Saturday, June 29, 2013

motivasi: Semak diri

Assalamualaikum,



Motivasi. Kita sentiasa memerlukannya dan memperbaharuinya. Sebagai booster,pemangkin dan inspirasi jiwa. Orang yang sentiasa bermotivasi tahu apa yang perlu dilakukan dalam hidupnya. Fokus pada apa yang mahu dilakukan. Ada juga orang yang bukan tiada motivasi, tapi mungkin kurang motivasi dalam hidup. Mereka masih tercari-cari apa matlamat dan tujuan hidup mereka. Hidup dalam keadaan tertekan dan selalu merungut akan keadaan diri,menyalahkan takdir, menyalahkan orang lain dengan nasib hidup mereka sendiri

Semak tips di bawah (diambil dari http://langitilahi.com/13095)

#Tips 1
Bagaimana meraih tenang, bahagia dan damai sentiasa?
Jelas matlamat hidupnya
Nyata tujuan hidupnya
Sentiasa fokus dalam hidupnya


#Tips 2
Hendak bertenaga, bersemangat, cerah ceria selalu?
Selalu membuat amal soleh
Sentiasa senyum
Berfikiran positif serta lapang dada


#Tips 3
Macamana hendak kekal termotivasi, terinspirasi dan enjoy our passion?
Membaca Al-Quran penuh khusyuk, tadabur dan amal
Solat awal waktu, khusyuk, sempurna dan berjemaah
Fokus terhadap kerja, impian dan cita-cita hidup


#Tips 4
Kenapa jiwa kita kekosongan, kegersangan dan kekontangan?
Tiada matlamat hidup.
Tiada tujuan hidup.
Tiada fokus dalam hidup.


#Tips 5
Apa sebab hidup kita tertekan, terhimpit dan sangat-sangat stress?
Bergelumang dengan dosa.
Suka dengan noda-noda maksiat.
Lalai, hanyut dan leka dengan “buaian” dunia.


#Tips 6
Kenapa kita selalu keras hati, ego tiada kesudahan dan air mata membeku?
Sukar memaafkan orang lain
Rasa diri hebat
Tiada kerendahan hati


Renung balik persoalan2 di atas dan ternyata betul kan??..


Tuesday, June 25, 2013

motivasi: never giveup; life must go on

lihat sekeliling kita..semuanya bergerak mengikut aturan alam..
lihat pada sang awan, setia melindungi kita dari terik mentari, tetap bergerak sikit demi sikit..
lihat pada sungai,sentiasa mengalir airnya..
lihat pada pertukaran siang dan malam
dan pada bulan dan matahari yang silih berganti..

semuanya berjalan mengikut aturan Allah..
kita manusia pun sentiasa bergerak,
bergerak ke hadapan..mengikut putaran masa..
masa pun tidak pernah penat berjalan, tidak pernah berhenti..

mahu tak mahu kita terpaksa juga berjalan ke hadapan..
walaupun kadangkala ujian yang datang
membuatkan kita terpikir untuk berhenti bergerak...
duduk,jatuh tak mahu bangun..
mahu tinggal pegun di dunia sendiri..keseorangan..

dunia ini bukan dunia kita seorang
dunia ini kalau kita tidak berjalan,kita akan ketinggalan
dunia ini indah sebenarnya, sia2 sahaja masa yang ada tidak dimanfaatkan
bukankah dunia ini singkat sahaja? persinggahan sahaja..?
jadinya setiap saat dan masa begitu berharga
mengapa harus menyerah....?
bukan orang lain yang untung,hanya kita seorang yang rugi..
kalau jatuh, kita bangun semula..
bergerak,berjalan dan kalau boleh berlari...


kita tidak punya banyak masa..
patut berkejar untuk mendapatkannya..
kerna kita pernah ketinggalan sekejap di belakang..

