Tuesday, January 22, 2013

motivasi:ujian dalam kehidupan



hidup ini....memberi seribu satu makna.. memberi sejuta rasa...
pernah terdetik di hati hidup ini sangat melelahkan,
seperti sukar bernafas di dalam ruang sempit...
sepertinya aku terkurung di dalam tempat yang tertutup
mungkin seperti jasad dan roh hidup yang dikambus dalam liang lahad..


saat itu, detik-detik itu...
aku terlalu lemah, menyalahkan diri sendiri, menyalahkan takdir....
aku lupa Allah ada sentiasa bersama aku..
aku bersyukur kerana masih ramai yang sayangkan aku
alhamdulillah Allah masih sayangkan aku......
aku belajar erti kasih sayang keluarga,
aku belajar erti Rahman dan Rahim Allah..


bila terkenangkan insan2 lain yang lebih teruk diuji,
bila bandingkan,terasa betapa beruntungnya diri
apalah sangat ujian ini jika dibandingkan mereka yang lebih teruk mehnanya
diuji dengan kehilangan, kesakitan, keperitan hidup.........
malu rasanya bila terkenang semua ini.....
dan bertambah erti rasa bersyukur dengan kehidupan..


hidup ini...walau macammana perit sekalipun...
perlu diteruskan.... kita tak tahu lagi jalan di hadapan bagaimana..
ketabahan dan kecekalan hidup insyaAllah akan dibalas dengan kebahagiaan jua suatu hari nanti
tidak di dunia,di akhirat menanti... insyaAllah..
Allah tidak pernah biarkan hambaNya keseorangan....
perlu sentiasa ingat itu....


Allah berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286) 

Monday, January 14, 2013

14 Januari 2013

assalamualaikum..

14 January 2013 = 2 Rabiul Awal = 26 tahun....
"selamat hari kelahiran buat diri aku sendiri.... semoga sentiasa sihat selalu, dalam rahmat dan keberkatan Allah selalu.. moga diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari2 mendatang.. insyaAllah.. "

tahun demi tahun cepat je terasa berlalu.. tambah lagi 1 no kat belakang dari tahun lepas.. sampai bile bertambahnya..waallahu'alam..hanya Allah yang lebih mengetahui.. alhamdulillah bertemu juga umur 26, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ini.. alhamdullillah atas segala nikmat Allah yang tak terhingga.. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berada disini.. meluah rasa...


terima kasih pada emah & abah terutamanya.. insan2 yang amat berharga dan bernilai dalam hidup seorang anak.. alhamduliilah Allah bagi peluang dapat bersama2 emak & abah lagi... tiada apa yang dapat membalas segala jasa2 dan pengorbanan emak abah... cuma terus berbakti, berdoa dan menjaga mereka sehingga akhir hayat mereka yang mampu aku lakukan...insyaAllah.. terima kasih juga pada adik-beradik - angah, acit, ijah & farah.. terima kasih Allah sebab bagi aku sebuah keluarga kecil yang bahagia...


terima kasih pada sahabat2, kawan2 dan sesiapa yang pernah hadir dalam hidupku.. kalian insan2 yang amat istimewa.. hadirnya kalian atas takdir illahi, dipertemukan, saling berkenalan dan berukhuwwah.. terima kasih Allah.... bagiku tiada apa di dunia ini yang dapat dibandingkan dengan nilai sebuah persahabatan..


teringat masa form5, umur 17 tahun... target 5 tahun akan datang, 10 tahun akan datang.. tak sangka dah pun melepasi target umur itu.. walaupun mungkin apa yang di'targetkan' tu ada yang berjaya, ada yang tak berjaya.. alhamdulillah atas segala-galanya....


berharap akan jadi lebih istiqamah dalam apa2 jua yang dilakukan.. dan berharap akan jadi insan yang lebih baik dari hari ke hari... insyaAllah...



Monday, December 24, 2012

kita semua pendosa

ye.. memang mengaku setulusnya...
kita semua pendosa..
kita semua pernah buat dosa,hatta mungkin hanya pernah terdetik untuk berbuat dosa
bohong la kata kamu tidak berdosa
padahal kita semua tak akan pernah lepas dari dosa

sedar tak sedar setiap hari mungkin kita berbuat dosa
dari dosa kecil ke sedosa-dosa besar
hati kita ini bukannya sesuci salji atau sesuci-sucinya
pasti ada tidak sikit bintik2 hitam...
hati kita ni kalau nak tahu selemah-lemah iman,
mudah sangat dibolak-balikkana
mudah sangat dimainkan dengan seribu perasaan...


jadi bila sedar kita ni pendosa
selayaknya kita melakukan tindakan bertaubat
sesungguhnya hati siapa yang merasakan dia tidak pernah berdosa
dialah pendosa terbesar..


bagus bila ada kesedaran
lagi bagus bila disusuli dengan tindakan
jangan hanya indah dimata, senang dimulut
di tangan, di kaki, di seluruh anggota badan harus bergerak
hati - kerajaan yang utama
tempat bermulanya kesedaran...

hati kita ni sentiasa perlu diberi makan yang sepatutnya,
jika tidak kita 'termakan' makanan yang tidak sepatutnya
jadi kita pun makin jauh, jauh dan jauh...
hati-hati yang jauh ni akhirnya semakin keras dan mengeras...
hingga akhirnya susah untuk kembali pada fitrah..

