahir pada 27 Disember. Dewa Horus dan dewa Apollo dilahirkan pada 28 Disember. Semua dewa di atas adalah nama dewa matahari.

Jadi sebenarnya penganut agama kristian menyambut krismas sebagai memperingati kelahiran Tuhan Yesus mereka dan juga kelahiran dewa2 matahari mereka.. Ini bertentangan sekali dengan akidah tauhid orang islam yang mempercayai Allah is the only one.. Allah sifatnya esa, satu..maka tiada tuhan lain yang berhak disembah melainkan Allah.. Sebenarnya perayaan ini bersamaan dengan perayaan maulidur rasul..
tapi dapat dinilai sendiri bagaimana perbezaan sambutan kedua2 perayaan ini.. 

Hukum Melibatkan Diri dalam Perayaan Krismas dan Perayaan Agama Lainnya

Mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang kafir adalah haram hukumnya menurut kesepakatan para ulama (ijma).Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap Salib bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah. Dan amat dimurka lagi bila memberikan selamat atas minum-minum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan dan sebagainya.

Haram Hadir dalam Perayaan Kufur


Pada dasarnya, Islam telah melarang kaum Muslimin melibatkan diri di dalam perayaan hari raya orang-orang kafir, apapun bentuknya. Melibatkan diri di sini mencakupi aktiviti mengucapkan selamat, hadir ke rumah mereka, hadir di majlis-majlis terbuka anjuran mereka, menganjurkan perayaan untuk mereka (lebih buruk), hadir di jalan-jalan untuk menyaksikan atau melihat perayaan orang kafir, mengirim kad selamat, memberikan hadiah kepada mereka dan sebagainya. Sedangkan perayaan hari raya orang kafir di sini mencakup seluruh perayaan hari raya, perayaan hari suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari yang disambut oleh orang-orang kafir yang ada hubung kait dengan akidah dan kepercayaan mereka, baik musyrik mahupun ahlul kitab.

waallahua'lam..

boleh dapatkan info tambahan di website ini : 


Saturday, December 24, 2011

review : fiksyen 302

alhamdulillah..sudah menoktahkan pembacaan fiksyen 302 karya terbaru ramlee awang mursyid... ermmmm....komen pertama.... agak berat rasanya kisah fiksyen kali ini, menguji minda dan seperti kebiasaan pembaca akan masuk ke alam fiksyen dan berteka-teki siapa dalangnya/pembunuh/pengakhiran cerita..



pada pendapat aku, isu psikologi ini pernah RAM tulis dalam novel mandatori..aku pown tak berapa ingat mengenai sinopsis mandatori tu, tapi yang aku ingat ada kaitan dengan split personality dan masalah psikologi lain.. lebih kurang dengan fiksyen 302 dengan isu yang sama tapi sarat dengan watak2 utama dan juga yang paling menarik bagi aku ialah pengembaraan masa-teknologi fizik kuantum...

RAM bijak menyusun plot cerita dengan bermain faktor masa dan teknik imbas kembali.. ok sebelum kita pergi sinopsis, jom bercerita mengenai watak2 yang ada dalam fiksyen ini..

Rita Yunaliza - seorang peguam hebat yang banyak mengendalikan kes 302 - hukuman yang membawa kepada mati mandatori (hukuman gantung sampai mati).. anak kepada Datuk Mahali, seorang tokoh politik dan Datin Ummi Hani

Hizamnudin Awang - Pegawai polis berpangkat tinggi di Selangor. mengendalikan kes berprofil tinggi - pembunuhan Zarina Mustapha yang membawa kepada penahanan Dato Mahali sebagai suspek utama.. Disebabkan Dato Mahali terlepas daripada hukuman makhamah dan disabitkan tidak bersalah, Hizamnudin dipaksa secara berhemah supaya meletakkkan jawatan dan bersara awal.. Dia mengusahakan sebuah restoran bersama isterinya

Alias Mohd Fadzil - Seorang pegawai polis yang berpangkat ASP ditugaskan mengendalikan kes siasatan pembunuhan Dato Siaraf. Antara watak penting dalam fiksyen ini.

Norhafiza Izura - Juga seorang peguam yang mewakili Lan Lani. Berkhidmat di firma guaman Haji Sainoh. Watak utama yang bersama-sama hizamnudin dan alias dalam merungkai misteri pembunuhan

Dr Rozlina - Doktor psikiatri di Hospital Permai di Tampoi. Pengasas kepada projek rahsia pada tahun 2032 bertujuan untuk merungkai misteri zonan.