Friday, June 21, 2013

keroja

ermmmm..feeling excited bile dapat balik ke tempat asal.. lepas lebih kurang sebulan merantau dekat RHB Centre kat Jalan Tun Razak..tempat asal jugak yang dikenang, walaupun mungkin tempat baru sana lagi bagus.. Bila dipikir2 balik, bagus jugak ada 2 tempat kerja yang berbeza sungguh environmentnye ni.. Bukan senang kan nak dapat peluang macam ni (thinking positive) walaupun memula dulu rasa macam teraniaya.. macam jadi bola, tolak sana,tolak sini..


memang berbeza sungguh environment tempat kerja, kenal orang2 baru yang berbeza, cara kerja yang berbeza..tapi dah beberapa hari kat osk balik, rasa rindu pulak kat rhb..ermmm.. adat la, ada part best, ada part tak best..part best kat osk, dah biasa dengan environment dan orang2 kat sana, nak makan pun banyak pilihan, kerja pun banyak, nak pergi balik pun senang..part yang tak best, kekadang je la tension sikit pasal kerja, lebih2 bila audit.. part best kat rhb pulak, part masa yang terlebih senggang, aktiviti surau.. part tak best, kene gerak awal,balik lambat sebab ada shift, nak balik la kadang2 kene time hujan dengan keadaan jem yang teruk,perjalanan 5 minit boleh jadi 30 minit..tapi nak buat macamane,no choice.. rasa life kat sana macam hectic sangat..walaupun sebenarnya kerja x ade sangat pun... kawan2 baru pun x berapa nak ngam, ye la saya ni kan pendiam, bukan senang nak rapat dengan orang lain..


kesimpulannya..saya lagi suka dekat osk, tapi saya suka surau rhb..yang mmg sy akan rindu aktiviti saya kat surau sana..sampai2, awal lagi, g tidur kat surau, pukul 8,bangun buat solat sunat dhuha.. rehat kol 12 lebih turun, selalu tengahari mmg ada pengisian ceramah, dengar tapi kadang2 tidur jugak, solat zuhur berjemaah..


tapi kan saya rasa dalam beberapa tahun akan dtg (mgkin 4/5 tahun lagi) saya rancang nak buat kerja yang betul2 saya suka.. hope that time saya ada keberanian dan tekad untuk capai kerja impian saya;

Monday, June 17, 2013

Otak Jenazah Pelajar Tahfiz 'Segar' Seperti Hidup


                                





Otak Jenazah Pelajar Tahfiz 'Segar' Seperti Hidup


Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT. 




SUBHANALLAH, TANDA2 KEBESARAN ALLAH.. Biasanya orang2 yang Allah sayang selalu akan pergi awal.. orang2 baik selalu Allah tarik nyawa awal..tapi tak bermakna yang umur panjang tu orang tak baik..ajal maut kan semua di tangan Allah.. Bagusnya meninggal awal, kita tak banyak kesempatan masa untuk berbuat jahat di atas dunia ini..


Mari kita sama2 sedekahkan Al Fatihah buat adik Aiman. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Amin..

Friday, June 14, 2013

part 2: sebenarnya dia...

ok..sambung lagi..orang lain pulak... hehe..part 2: sebenarnya dia... ialah 

KHAIRUL RASYID BIN MOHD YUSOP

hehe..tengok belakang nama ayah kitorang sama kan??.. of course lah, sebab kami adik beradik satu emak, satu bapak..darah yang mengalir dalam diri dia sama je macam darah yang mengalir kat dalam diri saya.. (warne merah jugak kan)..


sebenarnya nak buat entri ni time besday dia 25/5 ari tu..tapi saya busy (alasan..haha, sebenarnya xde mood).. sesangat.. xpelah kan belum sampai sebulan pun..ari ni semangat pulak nak bercerita kan.. ok, adik lelaki terakhir saya ni sebenarnya,,erm..susah jugak nak decribe dalam one word...(berpeluh berpikir)


dia yang dulu dengan dia yang sekarang memang berbeza sangat2..saya suka sangat dia yang sekarang la of course.. manusia berubah kan, acit (nama manja adik saya..haha) pun berubah juga seiring masa dan penambahan usia (chewah..haha).. takyah lah citer dulu2,kite citer yang sekarang la kan...saya suka dia jadi pemuda yang dekat hatinya dengan masjid..kalau takada apa2, setiap solat fardu dia nak g solat kat masjid/surau..terutama sekali solat subuh, sampaikan abah pun jadi terikut pergi surau jugak solat subuh.. Lepas tu dia berdakwah sekali, sama2 ajak memeriahkan masjid/rumah Allah.. Itu yang saya kagum dan bangga sangat... 