--suka mengingatkan diri sendiri jugak
hidup ini sentiasa perlukan motivasi,tarbiah diri
kerna iman kita sentiasa ada pasang surutnya--

tak ada sesal

assalamualaikum..

terkesan dengan status kak fynn jamal...
no regrets - tak ada sesal..

yup---jika tak ada sesal tak perlu la ada keluhan
tak ada sesal- have to be proud with ourself

hari2 lepas memang tak akan dapat digapai semula
apa yang dah berlalu biarkan berlalu
jika ada kesempatan untuk ubahnya pun
mustahil...kita hidup dalam alam realiti
masa never will turn back


jadi berbahagialah kita di hari ini, di saat ini
kerana setiap saat, setiap detik, setiap hari, setiap masa adalah unik..
tiada siri ulangan, tiada siri tertunda..


hidup perlu terus ke depan..
hidup kita hari ini pelajaran dari masa silam..
jahat kita baik kita hari ini
dari kesilapan kita, tindakan kita di masa silam..

jadi tak perlulah disesalkan masa silam
tiada apa pun yang patut dikesalkan
anggap saja itu semua qada qadarNya
itu yang tertulis buat kita..

ok..jangan mengeluh....

Saturday, November 3, 2012

tahajjud cinta..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Yang Maha membolak balikkan hati ini..
Sujud dan syukur atas nikmat malam yang Engkau berikan..
Syukur padaMu kerana membenarkan aku berjumpa dengan malam2 terpilih seperti malam ini..
Sesungguhnya aku rindu sentiasa untuk berjumpa malam2 sebegini....

Ya Allah,
Hanya Engkau yang lebih mengetahui apa yang ada di dalam hatiku,
Hanya Engkau yang maha tahu apa yang aku perlukan..
Tunduk dan sujudku mengharapkan keampunan dan keredhaanMu


Ya Rabbi, 
Engkau ampunilah segala dosa-dosaku,
serasa dosaku seperti gunung tinggi, tapi ku tahu pintu taubatMu seluas lautan
ampunilah aku, terimalah taubatku ya Allah
jika tidak nescaya aku termasuk di kalangan orang2 yang rugi....

Ya Allah,
Engkau tetapkanlah hatiku pada jalanMu
Engkau kuatkanlah hatiku menahan dugaanMu
Engkau tabahkanlah hatiku pada ketentuanMu
Engkau jadikanlah aku seorang yang sentiasa mengingatiMu
dalam waktu senang, dalam waktu susah
Engkau jadikanlah aku seorang yang sentiasa redha atas takdirku..

Aminnnnn....

Pimpinlah daku dalam menuju redhaMu,
Suburkan jiwaku dengan keimanan..


Ku tahu ku adaMu,
Disisiku selalu, terima kasih Ya Allah..
Thank You Allah di atas segala-galanya, nikmat dan kurniaan yang tak terhingga dariMu




Monday, October 29, 2012

Laporan Kerja 5

assalamualaikum dan selamat malam...

lama dah x mengupdate pasal kerja.. entah betul ke idak yg ke 5, dah lebih rasanya... tension sangat agaknya sampai x dapat nak update kan... lately ni mmg dikatakan setiap hari mesti pening kepala.. kadang rasa macam migrain sebab dia tangkap mata.. kadang kepala rasa berat je.. entah, sebab tension kerja mungkin...

dalam sebulan lebih ni lepas ewilly resign, alhamdulillah aku dengan ms Ang still boleh handle lagi.. semua benda kita bincang bersama-sama.. eddy pun sangat bertanggungjawab.. maybe terlebih risaukan kitorang jugak... masa memula lepas ewilly resign, kene pulak External Audit masatu.. jadinya 2 mggu tu mmg kitorang sibuk, prepare audit things dgn daily work yang rasanya bertambah smcm sebab ramai yang resign.. ye lah dept aku je pun ada dalam 4 orang resign.. tiap2 ari balik kol 7.. lebih kol 7 x berani aku, takut naik bas sorang2 bile hari dah gelap kan...

tapi lepas tu kembali normal macam biasa.. tapi bab decide, kitorang decide bersama2.. x yakin nak decide sendiri.. berita gembiranya replacement untuk ewilly, 5 November ni baru masuk, lelaki berbangsa kadazan.. dengarnya banyak pangalaman dah, baguslah kan sebab mmg banyak kerja nanti bile nak merge ujung tahun ni.. tapi x tahulah macamane, nervous la jugak.. lelaki pulak tu!.. blan 12 nanti ms Ang nak cuti kawin pulak.. tinggal aku sorang2 pulak..mesti tension balik time tu kan... fuhhh!... dalam masa sebulan ni mana leh dia nak master semua system.. at least bagi dia masa dalam 3 bulan.... bile la pulak aku boleh bercuti.. gamaknya tahun depan je la.....


ari ni pulak sengaja ambik cuti, nak rehatkan diri... tapi kesian gak Ms Ang, kalut sesorang.. dahle ari kamis mggu lepas aku ambik half day, time tu la plak, internal audit pulak mintak macam2.. tanya macam2.. kesian dia kene buat sesorang.. aku tolong setakat termampu je la... nak buat mcammane.. besok kembali bekerja.. uwaaaa.... tension balik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...