Farid Ja'ah - Bekas penganalisis saham yang berjaya di KL..namun disahkan menghidap penyakit jiwa kerana cubaan membunuh diri dan ditempatkan di Hospital Permai. Membunuh Dato Mubarak dan Sabri

Lan Lani - Dituduh membunuh Mubarak seorang penyisat persendirian dengan mengantung mangsanya sehingga mati. kemudian di dahi mangsa ditulis dengan angka 302 dengan permanent ink marker merah.. Kemudian Lan lani berbogel dan menanti polis menangkapnya

Jimmy Yeoh - Dituduh membunuh Dato Siaraf seorang peguambela dengan menggunakan sebatang pemutar skru, menikam mangsanya secara bertubi-tubi sebanyak 32 kali dan mengukir dahi mangsa dengan angka 302. kemudian dia berbogel dan menanti polis menangkapnya

Prakash Kumar - Dituduh membunuh Roslan, seorang alibi dalam kes pembunuhan Zarina Mustapha. Perlakuan tertuduh juga sama dengan Lan Lani dan Jimmy Yeoh ketika ditangkap oleh polis.

Zonan - watak utama.. siapa sebenarnya zonan??? Nama yang meniti di bibir2 tertuduh - dikatakan sebagai roh jahat yang tak berwajah. hanya bermuka putih tanpa hidung dan mulut...

ok pergi kepada sinopisis.. cerita bermula sebenarnya pada tahun 2009, tapi penulis memulakan dengan siri pembunuhan dengan cara yang hampir serupa pada tahun 2012..Mangsa2 pembunuhan dilakar dengan angka 302 pada dahi, sejurus itu pembunuh menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Berlanjutan fiksyen ini sehingga ke tahun 2032..


Kesemua mangsa yang terlibat sebenarnya berkaitan dengan kes Zarina Mustapha.Kemudian ketiga2 mangsa disahkan menghidap penyakit psikitri dan dibebaskan dari pertuduhan. Pelengkap kepada cerita pembunuhan Dato Mahali sendiri oleh Farid Ja'ah dan seperti sebelumnya farid pun terlepas dari pertuduhan dan disahkan tidak waras oleh makhamah.


sebenarnya boleh disimpulkan permulaan semuanya adalah CEMBURU dan DENDAM akibat dari salahsangka yang sebenarnya adalah fungsi OTAK  yang dipengaruhi dengan NAFSU... Ramai yang akhirnya terjebak dan menjadi mangsa.. Di sepanjang2 cerita, pembaca akan meronta-ronta mengenai siapakah zonan yang sebenarnya.. wujud dalam halusinasi atau wujud dalam bentuk nyata???..

ni dia bunya krinologi (betul ke perkataan ni) :




2009 - kisah percintaan Irwanshah dan Zarina Mustapha. zarina adalah setiausaha kepada Datok Mahali. Dato Mahali sememangnya seorang tokoh politik yang corrupt. banyak penyelewengan wang rakyat yang dilakukan.. Juga seorang kaki perempuan..cerita bermula dengan kematian zarina. Dato Mahali dituduh sebagai pelakunya. Namun kemenangan berpihak pada Dato Mahali. Dia bebas dari pertuduhan itu. Ini mengundang kemarahan Irwansyah.. Dia lah dalang fiksyen 302

2012 - Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash dan Farid Ja'ah melakukan pembunuhan atas arahan zonan. begitu juga pembunuhan Nurul, pekerja di Haji Sainoh & Co.. kononnya dilakukan oleh Dina. Dan di pertengahan cerita baru diketahui Dina sebenarnya sudah meninggal dunia, dibunuh oleh Farid Ja'ah dan disembunyikan di bilik utama pangsapuri Farid. berlaku split personality di dalam diri Farid. Juga percubaan pembunuhan dan pencerobohan ke atas Fiza dilakukan oleh Farid. Kesemua mereka dilepaskan dari pertuduhan 302 dan diarahkan menerima rawatan mental setelah disahkan tidak berfikiran waras. Case Closed!!.. 

2014 - Kematian Norhafiza Izura setelah peguam muda itu nekad untuk memburu Zonan. Sifatnya yang degil dan mempercayai zonan sebenarnya seorang pembunuh yang bertopengkan manusia dan ingin menuntut pembelaan buat Nurul mengundang padah padanya sehingga nyawanya menjadi galang ganti. ASP Alias juga mengalami kemalangan apabila brek gagal berfungsi..seperti kejadian ini dirancang dengan begitu teliti. Juga kematian Lan Lani di Hospital Permai. 