Dia pun sama, ramai kawan jugak..rasanya ramai kawan2 yang senang dengan sikap dia.. Dia suka tolong orang..kawan2 dia memang dia tolong sungguh,bukan senang nak dapat kawan waktu susah..Teringat time dia accident dulu, setiap hari ada kawan2 dia yang datang berziarah..cikgu2 pun senang dengan dia, mana2 tempat dia pergi,memang orang berkenan dengan dia..siap awal2 dulu masa g sarawak, satu family dah bekenan nak jadikan menantu.. senang kata dia pandai bergaul dengan orang lain.. itu beza saya dengan dia, saya fail bab2 bergaul mesra dengan orang2 ni..saya lambat nak mesra,makan masa....


Dia ni kira 'lantang' juga orangnya.. lebih2 sekarang dah berjinak2 dalam bidang bahas2/pidato ni.. ye, dia ada bakat ikut perkiraan saya untuk jadi wakil menteri..kerana kebolehan berucap dan meyakinkan orang..tapi kekadang 'over' jugak..haha..sebab menampakkan sangat pendirian politik dia.. kira sebenarnya dia jujur orangnya.. Abah kata acit banyak ikut perangai abah masa muda2 dulu.. memang sebenarnya acit lagi banyak persamaan sikap dan sifat macam abah dari angah.. kira boleh dikatakan anak abah la.. tapi boleh jugak jadi anak emak, manja sangat jugak dengan emak.. kesimpulannya kira kami semua anak emak dengan anak abah jugak!!..(xde kene mengene statement..haha)


Adik saya ni,kelemahan dia...banyak jugak..erm, dia sebenarnya kuat menangis..cengeng siki..senang je tengok air mata dia keluar..haha.. 2nd, dia baran sikit orangnya..tapi rasa2nya semakin dapat dikawal dengan baik..bagus2..haha.. tapi macam banyak kelebihan la berbanding kelemahan (haha, mcm nak promote adik pulak)..


still thinking about one word to describe him.. erm, any ideas??







Sebenarnya dia....

Beza dia dengan saya 10 tahun..jauh jugak kan??..Citarasa dia lebih kurang sama dengan saya..biasanya apa yang saya suka,dia suka..apa yang dia tak suka, saya pun sama..mungkin dalam beberapa perkara kecik yang kami tak sehaluan.. Pemikiran dia tak menggambarkan usia dia kerana dia suka explore new things.. up to date..Ape2 yang dia tak tahu semuanya di'google'.. sifat ni sama jugak macam saya.. 


Saya kagum sebenarnya dengan dia..Kagum dengan bakat dia..Dia ada bakat besar dalam bidang seni.. lukisan2 dia walaupun tengok simple, tapi ada expression..bukan senang nak lukis kalau xade bakat kan..Dia warisi bakat melukit tu dari abah..kalau abah terer lukis scene/pemandangan, dia terer lukis anime/watak.. Lagi satu yang saya kagum pasal dia, dia punya gaya pembawakan.. Dia nampak senyap jugak, x banyak cakap macam saya jugak..tapi mana2 kitorang pergi mesti ada kawan2 yang akan tegur dia.. Kesimpulannya dia popular,dikenali dan disenangi ramai..


Tapi yang saya tak suka pasal dia, dia ni moody/berangin sikit.. kalau mood dia ok, ok la orang sekeliling..dia layan baik..kalau mood dia tak ok, memuncung je..saya pun x berani tegur kalau tengok dia dah macam tu...Ok. sebenarnya dia adik bongsu saya..Nor Farhanah Binti Mohd Yusop.. semalam hari lahir dia yang ke 14 tahun.. Selamat Hari Lahir Farah..haha.. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki selalu, berjaya dunia akhirat..jadi anak yang solehah, adik yang baik..haha.. 