2032 - Rita Yunaliza menerima jemputan dari Dr Rozlina untuk dijadikan subjek dalam satu projek rahsia untuk merungkai misteri Zonan. Menerusi mesin yang dicipta membolehkan seseorang melangkaui masa silam dan memasuki minda watak yang dipilih. Rita bersetuju untuk dijadikan subjek. Watak yang dipilih adalah Norhafiza Izura dan kembali pada 2012 dan 2014. Zonan akhirnya mengetahui mengenai projek rahsia ini dan akhirnya berjaya membunuh Dr Rozlina, Dr Hakimi (pembantu Dr Rozlina) dan Rita yang berada dalam jasad Norhafiza Izura dibunuh dan sempat mengetahui siapakah Zonan. Namun apabila dia kembali ke tahun 2032, dia mengalami amnesia tahap serius, kesan daripada kegagalan eksperimen itu. Zonan masih terselamat kerana tiada siapa pun yang percaya Zonan wujud di alam nyata. 


Pengakhiran cerita kita akan tahu siapa zonan sebenarnya...tak nak bagitahu siapa, kene baca sendiri =)
Lepas bace fiksyen 302 ni, semangat berkobar2 nak mendalami bidang psikologi.. menarik!!!... Zonan sendiri rasanya memiliki IQ tahap genius..bijak merancang, bijak menyamar, bijak memanipulasi..  

Yang paling mengejutkan atau orang kata ade twist nyer bila kita tahu siapa sebenarnya pembunuh Zarina.. Dan di akhir cerita Rita sendiri yang menjadi peguambela bagi Zonan, (pembunuh ayahnya)


Jadi kesimpulannya JANGAN PERCAYA!!!
Thanks Wirda Shafira bagi pinjam..=0.. tapi dah beli juga untuk simpanan sendiri...


Tuesday, December 20, 2011

esok..lalalala~~~

besok first day kat tempat keje baru... huhuhu... macam2 rase sekarang ni ade.. mesti malam ni tak dapat nak tido lena..dok mikir camne le kat tempat keje nanti.. eeeee...serius tgh nervous.. ye la 2 tempat keje before this ade geng masuk sekali same2..debaran die x sama... besok ni aku sesorang... tapi alhamdulillah ade jugak kawan kat sane yang memang dah keje kat sane.. tak lah kekok sangat kowt nanti..

harap2 sumenya berjalan lancar la...dapat sesuaikan diri..walaupun rasenya kat department tu ramai lelaki cina.. "Ya Allah, permudahkanlah urusanku besok"..amin...

p/s: dah dapat dah fiksyen 302.. thanks wirda, bagi pinjam =).. tapi dah tempah o9 jugak buku tu..g cari kat kinokuniya semalam x jumpe..mungkin dalam 2-3 hari lagi dapat..x sabar nak habiskan.. k, jom layan =)

Wednesday, December 14, 2011

lipas

salam hari rabu =)


berjumpa kite lagi di salam siri binatang dengan binatang yang lain pulak iaitu lipas..



ok..lipas bukanlah sangat kita boleh cakap sebagai binatang, lebih pada serangga.. serangga perosak!!
serangga yang 50-50 la boleh katakan aku geli..memang selalu sangat la serangga ni dikaitkan dengan perempuan..kadang2 bukan perempuan jer yang takut lipas, lelaki pon ade jugak!!.. x percaya???.. mesti percaya jugak...

sebenarnya bukan takut sangat pon, lebih pada geli..geli dengan sesunggut2 die yang banyak tu..lipas yang kalau kat lantai tu x takut sangat..tapi lepas terbang aku pobia sangat..ye la sekejap terbang sana, sekejap jer dah atas kepala...eeeeeeiiii....

ok, jom kite kenal lipas..lipas biasanya suka tinggal di kawasan yang gelap dan lembap macam kat dalam lari, belakang almari, bawah2 sinki, situlah tempatnya..makanannya pula semua benda yang boleh dimakan oleh lipas.. hehehe... iaitu sisa2 makanan...

k..ni ade 20 info menarik tentang lipas..aku copy paste dr website ni..



  • Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
  • Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
  • Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
  • Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
  • Lipas mempunyai darah berwarna putih
  • Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  • Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  • Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
  • Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  • Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
  • Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  • Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
  • Lipas ada gigi di dalam perutnya
  • Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  • Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
  • Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  • Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  • Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
  • Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  • Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha
  • Monday, December 12, 2011

    F I R S T

    Assalamuailaikum dan selamat malam =)

    Tetiba teringin nak bertulis mengenai first atau pun pertama.. yang pertama kali atau berkaitan nombor 1..