Mungkin dari kecik saya banyak jaga dia, menyanyikan dia kat buaian, bercerita sebelum dia tidur, pakaikan baju dia. suap makan dia..dia makan jugak la nasihat2 yang saya bagi. Kami rapat la jugak sebab tinggal kami berdua je sekarang kat rumah tu.. tapi saya bukanlah kakak yang baik sebab saya jarang ambik tahu jugak masalah dia..kekadang dia bercerita pun dengar tak dengar je.. jarang la jugak kita women talk sangat..haha..tapi saya sayang dia sangat2.. saya sayang semua adik beradik saya yang lain jugak.. cuma ye la saya ni sebenarnya tak pandai nak ekpreskan rasa sayang saya.... 



harapan

dalam tak sedar setiap hari kita semua berharap kan..
pagi-pagi, bila bangun tidur je kita dah berharap
harapan supaya hari ini bertambah baik dari hari semalam
belum besok lagi, kita dah berharap macam2 untuk hari esok dan hari2 mendatang


ingat tak masa kecik2 dulu
bila kita ternampak kapal terbang lintas atas, kita lambai tangan, dengan harapan orang kat dalam akan nampak kita kat bawah..hehe
bila emak/ayah kita hilang aje dari pandangan mata kita, kita menangis, sebab takut mereka tinggalkan kita,
bila nampak balik semula,kita berhenti nangis, kita harap emak/ayah kita tak akan tinggalkan kita keseorangan..


kita banyak berharap kan,
harapan hidup bahagia, harapan untuk sihat sejahtera, berharap untuk cemerlang,
semuanyalah yang baik2..ada orang yang berharap buruk2 ke??
erm, mungkin ada, tapi bukan untuk diri sendiri.untuk orang lain la kowt kan..
ada harapan yang menjadi nyata, alhamdulillah
ada harapan yang tinggal harapan, terkulai layu, berubah menjadi angan2 yang tak akan tercapai


berharap pada manusia ni, ada dua kemungkinan aje
samada dikecewakan atau digembirakan..
tapi sebaik2 harapan hendaklah disandarkan pada Allah
Dia tak pernah hampakan harapan kita semua
cuma lambat atau cepat je, kerana dia sebaik2 perancang


apa harapan terbesar hangpa?? :)

Tuesday, June 11, 2013

10 Ramuan Ubat Pencuci Dosa





Sempena kedatangan bulan Sya'aban 1434 tok nak tambah sedikit lagi artikel untuk anda semua. Artikel bertajuk seperti diatas kiriman seorang rakangroup.

Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah. Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.

Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata: Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?".

Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada". Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya".

Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu: Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk dan campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat. Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha, dan giling sampai halus dengan pengetam Qana'ah. Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa, dan tuangkan ke dalamnya air hayak (malu). Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta). Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur dan kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan). Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian. Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat". Yang baik jadikan ikhtibar...

Sunday, June 9, 2013

review: Qasidah buat Kekasih

                                              



Sebuah novel yang sarat dengan pengajaran. Membacanya membuat kita berfikir, perlunya menjadi manusia yang berperanan dalam membawa kebaikan dalam kalangan masyarakat. Novel ini juga membawa masej yang jelas setiap orang perlu diberi peluang, untuk kembali ke pangkal jalan.

MS Anuar mahmod pengarang buku Suara-Suara Terpendam dan novel Memoir Anak Setinggan



Penulis cerpen ‘Sebelum Berkalang Tanah’ ini telah membuktikan bahawa penulis wanita juga mampu mendalami watak lelaki sehinggakan saya rasai kelembutan, kesopanan, kedinginan serta keangkuhan insan yang bernama lelaki. Bermula dengan azan Subuh yang berkumandang serta ucapan kalimah puji-pujian kepada Allah oleh Habib Hasan membuatkan jiwa saya mula berdebar untuk meneruskan perjalanan sehingga bas Metro bernombor 12 tertera di cermin Zainul Muttaqin. Inilah novel pembangun jiwa! Novel yang benar-benar berbicara buat para pembaca yang dambakan sebuah kehidupan husnul khotimah!

Ilya Alias pengarang novel kanak-kanak Pari-Pari hati dan Otai


Melalui watak-watak yang kuat asas agamanya yang ditonjolkan di dalam novel ini, penulis dapat menyampaikan pengetahuan agama yang jarang-jarang diketahui oleh orang biasa. Perlu lebih ramai golongan yang ahli dalam bidang masing-masing terjun dalam dunia penulisan fiksyen untuk mendidik masyarakat hari ini.

Nurolshamshi Saidin, pengarang novel Dingin Salju Indiana dan Di Sini Kami Berteduh



Sebuah novel tarbiah yang sangat menyentuh jauh ke dalam jiwa. Melalui watak Zainul Muttaqin yang merindukan sang kekasihnya dengan bait2 qasidah sentiasa di bibirnya membangunkan satu peribadi seorang pemuda yang begitu hebat. Rindu dan kasihnya pada Rasulullah s.a.w membuat dia mengajak sama orang2 yang dicintainya mencintai kekasih Allah.. Miftahul Ashwaq usahanya dan juga harapannya. Memberi sesuatu yang bermanfaat buat ummah sebelum tubuh berkalung tanah.. Amilina Syakira,hamba Allah


"kehidupan di dunia ini tidak lain kecuali permainan, sedangkan kampung akhirat itulah kehidupan yang sebenar andai mereka mengetahui (Ayat 64,Surah Al Ankabut)"


Thursday, June 6, 2013

salam isra' dan mikraj 2013

assalamualaikum dan selamat pagi..

Firman Allah SWT,
Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1


Sumber: utm (google image)


27 Rejab 622M atau tahun ke 11 kenabian, peristiwa penting dan bersejarah ini berlaku. Ia berlaku sebelum Hijrah Rasulullah ke Madinah. Tahun ini juga digelar sebagai tahun dukacita kerana baginda kehilangan dua orang kesayangan baginda iaitu isterinya, Saidatina Khadijah r.a dan bapa saudaranya Abu Talib r.a. Dan juga peristiwa baginda ke Taif ditemani anak angkat baginda iaitu Zaid bin Harithah. Bukan sahaja penduduk Taif tidak menerima seruan Rasullullah malahan membaling batu sepanjang perjalanan keluar sehingga berdarah kedua2 nya, dari dahi hingga menitis ke kaki baginda. Rasullullah sangat berdukacita dengan mereka tetapi masih mendoakan agar keturunan mereka akan ada yang menerima islam. 


Isra' dimana perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa di BaitulMaqdis (Palestin atau dulu dikenali sebagai Syam). Mikraj dimana perjalanan Rasullullah dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh


Pentingnya peristiwa bersejarah ini adalah pengajaran yang dapat kita perolehi, pahami dan diamalkan.. Yang utamanya kepentingan solat 5 waktu sehari semalam. Perintah solat ini diwahyukan oleh Allah secara terus kepada Nabi Muhammad, tidak seperti sebelum ini melalui perantaraan Jibril. Pentingnya solat berbanding ibadah2 lain kerana amalan ibadah inilah yang mula2 akan dihisab di hari kebangkitan nanti. Dan semua amalan ibadah lain bergantung pada ibadah solat ini.


Kedua mengenai kekuatan iman para sahabat. Peristiwa ini sememangnya kalau difikir mengguna logik akal,memang tak terjangkau oleh kita, manusia yang terbatas ilmunya. Tetapi tiada yang mustahil dalam susunan dan aturan Allah. Peristiwa ini mula2 diketahui oleh Abu Jahal yang memang tercari2 sebab menuduh Rasullullah gila..Lalu Rasulullah mengumpulkan manusia2 untuk memberitahu perjalanan ajaib baginda yang berlangsung di malam hari..Ketika itu ada juga orang yang sudah masuk islam, terdetik meragui  cerita Nabi. Sahabat beliau, Saidina Abu Bakar pula bila ditanya akan kebenaran cerita baginda, dengan yakin Saidina Abu Bakar percaya dan mengatakan lebih dari itu pun aku percaya dengan Muhammad. Disini kita dapat lihat keyakinan dan kekuatan iman para sahabat terhadap Rasulullah dan islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w


Ketiga, pengajaran daripada peristiwa2 sepanjang perjalanan Rasullah. Rasullulah dipertontonkan dengan pelbagai peristiwa mengenai kaum2 yang diseksa akibat dari perbuatan mereka. Pengajarannya mana2 perbuatan yang dilarang dan berdosa besar seperti memakan harta riba/anak yatim, mengumpat, tidak membayar zakat, tidak bersolat dsb janganlah dilakukan. Mana2 perbuatan/amalan2 yang baik hendaklah kita lakukan seperti berjihad fisabilillah, mengeluarkan zakat dsb..