    #1 aku anak sulong (pertama) dari 5 orang adik beradik
    #2 pertama kali lihat dunia 24 tahun lepas pada 14 januari 1987
    #3 Aku lahir kat johor, so IC number kat tengah 01
    #4 Nama aku bermula dengan A, kadang2 tapi selalunya kalau attendance list disusun ikut abjad, nama aku yang pertama dipanggil


    #5 Aku ingat lagi hari pertama aku masuk tadika.. pagi2 lagi dah kene bangun, mandi air sejuk sangat..air perigi kan masa tu..abah yang mandikan..sampai2 tadika kene beratur la, menyanyi la..jumpe kawan baru..seronok la jugak.. =)

    #6 first time aku uzur mase umur 14 tahun tepat masa tarikh lahir aku kat kampung.. aku senyap2 jer, x gtau pown emak..malu pulak, dah sampai umah sendiri baru gtau..

    #7 first time aku tersuka dengan lelaki mase aku darjah 2 kowt.. gatai kan..hahaha..mase sekolah agama bukit perwira..nama dia a.....

    #8 first keje sendiri lepas  abis periksa SPM..keje dekat warta superstore as a cashier.. ade 6 bulan jugaklah keje dengan mau sebelum masuk matriks

    #9 cinta pertama - sepatutnya cintakan Allah lah yang utama, baru cintakan rasulullah, agama, baru masuk keluarga dan cinta sesama manusia.. (insyaAllah)

    #10 Sejujurnya aku tak suka no 1..haha.. sebab no 1 nombor pendahuluan, tak suka jugak dengan perasaan masa kali pertama..tapi yang pertama tu la permulaan segala-galanya.. takde no 1, takde lah no 2 dan seterusnya kan kan.. yang pertama yang tak suka tu jugaklah yang sering diingat...

    dah r malas la nak pikir lagi..nak tengok citer pulak =)

    Sunday, December 11, 2011

    spider - kita satu

    layan lagu yang aku tengah suka sangat sekarang ni =)



    ni lirik die...

    Seringku bertanyakan


    Dimanakah hatimu sayang


    Kian lama ku simpan


    Bersarang cinta dalam diam

    Sampai bila harusku pendam


    Layan cinta dan perasaan


    Dengan lafaz ku bisikkan

    Korus


    Kita telah ditakdir bersama


    Teman hidup di dunia


    Malam siang kita jadi satu


    Kerana engkau adalah milikku

    Pegang tanganku seeratnya

    Dunia ini berputar ligat


    Mengapa harus ada sesal


    Andainya tersungkur tetap bersama


    Sampai bila harus ku pendam


    Layan cinta dan perasaan


    Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..

    Satu….. wooooo..


    Kita telah ditakdir bersama


    Kerana engkau adalah milikku


    Kerana engkau adalah milikku



    update keje lagi.. =)

    assalamualaikum...

    hehehe...berapa banyak kali la update pasal keje... kesian kat diri sendiri, bape banyak kali dah tuko keje.. nasib2.. terbaru alhamdulillah hari jumaat lepas ada berita gembira aku terima... tiada berita gembira saat ini melainkan dapat keje!!!... syukur alhamdulillah, penantian berbulan-bulan terbalas jugak...

    21 aribulan ni baru masuk keje..sebelum tu kene buat test kesihatan bagai isnin tu.. so, aku ade masa seminggu lagi nak berehat2..hehehe...dah terlampau banyak rehatnya, badan pown makin naik.. nanti dah keje mesti sibuk,xde mase... mase sibuk la bez..

    eh, lupe nak gtau..excited terlebih,.aku dapat keje besa2 je kat osk investment bank kat jalan ampang.. dalam group IT la... unit  IT Security.. sebenarnya kawan aku yang gtau kat sane ade keje kosong..apply2, g interview, dapat jugak,alhamdulillah...memang berharap sangat pown dapat.. gaji pown ade increment dari gaji before this, permanent tapi 6 month probation la, geng kat sane ade.. dekat dengan klcc..boleh la g kinokuniya selalu =)..... 

    nanti dah keje aku akan update lagi..mesti banyak citer ni..=p... ok, azam baru kene bekerja bersungguh-sungguh. datang keje awal, x banyak buat salah.. supaya nanti dapat confirm.. semangat3x.. =)

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...