Semoga bermanfaat dan dapat berkongsi ilmu. Semoga kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa bersejarah ini.. Dan selamat bercuti pada siapa2 yang bercuti :)

Tuesday, June 4, 2013

bahagia atau derita

Bila hati dah tetap, tiada kegusaran, tiada keresahan, yang tinggal hanya keyakinan.
Yakin dan pasti dengan pilihan yang dipilih. Semestinya ada sesuatu di situ..yang jauh terkesan di sudut hati...
Pilihan kita sendiri yang tentukan. Natijahnya kita sendiri yang rasakan...
Bahagia atau derita satu pilihan atau satu natijah???
Mengapa memilih derita jika bahagia menanti?
Mengapa memilih sengsara jika gembira di hadapan?

Harapan??
Harapan semoga suatu hari nanti derita bertukar bahagia?
Sengsara bersilih ganti gembira

Monday, June 3, 2013

kita bakal bertemu..

assalamualaikum,



Insyaallah...37 hari lagi kita bakal bertemu. Bulan yang dinanti-nantikan.. 
Sekarang kita berada di bulan2 persediaan dan pensucian diri. Diriwayatkan apabila tiba bulan Rejab, Rasulullah akan berdoa " Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan (Riwayat Al Thabrani, Al Baihaqi)

Jadi apa antara persediaan2 yang boleh kita lakukan pada meraikan dan menyambut kedatangan bulan mulia ini?.. antara persedian2 yang boleh dilakukan

1) Perbanyakkan puasa sunat isnin dan khamis
2) Banyakkan membaca Al Quran
3) Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan. (Doa yang dibaca oleh Rasulullah)
4) Perbanyakkan zikir dan istighfar
5) Cuba untuk Qiamullail, berlatih untuk bangun malam
6) Menjaga kesihatan diri
7) Menjaga lidah dari bercakap perkara yang sia2 dan mengumpat
8) Belajar/Ingat kembali perkara2 yang penting berkaitan Ramadhan
9) Pengisian rohani dengan mendengar ceramah2
10) Berazam menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum


Kalau dapat diamalkan separuh pun sudah cukup baik. Tapi kalau dapat buat semua lagi2 baik,alhamdulillah..Jom kita cuba perbaiki amalan kita dari sehari ke sehari. Moga menjadi lebih baik.

Saturday, June 1, 2013

Tuhan Lebih Saintifik

Dia seakan berperang dengan dirinya sendiri..Bisikan bisikan yang seakan menghasut untuk melupakan hasratnya,memadamkan keyakinannya..lalu tafsir al-Quran yang sempat dibeli di Indonesia, diselak lembaran demi lembaran. Tangannya bergetar apabila menyentuhnya. Melihat ayat-ayat yang terpampang di depannya. Sehingga tiba pada ayat mengenai gambaran neraka, bertambah mengigil dan terketar2 tangannya. Dia menyelak lagi dan tiba pada ayat mengenai gambaran syurga pula. Dia menangis keseorangan. Di sebalik air matanya timbul satu ketenangan yang tidak pernah dirasakan..

sayup-sayup terdengar laungan azan dari masjid berhampiran. Dia bagaikan terpukau dan tertarik untuk menyambut seruan itu. Kakinya mengheret langkahnya tiba di masjid. kelihatan ramai lagi orang2 lain berpusu2 datang walaupun suara itu sudah terhenti. Dia melihat dan memerhati. Mereka membentuk satu barisan seperti satu binaan teguh. Dia jadi semakin bertambah kagum dengan apa yang dilihatnya. Jauh dalam hatinya dia ingin turut sama dalam jemaah itu.


Kini keyakinannya telah tetap. tiada siapa yang dapat menganggu gugat hasratnya. Lebih2 lagi selepas menghadiri persidangan islam dan kristian di Jakarta. Dia yakin inilah agama yang benar. Ya, inilah satu-satunya agama yang tiada keraguan padanya. Hasratnya disampaikan pada isterinya, dan ternyata isterinya tidak dapat menerima keputusannya.. dia sayangkan isterinya dan dia juga lebih sayangkan agama yang ingin dianutinya..


"Aku bersaksikan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" Ada satu perasaan aneh yang menerpa selepas dia mengucap kalimah itu dengan tenang. Seakan satu keyakinan dan satu ketenangan yang sukar diperolehi..Kalimah yang membezakan agama yang dianutinya dulu dan kini. Pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Pemisah antara syurga dan neraka. Pemisah antara islam dan kafir. Dia sangat tersentuh dengan sikap pegawai2 PERKIM yang menyambut baik kehadirannya sebagai saudara baru..sehinggakan ada yang menitiskan air mata. kemudiannya dia dibawa ke masjid sekali untuk menunaikan solat zuhur. Dia cuma mengikut pergerakan yang memang sudah dihafalnya. Walaupun dia tidak membaca apa2 ayat.tapi dia dapat merasakan Allah itu dekat sekali dengannya. Rasa dirinya terlalu kerdil, tunduk dan sujud di hadapan Allah, tuhan sekelian alam...Selepas selesai solat, pihak masjid mengumumkan keislamannya. Dia kemudiannya dikerumuni jemaah masjid untuk bersalam dan berpelukan. Semuanya mengucap syukur atas keislamannya. Sungguh dia diraikan. Dia rasa dihargai.


Dia sudah menemui apa yang dicarinya. Kini tugasnya dia mahu kebenaran ini dikongsi bersama2 orang tersayang. ibunya dan isterinya terlebih dahulu sebelum pengikut2nya sebelum ini. Dia tahu tidak mudah baginya..dia tahu akan ada banyak penentangan.. dulu dia dilahirkan dengan agama kristian. tapi disebabkan konsep triniti yang tidak difahaminya membuatkan dia memilih ateis, tidak percaya pada agama. Dia rasakan menjadi penganut ateis lebih mudah,bebas dan mudah difahami. Kuasa sains dapat membuktikan banyak perkara yang dia tidak fahami. Sains dapat menjawab segala-galanya. 

Dia seorang yang terpelajar. Pensyarah muda bergelar Doktor dan mengajar anatomi kepada pelajar2 perubatan. Dia memperjuangkan konsep ateis, tidak percayakan tuhan dan giat menyebarkan dan menghasut pelajar2 untuk mengikuti ajarannya. Muncul seseorang, doktor pakar islam..Dr Ahmad Zabidi.. Selepas beberapa kali perdebatan dengan doktor muda itu,keyakinannya terhadap perjuangannya selama ini semakin goyah sedikit demi sedikit. Peribadi doktor muda itu juga sangat terkesan di hatinya, terdetik di hatinya mungkinkan ini agama yang benar...sehinggakan tiba pada satu peristiwa fitrah bertuhan membuatkan dia nekad akhirnya memilih islam..Di sebalik sains,terdapatnya tuhan dan tuhan lebih saintifik


Sangat menarik sekali apa yang cuba disampaikan Dr Farhan Hadi, penulis novel ini: Tuhan Lebih Saintifik. Pertembungan antara ateis dan islam. Pertembungan pemikiran antara pensyarah ateis,ustaz tradisional dan seorang doktor pakar islam. Persoalan-persoalan, perdebatan2 dan jawapan2 yang sangat menarik dan ilmiah untuk direnung bersama. Tahniah Dr Farhan. Ini rasanya antara karya yang hebat untuk dibaca.


"Dia mengira Sains boleh menolak kewujudan Tuhan dan Sains boleh menjelaskan segala-galanya., rupa-rupanya Sains membawa kepada Tuhan dan Tuhan adalah penjelasan segala-galanya"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...